Wednesday, April 30, 2014

Usah Lepaskan




Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu

Usah lepaskan....

Mimpi

Terkadang terlalu kuat berilusi,
Hingga terbawa dalam mimpi.

Masa depan yang tak pasti,
Tak tergapai dek jari jemari.

Hanya mampu berdiri sendiri,
Merenung masa depan yg jauh dari realiti.

Mimpi itu bukan milikku.
Mimpi itu, tetap mimpi.
Biarkan mimpi lenyap bersama mentari pagi.
Tatkala fajar subuh menyinsing, biarkan ia pergi bak embunan pagi..

Pergilah mimpi.

Pergi dari diri ini.

Ku tak mampu terus hidup di alam fantasi, kerana kelak akan memakan diri..

Mimpi itu, ku biarkan ia terus menjadi mimpi.
Menemaniku di malam yg sepi..

Maaf

Masih adakah maaf bagiku jika aku melakukan apa yg kau lakukan pada diriku?
Mampukah kau memaafkan aku sebagaimana aku memaafkan mu?
Mampukah kau tutup luka hatimu sendiri sebagaimana aku lakukan keatas hatiku sendiri?

Orang mudah berkata, kerana bukan mereka yang merasa..

Tuesday, April 29, 2014

.....

Yang indah itu hanya sementara.
Yang abadi adalah kenangan.
Yang ikhlas hanya dari hati.
Yang tulus hanya dari sanubari.
Tidak mudah mencari yang hilang.
Tidak mudah mengejar impian.


Jika kamu tidak bisa memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini

Sunday, April 27, 2014

Perkahwinan, dari kaca mata seorang anak



Emak dan arwah abah dah berkahwin untuk 30 tahun 2 bulan, sehingga tarikh kematian arwah abah. Cukup panjang untuk aku sebagai anak untuk memahami sedikit sebanyak, apa itu erti sebuah perkahwinan.

Emak dan abah dinikahkan pd 26 Disember 1982. Dalam perjalanan arwah abah ke Endau, tempat pernikahan bakal dilangsungkan, banjir besar telah berlaku. Rombongan pihak lelaki sebanyak 2 trak askar terpaksa berpatah balik akibat trak ditenggelami air. Arwah abah sendiri yg berenang untuk menyelamatkan penumpang dalam trak tersebut. Akhirnya, hanya 1 trak sahaja yang berjaya meneruskan perjalanan ke Endau. Pernikahan berlangsung juga, walaupun jam telah menunjukkan jam hampir 12 tgh mlm, akibat banjir tersebut. Alhamdulillah, pernikahan itu kekal hingga akhir hayat abah...

Bermacam asam garam kehidupan yang telah aku saksikan antara mak abah. Emak dan abah kehilangan 2 org anak lelaki di awal usia perkahwinan, namun masih dikurniakan 4 org lagi cahaya mata selepas itu. Kisah keluarga aku bukannya kisah tipikal keluarga biasa. Dugaan, cabaran, hasad dengki manusia, semuanya ada. Rumah tangga abah dan emak turut terasa gegarannya, namun dek kerana asas yang kuat, gegaran itu hanya sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan lagi rumah tangga mereka.

Abah bertindak sebagai ketua keluarga, mencari nafkah dan rezeki untuk keluarga. Manakala emak adalah suri rumah tangga, menguruskan rumah dan anak-anak. Sikap toleransi perlu ada untuk mereka kekal bahagia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mereka bergaduh, namun masih berbatas. 

Emak mengalami sakit sejak aku berumur 10 tahun. Aku fikir, jika lelaki lain, sudah tentu emak aku akan diceraikan. Namun tidak abah. Dia berusaha untuk memulihkan emak. Sehingga di hari-hari akhir kematiannya, dia masih lagi bimbang akan kesihatan emak aku. 

Cukup segar diingatan aku bila emak aku menangis tatkala teringatkan arwah abah. Tangisan bagaikan seorang anak kecil yang kehilangan mainan. Sungguh sayu, bagaimana emak memeluk baju terakhir arwah abah. Begitu sekali cinta mereka. Aku teringat, emak dan abah pantang berjauhan, pasti akan sentiasa mengingati antara satu sama lain. 

