Showing posts with label Side income. Show all posts
Showing posts with label Side income. Show all posts

Thursday, February 15, 2024

Side Income

Dalam zaman yang mencabar ni, aku rasa rata-rata orang yang kurang berkemampuan akan ada rasa nak cari side income. Sebab apa? Sebab keadaan ekonomi yang tak berapa nak memberansangkan. Gaji masih sebegitu, tapi jumlah perbelanjaan makin meningkat sebab harga barang makin meningkat. 

Aku pun tak terkecuali dari tergolong dalam golongan yang nak cari duit poket ni. Cari pun bukan sebab nak berjimba sendiri, lebih kepada simpanan masa depan & juga untuk anak-anak. Tapi, nak mencari side income ni akan ada juga sesuatu yang perlu dikorbankan, iaitu masa. 

Masa yang sepatutnya kita bersama keluarga & anak, akan mula terganggu sedikit dek kerana kita nak luangkan masa nak mencari sedikit duit poket. Banyak yang perlu dikorbankan, ada harga yang perlu dibayar. Sekental mana hati kita nak hadapi benda ni?

Aku ada kenal kawan-kawan yang sememangnya kental. Dia perlu berkorban, dan keluarga dia pun perlu berkorban demi sedikit kesenangan. Tak mudah demi senang, melainkan kalau kau tergolong dalam golongan yang lahir dalam sudu emas, dari awal hingga akhir semuanya dah tersedia. 

Aku doakan, agar segala urusan kita ni akan dipermudahkan, dunia dan akhirat. Jangan lupa, niatkan Lillahi Taala untuk semuanya. 


P/s: Aku rasa aku nak mula bisnes menjahit. Tapi sebab aku tak ada niche dalam jahitan, maka projek aku masih lagi tergendala. Masih lagi mencari identiti jahitan sendiri. Yang penting, semuanya ready stock, bukan special order sebab aku pun masih bekerja & ada anak-anak yang perlukan perhatian emaknya. 

Wednesday, March 24, 2021

Zaman Gawat Ekonomi

Kita sekarang tengah berada dalam fasa kegawatan ekonomi. Sebabnya? Akibat dari Covid-19. Bukan setakat Malaysia je yang terkesan, malah satu dunia. 

Aku ni bekerja dalam sektor oil & gas, yang memang dah 'semput' walaupun tak ada Covid. Bila dah ada pandemik ni, nak survive dalam industri pun agak susah. Bos aku pun setiap saat bagi peringatan, jangan terlalu selesa dengan kerja yang ada sekarang, pastikan bersedia, pastikan ada duit simpanan, dan yang paling penting, expect untuk ada retrenchment dalam masa terdekat. Perasaan bila dengar peringatkan ni semakin kerap diberi? Rasa berdebar, rasa tak selesa, rasa semakin tak aman untuk kerja. Iyalah, sebab dah memang ada tanda-tanda kerja sekarang ni dah tak stabil, dan tak boleh nak menjamin masa depan. Kalau betul terjadi, ini adalah retrenchment ke dua yang aku hadapi dalam masa 3 tahun, lepas kilang lama aku tutup tahun 2018. 

Apa yang kita boleh buat? Sediakan payung dari sekarang. Pastikan ada duit simpanan, pastikan biasakan diri untuk tak berbelanja benda yang  tak penting, dan pastikan jangan tambah komitmen yang entah apa-apa. Waktu macam ni adalah bukan waktu yang sesuai nak tukar semua benda baru, walaupun ada keluar I-Lestari dan I-Sinar. 

Oleh itu, rancang kewangan, kalau boleh nak buat side income, pun idea yang bernas juga. Sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan payung yang kukuh seadanya.