Wednesday, April 14, 2021

Hibah



Cerita hibah keluarga kecil aku. 

Aku dah lama nak cari hibah untuk diri sendiri dan suami. Bukan sebab apa, sebab sedar diri ada hutang, dan terfikir untuk masa depan anak-anak, in case ada apa-apa terjadi kat diri aku. Family aku dan suami pun bukanlah dari orang senang, semuanya masih lagi merangkak untuk mencari harta sendiri. Sekurangnya dengan ada hibah ni, dapat lah juga tampung perbelanjaan anak-anak aku nanti. 

Sebelum ni, selalu juga ada kawan-kawan aku yang promote hibah, tapi tak secara direct. Promote melalui socmed je. Tapi pada aku masa tu, aku masih belum lagi terbuka hati nak ambil, lagi pulak waktu tu komitmen bulanan sendiri pun agak tinggi, jadi kalau nak ambil hibah pun, ada berkemungkinan duit makan harian pun boleh sangkut. 

Dengan sebab ada PKP, ada dapat duit penangguhan bayaran hutang bank, dengan itu aku ambil peluang untuk selesaikan segala hutang aku, termasuklah hutang AKPK (aku ada cerita di sini). Bila dah selesai semua hutang, baru nampak ada sinar nak cari hibah. 

Mungkin dah tertulis rezeki akak yg pernah guide aku masa intern kt MMHE dulu, dia approach aku secara personal lepas aku memang dah bersedia nak ambil hibah, almaklumlah dah mula ada duit lebih untuk simpanan. Kami berbincang, dan akhirnya sepakat nak ambil hibah untuk pasangan suami isteri, kiranya kalau apa-apa berlaku pada salah seorang pasangan, hibah untuk pasangan yang masih hidup akan berjalan tanpa bayaran dikira free lah senang kata. 

Jadi isteri ni, selalunya dia akan berpandangan jauh. Walaupun suami aku cakap dia tak berapa mampu untuk bayar hibah tu secara bulanan, atas kesedaran aku sendiri, aku terus setuju untuk bayarkan hibah dia. Haha. Ala, bukan kemana pun duit tu nanti, ke anak-anak juga. Aku anggap je itu duit simpanan aku untuk masa depan anak aku. 

Jumlah bulanan yang aku perlu bayar pun tak tinggi mana, kurang dari RM300 untuk perlindungan sehingga berumur 70 tahun. Sekali lagi aku tegaskan, aku anggap duit aku keluar ni sebagai simpanan untuk anak-anak. Itu sahaja niatnya. 

Hibah ni bagus, tapi mungkin ada segelintir agen yang menggunakan kaedah 'fear mongering' untuk tarik pelanggan dia. Pada aku, cara tu adalah tak berkesan, lagi pula ada agen yang gunakan isu semasa semata-mata nak melariskan isnurans dia. Matlamat takkan sesekali menghalalkan cara. Cara paling mudah dan berkesan, adalah dengan beri kesedaran kepada pelanggan, beri penerangan yang secukupnya, sentiasa bersedia dengan soalan-soalan pelik yang bakal diajukan, dan sentiasa proaktif. 

Kita beli hibah ni bukan sebab takut mati, sebab mati itu pasti. Tapi lebih kepada nak sediakan payung sebelum hujan untuk anak-anak waktu kita tiada nanti. Waalaupun tak banyak, namun  cukuplah untuk tampung perbelanjaan anak-anak. 

Wednesday, March 24, 2021

Zaman Gawat Ekonomi

Kita sekarang tengah berada dalam fasa kegawatan ekonomi. Sebabnya? Akibat dari Covid-19. Bukan setakat Malaysia je yang terkesan, malah satu dunia. 

Aku ni bekerja dalam sektor oil & gas, yang memang dah 'semput' walaupun tak ada Covid. Bila dah ada pandemik ni, nak survive dalam industri pun agak susah. Bos aku pun setiap saat bagi peringatan, jangan terlalu selesa dengan kerja yang ada sekarang, pastikan bersedia, pastikan ada duit simpanan, dan yang paling penting, expect untuk ada retrenchment dalam masa terdekat. Perasaan bila dengar peringatkan ni semakin kerap diberi? Rasa berdebar, rasa tak selesa, rasa semakin tak aman untuk kerja. Iyalah, sebab dah memang ada tanda-tanda kerja sekarang ni dah tak stabil, dan tak boleh nak menjamin masa depan. Kalau betul terjadi, ini adalah retrenchment ke dua yang aku hadapi dalam masa 3 tahun, lepas kilang lama aku tutup tahun 2018. 