Ada seseorang berkata, selepas setahun, pasti jemu dengan suami sendiri. Namun, dr pandangan mata aku sebagai anak, walaupun telah 30 tahun berlalu, emak dan abah masih belum jemu antara satu sama lain. Masih lg saling menyayangi, masih lagi saling melengkapi. Perkahwinan bukannya untuk tempoh sehari, namun ia sebenarnya adalah untuk sepanjang hayat.

Kita takkan dapat pasangan yang 'perfect'. Kerana perkahwinan itu adalah untuk saling berkongsi kelebihan, saling melengkapi kekurangan. Itu lah perkahwinan. Jangan terfikir perkahwinan itu mudah, tidak sama sekali. Perkahwinan itu satu fasa dlm kehidupan, yg pasti ada pasang surutnya. Sebelum dan selepas perkahwinan, pasti ada dugaannya. Terpulang kpd kita sendiri untuk menghadapi dugaan itu. syaitan ada dimana-mana, yang menghasut keraguan dalam hati anak adam yg ingin mendirikan masjid, dan mereka juga berusaha menghasut mereka untuk menhancurkan masjid yg mereka bina. Jika tidak kerana toleransi dan tolak ansur, pasti sebuah ikatan yg dibina itu tak kekal.

Sebagai anak, dari kaca mata aku, perkahwinan adalah satu perjalanan yg indah, selagi tak dikotori dgn kecurangan. Sebagai anak, perkahwinan itu adalah perkongsian tanggungjawab dan juga kebahagiaan. Perkahwinan dari kaca mata seorang anak adalah, rasa cinta hingga ke syurga..

* Air mata aku turut mengiringi ketukan jari jemari aku diatas papan kekunci*

Mati

Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi meninggalkan dunia ini. Akhirat itu destinasi abadi.

Bila berhadapan dengan kematian, pasti ada suara kecil hati yang berbisik,
Bagaimanakah aku nanti? Bilakah masa aku kan tiba? Dimanakah darjat keimanan aku ketika itu? Adakah yang akan mendoakan kesejahteraan aku di sana?
Mati itu pasti. belum tentu kita masih bernafas setengah jam dari sekarang. Mati itu pasti. Jangan disangka hanya tidur biasa, namun sebenarnya telah tidur selamanya. Mati itu pasti. Mungkin seyuman yang dilihat itu adalah senyuman terakhir yg terukir di bibir kita. 

Aku dah berhadapan dengan beberapa kematian sepanjang kehidupan aku. Namun yang paling terkesan adalah pemergian arwah abah aku. Bila dimalam harinya aku begitu risau melihat dirinya, mengajaknya makan malam, namun dipagi harinya, abah dah kaku pergi meninggalkan kami. Pemergian abah buat aku sedar, adakah aku masih sempat menghirup udara esok hari? Adakah aku sempat mempunyai keluarga? Adakah aku sempat bertaubat kepadaNya? Semaki hari, perasaan itu semakin hebat.

Ya, Allah sedang cuba memberi sinar hidayah dan keinsafan dalam hati aku. Seringkali aku tersedar dari lamunan, yang dosa ku ini tinggi menggunung. Sudah tiba masanya aku menyucikan jiwa aku. Aku sering terbayang, bagaimanakan nanti aku dimalam pertama didalam liang yang hitam gelap itu? Adakah sesiapa yang ingin mengirimkan secebis alfatihah penerang liang itu? Adakah amalanku cukup menjadi pelita di kala gelap gelita?

Wallahualam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Aku sebagai hamba yg lemah, hanya mampu berdoa, agar aku menenmui pengakhiran yang baik, khusnol khotimah. Insyaallah.

Jika kiranya memang aku telah pergi, jgn lupa titipkan doa pengirim aku di alam sana. 

Takut (II)

Perasaan takut itu normal.

