Showing posts with label akpk. Show all posts
Showing posts with label akpk. Show all posts

Friday, August 7, 2020

AKPK: Tamatkan perkhidmatan

 Akhirnya, aku bebas dari AKPK 😁. 

Bermulanya kisah aku dan AKPK adalah pada April 2018 ( post di sini), dan berakhir pada  August 2020. 2 tahun 4 bulan. Terima kasih diatas perkhidmatan. Akhirnya nama aku bebas dari hutang. Bukan setakat hutang AKPK, malah hutang kereta pun aku langsaikan. 😌

Setelah bersusah payah tahan diri dari berbelanja benda merepek, duit bonus pun aku kentalkan gak hati untuk tak belanja, aku langsaikan semuanya.  Bukan mudah, tapi tak susah. Asalkan memang dah ada niat, teruskan aja. Aku langsaikan juga hutang orang yang guna nama aku tu, asalkan nama aku bersih dari AKPK. Ccris dah bersih, macam baby baru lahir 👶. Bukan apa. AKPK ni memang bagus untuk tolong kita yang memang dah tersepit, dan memang bagus untuk bersihkan rekod kewangan kita. Tapi kena tahu, kalau nama dibawah AKPK, nak buat loan sememangnya tak boleh, nak jadi guarantor pun tak boleh, nak jamin orang kat mahkamah pun tak boleh. 

Macam mana nak tamatkan perkhidmatan AKPK?

Kalau kita nak tamatkan perkhidmatan ni, ada beberapa sebab. Satunya, kita lapse nak bayar, dan perjanjian dengan AKPK akan terbatal. Oleh itu, hutang akan kembali seperti biasa, dengan rekod buruk tu pun akan kembali seperti biasa, dan juga tukang kutip hutang akan memburu kita seperti biasa 😓. Sebab ke dua, kita sendiri tarik diri, sebab dah mampu nak bayar hutang seperti biasa. Kita tak langsaikan terus, tapi disebabkan nak keluar dari belenggu AKPK, kita pun tarik diri. Bayar hutang pun tetap berjalan seperti biasa. Sebab ke tiga, kita dah bayar segala hutang kita dengan bank. Haa. Cara yang ke tiga ni la yang aku buat. Biar langsaikan terus, tak payah nak sakit kepala setiap bulan nak bayar hutang. 

Caranya?

1. Hubungi bank yang berkenaan. 

Macam aku, aku ada hutang dengan Maybank & RHB. Untuk Maybank, tak ada masalah, sebab hutang tu aku boleh nampak kat Maybank2u. Untuk RHB pun sama, kecuali ada satu akaun jahat yang menyebabkan aku terseret ke dalam belenggu AKPK ni, memang aku tak nampak berapa hutang yang aku perlu bayar. Mula-mula aku call RHB hotline yg macam biasa tu, tapi customer service operator tu suruh aku hubungi bahagian kredit & kutipan. Bila aku call bahagian kutipan dan cerita tujuan aku untul buat penyelsaian penuh, pegawai RHB tu beri aku satu lagi nombor untuk aku hubungi, iaitu En Nasir yang memang pegawai yang bertanggungjawab untuk kutipan loan dibawah AKPK ni. Selepas buat panggilan untuk sahkan jumlah keseluruhan baki pinjaman, aku diberikan tempoh selama seminggu untuk langsaikan hutang tu. Selepas buat panggilan pada En Nasir, dia akan email surat jumlah akhir bayaran yang perlu aku jelaskan, dan email tu perlu aku print dan bawa sebagai bukti di bank nanti.

Ni surat baki hutang dari RHB

2. Pergi bayar hutang

Surat ni aku bawa ke cawangan RHB yang aku suka ( Aku pergi RHB IOI Mall Putrajaya 😁). Bila sampai di kaunter tu, aku jelaskan tujuan aku untuk buat pembayaran penuh. Petugas kaunter akan minta surat bayaran akhir tu dan IC aku, dan suruh aku tunggu sementara dia telefon En Nasir tu untuk dapatkan pengesahan. Bila dah sah, petugas kaunter akan panggil kita semula, dan kita boleh buat pembayaran dengan jumlah yang dah ditetapkan. Resit tu simpan elok-elok.

