Saturday, August 7, 2021

Bayi, jaundice, susu dan botol.


Bayi, jaundice, susu dan botol. Apakah pertalian antara 4 perkara ni?

Memang ada kaitan. Sebenarnya, ni adalah benda yang berkait rapat sama ada berjaya atau pun tak penyusuan badan utk bayi. Seperti yang kita tahu, bukan mudah nak beri susu badan 100% kepada bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang kurang pengetahuan. Selain dari tu, ibu pun perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri menyusukan 3 orang anak, dan yang terbaru baru berusia kurang dari sebulan. Ketiga-tiga anak aku ada masalah jaundice. Berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, boleh aku simpulkan masalah jaundice bayi ni boleh sebabkan penyusuan penuh susu badan tu tak berjaya. 

Disini, ibu memang perlu memainkan peranan dan perlu gali ilmu, jangan ikut kata orang lain. Bila anak kena demam kuning, akan ada yang suruh:

1. Pam susu, dan beri anak susu dalam botol utk kerapkan penyusuan dan utk banyakkan jumlah susu yang diminum bayi, dengan harapan kuning akan turun cepat. Apa yang terjadi? Bayi dah mula terbiasa dengan flow botol susu yg lebih laju, sampai dah tak reti nak hisap susu ibu direct, bayi cepat mengamuk, menangis, dan akhirnya ibu terpaksa ladi EP MOM ( exclusive pumping). 

2. Beri susu formula dalam botol, sebab orang cakap susu ibu tak banyak. Bila dah terbiasa bg susu formula, kekerapan direct feed berkurangan, ransangan susu ibu berkurangan, susu badan ibu sendiri akan berkurangan, disamping bayi tak basa utk menyusu dengan ibu sendiri. Akhirnya, susu akan berkurangan dan kebergantungan pada susu formula itu semakin tinggi. 

Disinilah ilmu yang ibu-ibu kena gali. Tersilap langkah, memang agak susah nak capai penyusuan susu ibu secara penuh. Untuk situasi pertama, ibu kena tahu macamana nak pastikan bayi dapat susu yang secukupnya, dan apa teknik pemberian air perahan susu yang betul yang boleh elakkan bayi dari terkena nipple confuse. Benda ni boleh cari sendiri di web-web penyusuan. Untk situasi ke 2, apa yang menyebabkan ibu cakap susu dia sikit? Itu pun kena gali ilmu juga. Ibu-ibu juga kena cari info macamana nak 
 
Jaundice tu sendiri ada pelbagai faktor. Jadi kita kena pastikan anak kita tu, jaindice yang mana? Kena pastikan anak tu kenicing/ berak lebih dari 8 kali sehari. Tak perlu penuh satu lampin tu pun, asalkan dia ada kencing/ berak. Selain tu, ibu perlu tahu teknik lekapan yang betul semasa menyusu, atau kena pastikan bayi tak ada tongue tie, saiz/bentuk puting ibu sendiri pun mainkan peranan dalam penyususan bayi. 

Aku taknak terangkan satu-satu perkara ni, sebab sekarang semua dihujung jari. Kat belakang buku pink mengandung tu pun ada tulis info mengenai penyusuan badan. Ilmu ni kena cari sebelum bayi lahir, bukan hari pertama bayi lahir sebab waktu tu, kita dah letih dan mula kelam kabut dgn perubahan fizikal dan mental diri sendiri, dan akan boleh sebabkan kita tak bersedia nak hadapi kekangan dlm penyusuan badan. 

Yang penting kita kena pastikan punca jaundice anak tu dulu, barulah kita kena cari penyelesaiannya. Sebab takut bila kita tak jumpa punca, segala usaha yang kita ambil untuk turunkan kuning anak akan jadi sia-sia, selain ibu pun akan jadi stress. Dah la badan belum pulih sepenuhnya, penat ulang alik pergi klinik utk cek kuning, mental letih sebab semua usaha nak turunkan kuning baby macam tak berkesan, dan masa ni la semua orang akan mula bagi petua yang macam-macam, malah ada yg membahayakan utk ibu dan bayi.

Kesimpulannya di sini, galilah ilmu penyusuan sebelum bersalin. Boleh mula gali dari hari pertama UPT test tu naik 2 line. Gali sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

PS: Aku tak cakap susu formula tu tak elok, sebab itu memang pilihan ibu tu sendiri utk beri anaknya susu formula. Ibu lebih tahu mana yang terbaik untuk anaknya. Posting aku ni adalah utk ibu yang berusaha utk menyusu anak selama 2 tahun. 

Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk iÅŸbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)


Saturday, July 24, 2021

Bersalin di fasa Pelan Pemulihan Negara

Block yg pasti akan dituju oleh ibu mengandung

Anak PKP ke? Semestinya. Haha. Pengalaman aku bersalin di musim PPN. Satu pengalaman baru untuk aku. Aku selamat bersalin anak ke 3 aku pd 14 July 2021. Patutnya EDD 05 Ogos 2021, tp apakan daya baby nak jugak keluar 37 minggu. Seperti anak-anak akau yang sebelum ni, aku bersalin di Hospital Sultanah Aminah, JB. 

Flow nya?

Bila nak bersalin, macam biasalah kena pergi ke Bilik Saringan Bersalin dulu. Sebelum naik ke tingkat 2 untuk saringan, kena saring Covid-19 dulu. Sebelum ni. ruangan bawah ni jd tempat ayah menunggu kelahiran, sekarang dah tak ada. Kawasan ni dah jd tempat saringan Covid-19. Bila masuk, guard yg bertugas akan suruh cek suhu, scan MySejahtera dan isi borang declaration Covid-19. Lepas tu boleh la terus menuju ke tempat saringan tu. Kat situ nurse akan ambil semua vital dan tanya sebab datang. Kemudian doktor akan ambil history taking. Kalau dulu, semua proses ni dibuat di tingkat 2. 


Tempat ambil vital, history taking dan tunggu swab test

Dah selesai history taking, kena la tunggu 15minit atau lebih sebelum buat Antigen Test. Tunggu sampai kena panggil. Lepas ambil swab, pun kena tunggu 20min untuk result keluar. Dah clear semua, baru naik tingkat 2.

Covid test kit. Lepas daftar, memang akan dapat sorang satu.

Tempat menunggu lepas swab test


Ruang menunggu result swab test

Bila dia buat mcm ni, satu yang aku perasan masa menunggu di bilik saringan tu semakin singkat. Kalau tak, maunya kena tunggu sampai 2 jam baru dapat dipanggil masuk cek CTG & cek jalan. Tapi sekarang, sebab semua dah dibuat kat bawah, bila sampai tu duduk sekejap, terus dipanggil. Untuk cek ctg dan cek jalan tu, semua normal la. 

Directory dlm lift. Nak pergi bilik saringan, naik aras 1

Ruang menunggu bilik saringan. Lengang. 

Rezeki kali ni, aku dapat masuk bilik 1st class tp dengan bayaran 3rd class. Yeayyyy. Aku dapat bilik berempat, siap ada aircond dan toilet. Agak best sebab tak perlu jalan dari hujung ke hujung utk pergi toilet, dan tak panas sangat, malah sejuk menggigil. Nasib baik aku memang bawak sweater. Haha. 

Toilet kat dalam, ada shower panas, bilik aircond

Bersalin kali ni, suami tak boleh teman. Duduk la sorang-sorang layan contraction. Tahan sakit sorang-sorang. Agak mencabar mental sebenarnya. Bila sakit kuat tu datang, aku cuma mampu hantar mesej ke suami aku je. Tapi yang kelakarnya, sepanjang dlm labour room sebelum bersalin tu, sempat la aku melayan whatsapp utk alih fokus aku, kurang sikit stress. 

Perjalanan menuju labour room ditemani nurse

Selesai bersalin, duduk semula la di katil yang sama. Kalau di 3rd class, sebelum bersalin katil lain, lepas bersalin akan ke katil lain.

Siap-siap kemas sebelum discharged

Setakat tu, ini je rasanya yang berbeza bersalin waktu PPN ni. Sakit bersalin, prosedur dlm labour room, prosedur discharge semua sama. Iye lah, duduk bilik kelas 1 tak menyebabkan sakit bersalin berkurangan. Haha. Yang penting, pastikan bersedia dari segi emosi, dan enjoy the process 😄


Friday, April 30, 2021

Mak ayah cerminan anak

 Kenyataan ni ada betulnya, dan ada tak.  Bergantung kepada keadaan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada masanya, mak ayah dah didik dari kecik dengan nilai-nilai murni, cakap elok-elok, dan bermacam lagi, tapi akhirnya anak berubah sebab pengaruh kawan. Ada pulak masanya, mak ayah memang abaikan anak. Anak nak jadi manusia atau nak jadi binatang ke. dia tak ambil peduli, tapi anak tetap jadi manusia yang berguna. 

Tapi, sedikit sebanyak perangai dan perlakuan ibu bapa tu, akan diperhatikan anak. Bila anak belum pandai berfikir, dia akan ikut apa yang mak ayah dia buat. Kalau mak ayah jenis cepat tangan, panas baran, sedikit sebanyak bila anak nampak mak ayah selalu naik suara dan guna keganasan, dia fikir benda tu betul. Jika tak ditegur, akan berkemungkinan benda tu akan jadi habit utk si anak, dan akhirnya akan jadi perangai. Bila anak dah mula meningkat dewasa dan mula berfikir, bergantung pada diri anak tu sendiri, untuk fikir mana yg baik dan mana yg buruk. Jika anak tu mampu fikir mana baik dan mana buruk, dia akan bermuhasabah diri, dan tahu apa yg mak ayah buat tu salah, dan cuba berubah. Tapi kalau dapat anak yg kurang nak berfikir, benda ni akan berterusan. Jika tak dibendung, akan membawa pulak bila si anak berkeluarga, dan turun pula ke generasi seterusnya.