Selalunya, semakin kita takut benda itu terjadi, semakin ia terjadi..

Jawapannya?

Berdepan dengan ketakutan, lihat sejauh mana kekuatan diri yg tersisa. Lihat sejauh mana minda dan emosi kita boleh berhadapan dengan perkara itu. Ketakutan hanya akan diatasi bila kita berhadapan dengannya,bukan lari darinya.

Takut.

Aku manusia biasa, bila ditoreh pisau, darah merah yg keluar mengalir.

Takut itu normal. Namun jgn sesekali lupa titipkan doa agar hati kuat untuk menghadapi ketakutan.

Moga mendapat keberkatan dan restu Ilahi dlm perjuangan.

Masalah

Masalah itu
Semakin laju kita lari, semakin laju dia mengejar
Semakin kita cuba mengelak, semakin banyak dia muncul
Semakin kita cuba abaikan, semakin dia timbul didepan mata.

Masalah tu,
Takkan selesai dengan sendirinya

Masalah tu,
Takkan selesai tanpa kita berhadapan dengannya

Masalah itu,
Masalah kita. Datang dari kita, sepatutnya diselesaikan oleh kita.

Kita dah berusaha selesaikannya, selebihnya tawakkal kpd Yang Maha Esa agar dipermudahkan..

Hanya Aku


Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Hanya aku........

Wednesday, April 23, 2014

Lampu jln terbakar~

 Bila lampu jalan terbakar depan rumah. Kalut dibuatnya. Cari no telefon TNB pun tak jumpa, huru hara...

Kebakaran ni disedari oleh abg ipar aku yg tgh syok main game. Dia ingatkan jiran depan rumaha ku main mercun. Pelik juga dlm hati dia, kenapa main mercun? Raya lambat lagi. Dia pun pergi jenguk ke luar.

Lampu yg terbakar~
Lampu jln yg terbakar! Dia pun kelam kabut masuk dlm rumah, cari no telefon TNB, yg kebetulan entah mana letaknya. Apa yg terlintas dlm kepala aku, 999. Aku serahkan pd abg ipar aku utk buat laporan. Sedang syok abg ipar aku buat panggilan, talian terputus. Rupa-rupanya, adik aku tutup suis telefon rumah, sbb dia takut kebakaran tu merebak~ Cehhhh..nasib baik pihak 999 da dapat info pasal kebakaran ni. 

Setelah beberapa minit tunggu, tu diaaaa.. Bomba pun sampai~

Satu jentera besar sekali dtg!
Huhu. Kami memang la tak dapat padamkan api tu, sebab tinggi, dan tekanan air rendah. terpaksa mintak tolong abg bomba. Walaupun diorang amik masa kurang dari seminit utk padamkan api tu, dan hanya 2 org je yang padamkan api tu, kami amat berterima kasih. Bimbang jugak api tu merebak ke wayar-wayar eletrik yang berdekatan. (Semua wayar tu menyalurkan elektrik ke rumah-rumah kami)

Huhu. abam-abam bomba bersidai di tepi jalan~
Hehe. Disebabkan kejadian ni, memang hampir ramai org yang berkumpul utk lihat tapak kejadian. Tak semena-mena, halaman rumah aku pun turut jadi tumpuan orang-orang kampung. Hehe.

Alhamdulillah, nasib baik semuanya selamat....

Tuesday, April 22, 2014

Air Halia, kisah 2

Bila teringat pasal air halia, pasti aku teringat kisah ni. Air fresh orange yang dah dicampur dengan halia. 

Alkisahnya kira-kira 13 tahun yang lepas. 

Masa tu aku berumur 13 tahun, dan adik aku yang kecil baru je berumur tak sampai setahun. Masa tu, emak selalu tak ada kat rumah, jadi tugas untuk jaga adik kecik tu terletak kat tangan aku dan kakak aku yang tua. Adik aku yang lelaki tolong gitu-gitu je. 