3. Buat permohonan di AKPK berkaitan penyelesaian penuh. 

Ok. Yang ni, kena tengok ye pegawai bank yang uruskan akaun AKPK kita tu ye. Macam kes aku, En Nasir tu sendiri yang hantarkan permohonan. Pihak RHB tempat aku bayar penuh tu akan email resit pembayaran pada En Nasir, dan dia akan uruskan semuanya. Tau-tau je aku dah dapat surat pelepasan dari AKPK. 


Email yang membuktikan En Nasir dah terima resit dari pihak bank

Email yang menunjukkan AKPK dah terima surat penyelesaian penuh dr RHB

Manakala, untuk Maybank, lepas habis bayar, kena call Maybank dan bercakap dengan pegawai yang menguruskan akaun berkaitan AKPK. Nanti dia akan email surat pelepasan, dan kita sendiri kena email dan buat permohonan pada AKPK. 

Surat pelepasan dari Maybank

Cara nak buat permohonan ke AKPK?

Sebab aku langsaikan hutang aku waktu moratorium, dalam portal AKPK, akaun kita akan diiktiraf sebagai tak matang, dan memang tak boleh nak upload dokumen sokongan seperti biasa. Apa yang perlu kita buat, emailkan surat pelepasan tu pada AKPK, iaitu cust.adjsec@akpk.org.my. Emailkan surat pelepasan pada alamat ni, dan dalam masa beberapa hari, kita akan dapat maklumbalas dari pegawai yang bertugas berkenaan dengan pembayaran penuh. Setelah semuanya siap, kita akan dapat lagi satu email dari AKPK, yang mengatakan  pemohonan untuk penyelesaian penuh dah berjaya 🎉🎉. 

Email untuk mintak penyelesaian penuh pada AKPK

Email yang aku dapat dari AKPK, bermakna permohonan aku dah dalam proses.
Yeayyy. Permohonan berjaya

Bagi permohonan pelepasan yang berjaya, AKPK akan beri satu surat rasmi, yang mengatakan kita dah tak ada hutang dengan AKPK. Surat ni boleh didapati dari portal AKPK. Nanti dalam email permohonan berjaya tu, akan disertakan sekali tempat kat mana kita nak download surat tu. 

Bagi besar sikit. Boleh klik pada Letters.

Surat pelepasan 


Maka, tamat sudahlah perkhidmatan AKPK. Terima kasih aku ucapkan kepada AKPK sebab dah membantu aku dalam menguruskan kewangan dikala aku sedang tersepit. Buat masa ni aku memang tak ada fikir nak buat apa-apa komitmen pada bank. Nak merasa berbelanja dengan duit gaji sendiri. Hehe. 

Ingat, AKPK ni buka Ah Long, tapi cuma nak tolong 😊



Friday, April 20, 2018

Mintak Pertolongan AKPK

Bukan susah pun sebenarnya nak mintak pertolongan AKPK ni. Sejak dr awal penubuhan AKPK lagi, kita dimomokkan bahawa kalau join AKPK, makanya kita dah tak boleh nk buat loan. Tapi secara logiknya, kalau komitmen sekarang pun kau dah tak mampu bayar, apa guna kau nak buat loan lain? Nak pergi gantung diri sendiri dgn masalah hutang yg tak bertepi ke?

Mungkin ada yg kata, belum beli rumah, belum ada kereta. Bila masuk akpk, nnt akan ada masalah nak masuk loan dlm bank. Hmmmm. Biasanya, org yg dah cari akpk ni ada beberapa keadaan;
1. Masih mampu bayar pd bank, tp tiap2 bulan dah hujung hidung. Komitmen dah berada pd tahap maksimum, nak simpan duit pun tak mampu. 
2. Mampu bayar, tp ada masalah utk beberapa bulan, Dah ada hutang tertunggak 7-8 bulan dan tak mampu nk bayar tunggakan
3. Memang tak mampu bayar langsung

Nampak tak keadaan ni? Bermakna peluang utk lulus loan tu teramatlah nipis, sbb percentage gaji vs komitmen ttu tinggi, jd bank pun susah nk luluskan loan. Lepas tu kalau ada lapse, rekod ccris memang lah dah tak cantik. Ingat bank senang nak bg loan kalau nampak nombor lebih dr 5 dlm rekod tu?