Apa yang kita boleh buat? Sediakan payung dari sekarang. Pastikan ada duit simpanan, pastikan biasakan diri untuk tak berbelanja benda yang  tak penting, dan pastikan jangan tambah komitmen yang entah apa-apa. Waktu macam ni adalah bukan waktu yang sesuai nak tukar semua benda baru, walaupun ada keluar I-Lestari dan I-Sinar. 

Oleh itu, rancang kewangan, kalau boleh nak buat side income, pun idea yang bernas juga. Sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan payung yang kukuh seadanya.  

Friday, August 7, 2020

AKPK: Tamatkan perkhidmatan

 Akhirnya, aku bebas dari AKPK 😁. 

Bermulanya kisah aku dan AKPK adalah pada April 2018 ( post di sini), dan berakhir pada  August 2020. 2 tahun 4 bulan. Terima kasih diatas perkhidmatan. Akhirnya nama aku bebas dari hutang. Bukan setakat hutang AKPK, malah hutang kereta pun aku langsaikan. 😌

Setelah bersusah payah tahan diri dari berbelanja benda merepek, duit bonus pun aku kentalkan gak hati untuk tak belanja, aku langsaikan semuanya.  Bukan mudah, tapi tak susah. Asalkan memang dah ada niat, teruskan aja. Aku langsaikan juga hutang orang yang guna nama aku tu, asalkan nama aku bersih dari AKPK. Ccris dah bersih, macam baby baru lahir πŸ‘Ά. Bukan apa. AKPK ni memang bagus untuk tolong kita yang memang dah tersepit, dan memang bagus untuk bersihkan rekod kewangan kita. Tapi kena tahu, kalau nama dibawah AKPK, nak buat loan sememangnya tak boleh, nak jadi guarantor pun tak boleh, nak jamin orang kat mahkamah pun tak boleh. 

Macam mana nak tamatkan perkhidmatan AKPK?

Kalau kita nak tamatkan perkhidmatan ni, ada beberapa sebab. Satunya, kita lapse nak bayar, dan perjanjian dengan AKPK akan terbatal. Oleh itu, hutang akan kembali seperti biasa, dengan rekod buruk tu pun akan kembali seperti biasa, dan juga tukang kutip hutang akan memburu kita seperti biasa πŸ˜“. Sebab ke dua, kita sendiri tarik diri, sebab dah mampu nak bayar hutang seperti biasa. Kita tak langsaikan terus, tapi disebabkan nak keluar dari belenggu AKPK, kita pun tarik diri. Bayar hutang pun tetap berjalan seperti biasa. Sebab ke tiga, kita dah bayar segala hutang kita dengan bank. Haa. Cara yang ke tiga ni la yang aku buat. Biar langsaikan terus, tak payah nak sakit kepala setiap bulan nak bayar hutang. 

Caranya?

1. Hubungi bank yang berkenaan. 

Macam aku, aku ada hutang dengan Maybank & RHB. Untuk Maybank, tak ada masalah, sebab hutang tu aku boleh nampak kat Maybank2u. Untuk RHB pun sama, kecuali ada satu akaun jahat yang menyebabkan aku terseret ke dalam belenggu AKPK ni, memang aku tak nampak berapa hutang yang aku perlu bayar. Mula-mula aku call RHB hotline yg macam biasa tu, tapi customer service operator tu suruh aku hubungi bahagian kredit & kutipan. Bila aku call bahagian kutipan dan cerita tujuan aku untul buat penyelsaian penuh, pegawai RHB tu beri aku satu lagi nombor untuk aku hubungi, iaitu En Nasir yang memang pegawai yang bertanggungjawab untuk kutipan loan dibawah AKPK ni. Selepas buat panggilan untuk sahkan jumlah keseluruhan baki pinjaman, aku diberikan tempoh selama seminggu untuk langsaikan hutang tu. Selepas buat panggilan pada En Nasir, dia akan email surat jumlah akhir bayaran yang perlu aku jelaskan, dan email tu perlu aku print dan bawa sebagai bukti di bank nanti.

Ni surat baki hutang dari RHB

2. Pergi bayar hutang

Surat ni aku bawa ke cawangan RHB yang aku suka ( Aku pergi RHB IOI Mall Putrajaya 😁). Bila sampai di kaunter tu, aku jelaskan tujuan aku untuk buat pembayaran penuh. Petugas kaunter akan minta surat bayaran akhir tu dan IC aku, dan suruh aku tunggu sementara dia telefon En Nasir tu untuk dapatkan pengesahan. Bila dah sah, petugas kaunter akan panggil kita semula, dan kita boleh buat pembayaran dengan jumlah yang dah ditetapkan. Resit tu simpan elok-elok.