Biasa la bagi budak kecik, pasti akan ada masalah sembelit, susah nak buang air besar. Nak dijadikan cerita, masa tu bila bukak peti ais, ternampak ada beberapa biji oren sunkist. Kakak aku pun terfikir untuk buat fesh orange, dan akan diberi sedikit untuk adik aku yan kecik. Tetiba, aku dapat satu idea, apa kata aku letak halia? Mesti semua angin dlm perut adik aku akan keluar. Makanya nak dijadikan cerita, kakak aku bersetuju dengan cadangan 'hebat' aku tu.

Kakak aku mula memblender semua buah, termasuk la halia. Kami masukkan air dlm botol susu, selebihnya kami minum. Jika ikut perut kami, kesan air fresh orange sarbat tu adalah sekadar kentut-kentut sahaja. Namun, disebabkan idea hebat aku tu, adik aku yang kecik tu kena cirit birit selama seminggu! Hahahaha

Emak sampai dah pening kepala, kenapa anak bongsu dia tu kena cirit birit. Dari mana salahnya? Apa silapnya?

Hahahaha.. setelah 13 tahun, baru rahsia itu terbongkar......

Sorry mak, kami kesian adik tu sembelit, susah buang air. Kami kakak yang prihatin.. Hahahahahaha

Monday, April 21, 2014

Air halia

Sejak akhir-akhir ni, perut aku selalu masuk angin. Memang aku ada masalah gastrik sebelum ni, tapi disebabkan selera makan aku yang dah terbang melancong meninggalkan aku di alam fana ni, aku dah mula kurang makan, maka perut pun mula masuk angin. Tapi alhamdulillah, aku tak kena sakit perut sampai nak guling-guling macam aku selalu kena dulu, tapi cukup la sekadar rasa nak muntah. (Bagus ke gitu?)

Oleh itu, atas inisiatif sendiri, aku buat air halia!!

Tadaaaaaa!!!!! Percubaan pertama
 Oleh sebab aku tak tergamak nak minum air halia buta-buta macam tu, makanya aku terpaksa menjadi kreatif, iaitu mencampurkan oren Sunquick dan madu. Maka, ini la hasilnya. Rasa halia tu sekurang-kurangnya dah tertutup dek rasa oren tersebut. Pada percubaan pertama, aku tak dapat rasa perbezaan sangat, cukup sekadar sendawa sana sini (sebab aku minum jam 12.00 malam)

Percubaan kedua
Percubaan keda da mula menampakkan hasil. Perut makin rasa clear, buang air kecik makin lawas, sakit-sakit badan makin kurang, walaupun tak ada la hilang semuanya 100%, sebab baru gelas kedua. Hehe.

Nampaknya, lepas ni aku boleh amalkan lagi minum air halia ni. Ni Antara khasiat halia:
 
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
4. Pencegahan Demam dan Selesema
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
6. Mencegah Barah Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa seperti batuk, kahak
9. Rawatan Kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti,


Sumber: Google la, macam biasa
Okay, mari jalani hidup yang sihat~

Saturday, April 19, 2014

Draft

Bila di belek-belek blog ni, rupanya aku ada berlambak draft yang terbengkalai. Nampak sangat banyak sangat idea aku yang terbengkalai.. Ada yang aku dah tak ada idea nak tulis, ada yang aku dah lupa apa yang aku nak tulis, dan ada juga yang aku dah tak ada mood nak tulis. Dan ada juga yang aku rasa "apsal aku tulis benda ni?" Aishhhhh..

Korek-korek, bersih bersih bagi licin~

Hari sabtu yg tak normal~

Hari sabtu yg tak berapa normal..

Hahahahahaha..

Sebabnya?

Aku selalu tak ada kat rumah hari sabtu. Biasanya aku pergi kerja, atau aku keluar jalan-jalan. Kalau aku tak kerja, mesti aku keluar dari Johor, atau aku jalan-jalan ke tempat yang jauh. Bila hari ni aku berkesempatan duduk kat rumah, rasa macam mati kutu pulak. Iye la, nak kemas halaman rumah, badan rasa penat. Nak kemas dlm rumah, tak ada idea nk kemas ape. Nak cuci kereta, macam malas. Tekak asyik nak makan macam-macam, tapi aku malas nak pergi kedai beli bahan masak, dan aku pulak malas nak pergi dapur. Senang kata,hari ni memang aku malas. Hahaha. 

