Sebahagian test yang aku dan anak beranak guna |
Tengok tajuk je, mesti orang dah tahu dah apa yang aku nak tulis. Aku nak tulis pengalaman aku dijangkiti Covid-19.
Bila cakap pasal Covid, benda ni dah jadi macam satu benda biasa dah. Bila ada yang kena Covid, reaksi orang lain tu dah jadi macam kita kena demam biasa, kecuali kena kaurantin 7 hari. Beza betul dari masa awal-awal Covid dulu. Bila ada yang postif, kecoh sekampung dibuatnya. Tahap berjaga-jaga waktu tu pun tinggi. Sekarang? Sebab dah rasa benda ni macam biasa, kesiapsiagaan pun dah kurang. Cuma bagusnya sekarang. boleh buat ujian kendiri sendiri. PCR test pun dah semakin murah. itulah, benda dah nak jadi norma baharu.
Berbalik pada tajuk kat atas tu, kisah positif aku ni rasanya sama je macam kisah orang lain. Terdedah pada kes positive, lepas tu aku yang positive. Lepas aku jadi close contact tu, aku memang on facemask 24jam, sebab anak-anak dengan aku. Setiap hari buat saliva test untuk diri sendiri dan anak-anak, sebab nak pastikan kami semua ok.
Benda 2 line yang aku tak nak tengok |
Namun akhirnya aku kecundang juga. Masa tengah bagi anak kecik aku susu, tetiba badan aku rasa sangat sakit, macam baru lepas lari full marathon. Otot semua sakit. Jadi, aku cek malam tu, masih negative. Bila aku bangun tido pagi tu, tekak aku sangat sakit. Bila ludah, keluar darah. Aku buat nasal swab sendiri, naik 2 line.
Pada awal pagi tu, aku masih ok. Bila dah menginjak tengahari, aku dah mula tak boleh bangun. Kepala sakit yang teramat, badan sakit yang teramat. Terpaksa bergantung pada panadol & air lemon. Anak tetap nak dengan aku juga. Terpaksalah gagahkan diri, pakai facemask buat apa yang patut.Alhamdulillah, anak-anak aku semua negative walaupun dah buat nasal swab.
Disebabkan aku high risk, ada asma, badan tak larat nak bangun, kategori aku adalah 'Kes yang disahkan bertanda Amaran'. Aku disuruh pergi CAC Covid, tapi disebabkan aku fikir anak aku tak ada orang nak jaga, aku akhirnya tak pergi. SPO2 aku takat-takat paras hidung je 96% setiap hari, dan ada masanya jantung aku laju sampai atas 110bpm. Tapi fikir sebab anak, aku tak pergi juga. Setiap hari KKM call untuk bagi peringatan, untuk update MySejahtera 2 kali sehari. Tak lupa jugak KKM hantar mesej suruh pergi CAC. Nasib baik hari ke 6, keadaan makin baik, dan kategori aku bertukar dari Amaran ke Cat 1.
Itu sahajalah kisahnya. Tak jauh beza pun dari orang lain. Tapi serius, antara sakit covid dengan sakit bersalin, aku lebih rela sakit bersalin. Lepas bersalin, dapat anak comel, lepas 3 jam dah mula ada tenaga nak bangun dan boleh buat itu ini. Kalau covid ni, dah 2 hari pun kau rasa badan tu masih sakit yang amat, tak larat. Lepas seminggu pun rasa lesu tak hilang-hilang. Lepas sebulan pun masih lagi otak rasa blur sana sini. Long covid is real.
sekarang pulak dah nak menginjak fasa endemik, jadi kita sama-samalah jaga diri, bila pulak SOP semua semakin dilonggarkan. Covid masih ada, cuma kita dah terbiasa. Pastikan sentiasa sanitize/ cuci tangan, dan jangan lupa pakai facemask untuk perlindungan diri sendiri.
Update: Aku kena Covid utk kali ke 3 pada akhir November 2023. Apalah nasib badan, setahun sekali kena Covid. Tapi kali ni lagi sakit dari kali ke 2, terus tumbang tak boleh nak bangun selama 3 hari.
wah. semoga selepas ini tak kena lagi covid.
ReplyDelete