3. Buat permohonan di AKPK berkaitan penyelesaian penuh. 

Ok. Yang ni, kena tengok ye pegawai bank yang uruskan akaun AKPK kita tu ye. Macam kes aku, En Nasir tu sendiri yang hantarkan permohonan. Pihak RHB tempat aku bayar penuh tu akan email resit pembayaran pada En Nasir, dan dia akan uruskan semuanya. Tau-tau je aku dah dapat surat pelepasan dari AKPK. 


Email yang membuktikan En Nasir dah terima resit dari pihak bank

Email yang menunjukkan AKPK dah terima surat penyelesaian penuh dr RHB

Manakala, untuk Maybank, lepas habis bayar, kena call Maybank dan bercakap dengan pegawai yang menguruskan akaun berkaitan AKPK. Nanti dia akan email surat pelepasan, dan kita sendiri kena email dan buat permohonan pada AKPK. 

Surat pelepasan dari Maybank

Cara nak buat permohonan ke AKPK?

Sebab aku langsaikan hutang aku waktu moratorium, dalam portal AKPK, akaun kita akan diiktiraf sebagai tak matang, dan memang tak boleh nak upload dokumen sokongan seperti biasa. Apa yang perlu kita buat, emailkan surat pelepasan tu pada AKPK, iaitu cust.adjsec@akpk.org.my. Emailkan surat pelepasan pada alamat ni, dan dalam masa beberapa hari, kita akan dapat maklumbalas dari pegawai yang bertugas berkenaan dengan pembayaran penuh. Setelah semuanya siap, kita akan dapat lagi satu email dari AKPK, yang mengatakan  pemohonan untuk penyelesaian penuh dah berjaya πŸŽ‰πŸŽ‰. 

Email untuk mintak penyelesaian penuh pada AKPK

Email yang aku dapat dari AKPK, bermakna permohonan aku dah dalam proses.
Yeayyy. Permohonan berjaya

Bagi permohonan pelepasan yang berjaya, AKPK akan beri satu surat rasmi, yang mengatakan kita dah tak ada hutang dengan AKPK. Surat ni boleh didapati dari portal AKPK. Nanti dalam email permohonan berjaya tu, akan disertakan sekali tempat kat mana kita nak download surat tu. 

Bagi besar sikit. Boleh klik pada Letters.

Surat pelepasan 


Maka, tamat sudahlah perkhidmatan AKPK. Terima kasih aku ucapkan kepada AKPK sebab dah membantu aku dalam menguruskan kewangan dikala aku sedang tersepit. Buat masa ni aku memang tak ada fikir nak buat apa-apa komitmen pada bank. Nak merasa berbelanja dengan duit gaji sendiri. Hehe. 

Ingat, AKPK ni buka Ah Long, tapi cuma nak tolong 😊



Tuesday, July 21, 2020

Beli eBook dari Shopee

Sebenarnya, aku ni macam agak tertinggal kapal πŸ˜…. Baru aku tahu, boleh beli ebook dari Shopee, dan harga memang murah😍. Sebelum ni kalau aku nak cari ebook, aku kena cari kat Google, atau aku cari bahan bacaan dari Facebook. Pernah juga aku cari eBook luar negara, harga mamca agak mampu tengok, sebab tak berbaloi nak beli untuk bahan bacaan bukan fizikal (atau ak je tak jumpa kat mana yang murah πŸ˜“). Memang agak tak best, sebab kena ada internet baru boleh baca. Jadi beberapa minggu yang lepas, kawan aku ada share pasal ada orang jual ebook kat Shopee, dan barulah aku tahu, sebenarnya wujud eBook seller kat Malaysia, dan jauh lagi murah. 

Macam-macam ada

Ada macam-macam buku yang dijual. Buku Harry potter series pun ada 😱. Tapi untuk beli kt Shopee ni, pastikan kita dah tahu apa tajuk/ buku/ penulis yang kita nak cari. Sebab lagi mudah. Kalau kita pun tak tahu nak beli yang mana, dan cuma scroll dari situ je, nescaya tak beli sebab tak tahu nak beli yang mana πŸ˜†. Cara pembelian memang la mudah kan. Harga pun tak lebih dari RM3, jadi memang agak bernafsu la bila membeli tu. Beli je dulu, baca kemudian cerita πŸ˜™.

Lama dah cari. Mudah untuk jadi rujukan.

Tetiba ada buku coding. Dah kenapa aku beli? Sebab konon nak design web sendiri 😎


Cara penghantaran pun mudah. Bila kita dah confirm beli, Shopee akan notify seller, seller akan DM kita, minta alamat email. Kemudian, seller akan email eBook tu pada kita. Mudah, semudah ABC. Download file pub ( utk Apple product) atau pdf, lepas tu boleh la mula membaca seperti biasa. Kalau ikut pengalaman aku, tak sampai sehari pun dah dapat semua ebook. 