Puas aku bukak tutup FB, twitter, whatsapp. Semua nya da habis aku godeh. Blog?  Hampir semua dalam bloglist aku dah baca. Adeiii. Nak main whatsapp? Tak ada geng. Group semua senyap sunyi. Abg Fairuz pun senyap sunyi, sebab dia pergi reunion sekolah menengah die. Jadinya, hp aku hari ni pun senyap sunyi. *Krik krik krik*

Nak menjahit? Mesin aku pulak rosak. Ape hal la banyak sgt halangan untuk merajinkan diri. Nampaknya, kau kena lawan sikit la pemalas aku yang tahap gaban ni. Kalu ikutkan malas, alamatnya aku memang menggelepek je kat atas kerusi sepanjang hari.

Yosh.. mari merakas cari kerja di hari tidak bekerja~

Friday, April 18, 2014

Anak angkat

Pernah tak terfikir untuk amik anak angkat?

Aku ada. Sejak aku lepas grad dulu, sejak aku mula kerja, hingga sekarang. Aku memang berhasrat untuk amik anak angkat. Tapi, ramai yang cakap, jangan ambil, sebab aku muda lagi. Aku mungkin akan menimang anak sendiri tak lama lagi. Hmm. Acane tu?

Kenapa aku nak amik anak angkat? 

Sebab aku suka budak. Okay la, orang cakap,setakat suka, bukannya menyebabkan kita layak untuk jadi ibu. Setakat suka, tak pasti lagi kita mampu nak jadi ibu. Semua orang boleh jadi menjadi ibu pada fiziikal, tapi tak semua orang mampu nak jadi ibu dari segi mental dan rohani. Ramai orang yang tak bersedia jadi ibu. Buktinya? Bayi yang dibuang dalam tong sampah, tandas, masjid, kaki lima. Tak kurang juga bayi dan kanak-kanak yang didera. Tu semua berpunca dari ibu yang tak bersedia daris segi mental. Buat anak itu mudah, nak membesar dan menjaga anak tu yang rumit. Perlu ada persediaan mental. Bila kita cakap pasal ibu, kita mesti faham, mereka perlu berkorban untuk banyak benda. Masa, tenaga dan wang ringgit. Lagi pulak bagi ibu yang bekerja. Pelbagai perkara yang perlu dihadapi setiap hari.

Dalam fasa hidup setiap manusia, memang akan sampai tahap dimana kita dah bersedia nak bekeluarga. Bila mana kawan-kawan semua dah bahagia, kita masih lagi begini. Pandang kiri, pandang kanan, hati terasa sunyi. Walau ada pakwe sekalipun, tetap tak boleh nak isi sunyi tu, sebab kita dan dia masih tiada apa-apa ikatan. Nak bermanja lebih, nak berjumpa lebih semuanya akan jadi buah mulut. 

Aku rasa, aku dah sampai ke fasa itu, fasa nak bekeluarga. Mungkin sebab aku dididik dalam suasana kekeluargaan yang agak tinggi, makanya aku lebih mudah menerima konsep keluarga tu. Ramai yang cakap, nak jadi seorang ibu tu perlu sedia dari segi segala-galanya, bukan yang bahagia saja. Ya, terus terang aku memang dah sedia sejak sekian lama. Aku bukan berfikir dari segi nafsu dan perasaan, tapi aku fikir dari segi tanggungjawab dan juga kebahagiaan. AKu nak curahkan rasa kasih, cinta dan sayang aku pada mereka yang takkan akan menolak, malah akan menerimanya dengan senang hati dan dengan tangan terbuka. Aku nak curahkan kasih sayang aku pada insan yang akan sentiasa menceriakan hari-hari aku, dan pada insan yang tak mudah beralih arah pada orang lain. Aku nak curahkan kasih sayang aku pada mereka yang takkan mempersoalkan kewujudan aku. Dan aku nk curahkan kasih sayang aku pada mereka yang akan sentiasa bersama aku dikala suka dan duka. 