Jadi, bila kita jadi mak ayah, bukan sekadar nak besarkan anak secara fizikal, tapi secara mental juga. Kita bukan setakat nak lahirkan anak kat dunia ni dan biarkan dia besar sendiri mcm anak penyu, tapi kita kena pastikan dia jadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, sekurangya. Jadi mak ayah tu senang, tapi nak jadi mak ayah yg berjaya didik anak tu yg susah. 

Akhir kata, jadi mak ayah tu ada tanggungjawabnya. Susah atau senang nak besarkan anak, tu semua adalah ujian buat kita. Tiada anak tu ujian, ada anak pun satu ujian. 

Tuesday, April 20, 2021

Mesin tukar Syiling Tabung Haji


Sejak akhir tahun lepas, aku ada buat bisnes kecilan kat opis, iaitu bisnes jual makanan merapu (jajan). Mula-mula aku jual makanan ni sebenarnya untuk kumpul dana sempena CSR (Corporate Social Resposible) kilang aku, dimana kami akan berikan sedikit sumbangan untuk satu sekolah yang terpilih. Bila tempoh CSR tu dah berakhir, aku pun masih tetap teruskan juga la bisnes kecilan aku tu, sebab dah mendapat sambutan 😄 

Bekas syiling dari tin biskut hamper raya cina

Oleh itu, kalau dah melibatkan jualan jajan, mestilah akan ada byk duit syiling kan? Duit syiling ni, bukan senang nak tukar, melainkan kita pergi kedai yang memang kita dah biasa tukar. Selain dari tu, kita perlu cari bank yang ada sediakan mesin tukar duit syiling. Satu tempat yang memang aku suka untuk pergi tukar syiling adalah di Tabung Haji, Bandar Kaba, Melaka. 

Mula-mula aku pun tak tahu kewujudan mesin syiling kat tabung haji ni. Tapi alkisah kali pertama aku nak pergi tukar syiling kira-kira 2 tahun lepas, waktu tu aku bercuti kat Melaka (cuti lepas kilang aku kena tutup). Aku pun cari la bank mana yang ada tawarkan perkhidmatan tukar syiling ni. Kalau di Melaka, ada di Maybank Jalan Hang Tuah, dan Tabung Haji Bandar Kaba. Kalau pergi Maybank tu, waktu terdesak je sebab kat situ susah nak parking, dan mesin syiling tu nun jauh di hujung. Kalau tengah tukar syiling tu, satu Maybank boleh dengar dan semua nampak. Oleh kerana Tabung haji ni kurang sibuk dan lebih cepat, maka aku pergi ke sini. Mesin syiling pun betul-betul kat tepi pintu masuk. 

Cara nak tukar duit?

1. Berdiri depan mesin. Kat mesin tu, dia dah siap bagi cara bagaimana nak guna mesin tu. Mesin ni mudah je nak pakai sebenarnya. 

2. Masukkan duit dalam bakul. Masa ni boleh la kita cek lagi sekali, in case ada bendasing dalam tu, macam pin baju, atau paku, atau apa-apa benda selain dari duit syiling. Lepas tu, tekan butang A, masukkan duit sedikit demi sedikit. Pastikan jangan bagi duit tu berkumpul/ berlapis. Kalau tak, nnt duit yang berlapis tu akan keluar semula ikut lubang dispenser kat bawah (lupa nak ambil gambar lubang ni). Duit dari lubang dispenser ni, boleh dimasukkan semula dalam tempat kira duit ni. Ulang sampai rasa duit yang di reject tu, memang betul-betul reject. 


Mesin tengah kira duit

3. Bila mesin dah siap kira, akan keluar paparan skrin, jika nak masukkan duit lagi, boleh tekan butang  A, jika dah selesai, boleh tekan butang B. (Gambar kabur sebab tangan gegar ) Butang B ni adalah untuk kita dapatkan resit & baucer utk tunaikan duit ni. 

4. Bila dah dapat baucar, boleh ambil no giliran, dan tunggu sehingga no giliran dipanggil. Baucar ni ada tarikh luput ye. Pastikan kita tunaikan baucar ni dalam masa yang ditetapkan. Resit syiling adalah untuk simpanan kita, dan baucar wang syiling adalah untuk diberikan kepada pegawai bank di kaunter. Kalau ada akaun tabung haji, duit akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji secara serta merta. 

Duit cash tu, tambahan nak masukkan dalam bank

Oleh itu, selesai sudah proses tukar duit syiling. Senang dan mudah.