Aku pun terpaksa berhadapan dgn AKPK ni. Bukan sebab aku berbelanja secara boros, atau buat personal loan sesuka hati, tp ada masalah peribadi yg mengheret aku ke AKPK dan aku tak boleh nk cerita kat sini. Ok. Bila kita dah ambil keputusan utk mintak tlg akpk, jd perlu la ada beberapa step. Benda pertama yg kena buat adalah pergi ke laman web akpk, iaitu www.akpk.org.my.


Lepas tu,boleh pergi ke bahagian 3 garisan sebelah menu tu.


Akan keluar menu ni. Ambil Debt management.


Pilih DMP application process. Kalau nk baca lebih lanjut pasal DMP ni, boleh la bukak semua link yg ada tu.


Inilah step yg perlu diambil utk mohon akpk ni. Boleh click Apply Now.


Akan keluar bahagian ni. Bagi pengguna baru, boleh click bahgian daftar di sini.


Disinilah bermulanya pendaftaran. Isikan maklumat lengkap seperti yg dikehendaki.



Bahagian DMP tu adalah bahagian yg paling penting diisi. Isi dgn jujur dan teliti. Pastikan semua maklumat adalah lengkap. Bila kita dah submit form DMP ni, kita memang dah tak boleh nk buat apa-apa perubahan lg. 

Lepas siap submit, kita boleh la pilih untuk hadiri sesi kaunseling. Pilih tempat yg kita nak, pilih waktu yg kita nak. Satu slot hanya ada 2 tempat sahaja. Pastikan dtg ke tempat yg dijanjikan 30minit lebih awal. Aku pilih sesi kaunseling paling awal, iaitu pukul 8.30pg. Kalau kat JB, tempat kaunseling adalah di Bank Negara Malaysia, yg berada di depan Bukit Timbalan. 

Waktu aku sampai, BNM pun tak bukak lagi. Huhuhu. Semangat. 
Kalau hadir kat sini, kena bawak beberapa dokumen
1. Salinan IC
2. Salinan slip gaji 3 bulan
3. Salinan report CCRIS terkini ( Salinan report CCRIS boleh didapati di kaunter BNM atau secara online)
4. Statement EPF
5. Statement semua kad kredit/ loan terkini.
6. Surat tuntutan perundangan ( jika ada)
7. Surat/ dokumen yg berkaitan seperti surat kematian pasangan, surat pengesahan hilang upaya/ masalah kesihatan kronik dr hospital/ SOCSO/ Jabatan Kebajikan Masyarakat, bil perubatan utk diri sendiri atau tanggungan,
8. Duit RM5. (Duit ni adalah utk beli buku pasal cara nk menguruskan kewangan. )

Sebelum tu, kena isi borang yg disediakan oleh pihak AKPK. Sebenarnya lebih kurang je mcm yg diiisi dlm DMP tu. Bila dah siap semuanya, tunggu je la hingga nama dipanggil utk sesi kaunseling. 
Bukan kaunseling sgt pun, sebab pegawai tu hanya cek komitmen kita, berapa yg perlu dibayar setiap bulan. Bila semuanya dah selesai, pegawai akan beri tempoh masa lebih kurang 2 minggu utk buat pembayaran pertama. Cara-cara pembayaran pun akan diterangkan oleh pegawai AKPK tu. 

Tadaaaaa. 

Dah selesai. Bila kita dah buat pembayaran pertama, maka kita pun secara rasminya dah termasuk dlm list AKPK. Bila kita print report CCRIS, memang akan tertulis kita ada kaitan dgn AKPK (redha je la). Lega la sikit. Dah tak perlu fikir lagi masalah hutang yg dah lapse atau masalh hutang yg tak boleh nk dibayar. Tunggu je la selama 8-10 tahun utk habiskan bayar hutang kita tu. Kalau kita berkemampuan dan nak settlekan semua hutang kita, boleh tarik diri dr program DMP, dan berhubung dgn pihak bank utk pembayaran secara penuh.