Anakkah jawapannya?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi, suda pasti jika ada anak, tak kira la sama ada anak sendiri atau angkat sekalipun, pasti hari-hari aku akan berubah. Pasti rutin aku akan berubah. Jika aku mahu ke mana-mana, waima merantau keluar negara sekalipun, aku masih ada anak yang akan menemani aku, yang akan membuatkan aku lupa pada kisah duka dan juga ketakutan, kerana aku ada teman, aku ada kawan yang akan membuatkan aku lebih kuat untuk berjuang mengharungi hidup aku. Aku tak pasti bila aku berpeluang nak timang anak sendiri, kerana itu semua ketentuan Ilahi. Tapi apa yang aku pasti, jika aku tak mampu menimang cahaya mata sendiri, akan aku mencari peluang untuk membesarkan seorang cahaya mata dengan kasih sayang. Itu janji aku.

Wednesday, April 16, 2014

Takut


Aku takut, takut untuk mencuba lagi. Aku masih seorang manusia biasa, manusia yang tak punya apa-apa kuasa. Takut itu sentiasa ada. 

Kenapa perlu aku takut jika aku dah serahkan segalanya di tangan yg Maha Esa?
Kenapa aku perlu takut terluka lg?

Aku yang mengambil keputusan untuk mencuba kembali, aku yang mengambil keputusan untuk mencuri hatinya lagi, aku yang mengambil keputusan untuk terus berada disisinya selagi dibenarkan Ilahi. Aku yang berdegil tak mahu meninggalkan dirinya. Aku yang mengambil keputusan itu.

Usaha, doa, tawakkal. Itu sahaja yang aku ada tika ini.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ini pilihanku, kerana aku yakin Allah sentiasa bersama hambaNya.

Milik Kami

Ya Allah, Permudahkan la segalanya.
Moga bahagia itu milik kami..

Monday, April 7, 2014

Peminta sedekah

Bagai seorang peminta sedekah untuk kebahagiaan sendiri..

Perit..

Ya Allah. Besar sungguh dugaanMu.

Benar la, hasutan syaitan sentiasa bermain di telinga anak adam yg ingin mendirikan masjid. Keraguan hati sentiasa bermain.

Aku redha dengan dugaanMu dan perhitunganMu ya Allah..


Pelamin anganku musnah

Ketika aku sibuk melihat impian perkahwinan, ketika aku sibuk menganyam harapan sebuah keluarga bahagia, ketika aku sedang leka dibuai mimpi indah...

Aku terhempas ke lantai.

Aku tersedar. Sakit. Luka. Berdarah.

Realiti itu menyakitkan. Pedih. Namun, itu la realiti, bukan impian, bukan khayalan, bukan mimpi. Realitinya, segala harapan aku hanyalah tinggal harapan. Segala anganku ternyata hanyalah angan.

Pergi la segala impian perkahwinan indah. Pergilah menjauh segala harapan keluarga bahagia. Pergilah segala mimpi.

Aku masih berdiri berhadapan dengan realiti..

Jiwa lara

Jam dah pukul 4pg, tapi mata aku masih segar. Walaupun siangnya aku berkebun, mengemas rumah, tapi mata masih segar. Walaupun kepala dah mula tak boleh berfikir, sakit, memberat, namun mata masih segar. Walaupun badan da mula panas, mata masih lagi segar. Duhai mata, lelap la..

Aku terima tamparan hebat td. Pelamin angan ku musnah. Aku selalu dengar kata-kata org, namun aku tak sangka aku sebahgian dari mereka yg bernasib sebegitu. Namun, ia takdir Allah Taala. Siapalah aku untuk menidakkannya. Mungkin aku tak sesuai dengannya.

