Dalam zaman yang mencabar ni, aku rasa rata-rata orang yang kurang berkemampuan akan ada rasa nak cari side income. Sebab apa? Sebab keadaan ekonomi yang tak berapa nak memberansangkan. Gaji masih sebegitu, tapi jumlah perbelanjaan makin meningkat sebab harga barang makin meningkat.
Aku pun tak terkecuali dari tergolong dalam golongan yang nak cari duit poket ni. Cari pun bukan sebab nak berjimba sendiri, lebih kepada simpanan masa depan & juga untuk anak-anak. Tapi, nak mencari side income ni akan ada juga sesuatu yang perlu dikorbankan, iaitu masa.
Masa yang sepatutnya kita bersama keluarga & anak, akan mula terganggu sedikit dek kerana kita nak luangkan masa nak mencari sedikit duit poket. Banyak yang perlu dikorbankan, ada harga yang perlu dibayar. Sekental mana hati kita nak hadapi benda ni?
Aku ada kenal kawan-kawan yang sememangnya kental. Dia perlu berkorban, dan keluarga dia pun perlu berkorban demi sedikit kesenangan. Tak mudah demi senang, melainkan kalau kau tergolong dalam golongan yang lahir dalam sudu emas, dari awal hingga akhir semuanya dah tersedia.
Aku doakan, agar segala urusan kita ni akan dipermudahkan, dunia dan akhirat. Jangan lupa, niatkan Lillahi Taala untuk semuanya.
P/s: Aku rasa aku nak mula bisnes menjahit. Tapi sebab aku tak ada niche dalam jahitan, maka projek aku masih lagi tergendala. Masih lagi mencari identiti jahitan sendiri. Yang penting, semuanya ready stock, bukan special order sebab aku pun masih bekerja & ada anak-anak yang perlukan perhatian emaknya.
No comments:
Post a Comment