Oleh itu, kepada sesiapa yang nak mencuba, boleh la cuba. Carilah buku yang kita berkenan. Boleh la gak isi masa lapang, boleh tambah pengetahuam. Membaca itu amalan mulia. πŸ‘πŸ‘

Monday, July 20, 2020

Post depo: 6 bulan selepas berhenti cucuk depo

Sebelum ni, aku pernah post pasal guna kaedah merancang cucuk depo untuk jarakkan kehamilan (post disini) Ada sebab kenapa aku jarakkan kehamilan aku. Satunya sebab aku masih PJJ dengan suami aku, jadi kesihatan emosi nak jaga anak tu sangat penting. Lagi pulak Aminah jenis light sleeper, dan boleh bersengkang mata sampai pagi, dan aku masih bekerja normal working hours. Ke dua nya sebab dah dua kali bersalin, dua kali jugaklah kena tumpah darah. Kau bayangkan rahim kau kena seluk berkali-kali sampai terasa kat ulu hati sebab dokotr nak cek, nak pastikan tak ada uri yang tertinggal kat dalam tu. Rasa sakit jauh lagi sakit dari sakit beranak πŸ˜–

Aku tahu, setiap orang kemampuan dia lain. Ini kemampuan aku, dan cucuk depo ni adalah pilihan aku sendiri, sebab diri aku, badan aku, aku buat pilihan. Sebab kalau dah tak mampu nak jaga anak,anak terabai, emosi tak terjaga, asyik nak marah-marah, kebajikan anak tak mampu nak penuhi, hmmmm... orang akan salahkan mak bapak juga akhirnya. 

Ok. Berbalik semula pada cucuk depo tu, setelah 2 tahun secara gigihnya berulang alik ke klinik setiap 3 bulan untuk inject, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti. Aku berhenti sebab aku rasa dah sampai masanya untuk menambah ahli keluarga, tapi bukan dalam keadaan terdesak la. Sebab anak dah dua, jadi lebih kepada kalau ada, alhamdulillah la. Bukan apa, aku taknak letakkan rasa beban tu kat diri sendiri, nanti emosi terganggu, lagi susah nak pregnantπŸ˜….

Umum memang dah tahu, kalau cucuk depo, period akan datang semula paling cepat sekurangnya 90hari selepas kali terakhir cucuk. Secara purata, akan ambil masa 9-10 bulan untuk kesuburan untuk kembali normal, dan paling maksima adalah 2 tahun. Kalau lepas 2 tahun masih ada masalah, ada baiknya jumpa dengan doktor.

Sepanjang masa aku cucuk depo, memang aku tak ada datang haid. Kalau ada pun, tompokkan darah yang termasuk dalam kumpulan darah penyakit, iaitu istihadah. Jadi bayangkanlah 2 tahun tanpa period? AmanπŸ˜†. Tak ada masalah nak kena beli pad tiap bulan, tak ada masalah sengugut dan PMS, tak ada masalah heavy flow. Ada orang rasa tak selesa bila period tak datang. Tapi bila kita faham macam mana konsep depo provera ni bekerja, kita tak akan ada anggapan pun darah tu berkumpul kat rahim, sebab depo ni akan sebabkan tak berlakunya penebalan dinding uterus. Kalau dah tak tebal,mana nak datang period, kan? 

Lepas 3 bulan aku cucuk depo  yang terakhir, period aku datang semula, seperti biasa. Memang tiap-tiap bulan datang tanpa miss. Cuma cycle aku macam agak berubah sikit, dari 30-31 hari ke 29 hari. Tapi kira ok lah tu, masih lagi teratur. Dari segi emosi, kembali kepada normal la. Macam biasa la kalau nak datang bulan, mesti ada PMS kan? Suami aku lagi suka aku on depo, sebab tak ada waktu aku emosi selama seminggu πŸ˜†.

Setakat ni, selain dari benda yang common, lepas berhenti cucuk depo, berat badan aku senang naik. Tapi pasal berat badan ni pun agak tak aci gak, sebab aku dah berhenti fully breastfeed Aminah, kalori yang terbakar untuk buat susu tu dah tak ada, tinggal la jadi lelemak 😒. Kena la usaha sikit jaga kalori makan. 

Setakat itu je aku rasa perubahan lepas berhenti cucuk depo. Sekali lagi aku ingatkan,setiap orang tak sama penerimaan badan dia dengan kaedah perancang ni, Ada orang serasi, ada orang tak. Pastikan dapat nasihat dari doktor dulu, dan perhatikan side effectnya sendiri. Diri kita sendiri, tanya diri kita mana satu yang kita lebih selesa. Kalau orang tanya aku lepas ni aku nak guna kaedah merangcang macam mana, jawapan aku masih lagi guna depo provera ataupun masuk implan terus πŸ˜‰