Di saat aku berhadapan masalah, perkara ini pula terjadi, Hati ku perlu kuat untuk menghadapi segalanya. Aku perlu tabah. Senyuman perlu tetap diukir di bibir aku. Pada siapa nk aku luahkan rasa hati ini? Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu. Hati ku hancur. Hanya Allah menemani ku. Di saat aku rasa masalah ku kian terungkai, aku terima perkhabaran ini.

Ya Allah... Kuatkan hati hambaMu ini..

Sunday, April 6, 2014

Bunga Sakura Malaysia!

Cantikkkk~
 Sekarang ni, dah tiba musim bunga. Walaupun Malaysia ni bukan la negara 4 musim, tapi ade beberapa spesies pokok yang akur dengan peredaran musim bunga ni. Sekarang ni, tengah heboh fenomena bunga Sakura malaysia. 

Subhanallah~
Dikenali dengan nama Tabelbuia Rosea, (nama melayu aku tak tahu. Hahaha), pokok bunga ni memang amat menarik perhatian. Kat Johor Bahru ni, pokok ni ditanam secara merata tepat. Di sepanjang jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya, bunga-bunga ni menghiasi pemandangan di tepi jalan. Amat menarik perhatian. 

Sangat menarik perhatian
Kawan-kawan sibuk suruh aku buat 'pre-wed' sekarang, sebab bunga tengah cantik-cantik. Tapi malangnya, tak boleh. Huhuhu.. Pre-wed tu bukan budaya kami. Sambil memandu, kelihatan kuntuman-kuntuman bunga berguguran ke tanah, dah macam dalam cerita korea jepun pulak, Waaa~ (abaikan kegedikan disitu). Akhirnya, aku berhentikan kereta kat kawasan tanah lapang untuk amik gamba pepokok ni, sebab kat tempat lain, tak boleh ambil ( Pokok betul-betul tepi jalan raya. Ada pulak orang yang cium bontot kereta aku. Naya je) Mula-mula, aku sorang je kat situ. Tak lama tu, ade 2 3 biji kereta yang sedang ronda-ronda untuk tgk bunga tepi jalan pun turut sama nak masuk ke kawasan tu. Ceh, potong stim aku nk amik-amik gamba ala-ala pergi melancong.

Terkesima
Sungguh indah ciptaan Allah Taala ni. Hehe..

Close-up

Saturday, April 5, 2014

Pelupa

Aku rasa, sebelum ni macam berpuluh-puluh idea aku nk tulis dlm blog. Bila aku bukak je blog ni, nak mula menulis, aku lupa apa yang aku nak tulis.

Hmmmmm..

Pelupa?

A ah. Aku kerap lupa sekarang. Benda yagn mudah pun aku terlupa. Kadang-kadang, perkataan yang aku nak cakap pun aku lupa. Makan kepala ikan? Rasanya dah lama aku tak makan ikan. Semut dlm makanan? Rasenya benda tu memang aku jaga. Aish.. Tapi, masalah sakit kepala kerap pulak aku alami sekarang. Ada kaitan ke? Tak tau. Kadang-kadang, ada benda yg tak sampai 5 saat aku dah lupa. Arghhhh..kadang-kadang tension dengan kemampuan otak sendiri. Perlukah aku minum susu Infagrow supaya sel-sel otak aku berhubung kembali? Setakat ni aku minum Scott's Emulsion je, sebab nak tingkatkan kesihatan badan aku yang semakin menurun merudum terjunam terjerumus.Walaupuan rasa tak sedap, aku telan je. Hahahaha. Ish, sekarang ni,aku perlu cari jalan nak kuatkan balik ingatan aku. Yang pertama, kurangkan tengok benda yg melalaikan. Yang kedua, kembali kepada Allah, baca Alquran, berzikir dgn lebih kuat lg. Mungkin aku terlalai kot, jd Allah buat 'love call' supaya aku ingat kepadaNya tanpa henti.

* Kena pergi hospital cek apa masalah kepala aku ni *

Friday, April 4, 2014

Sakit kepala

Aku rasa, sekarang ni, hampir setiap hari aku sakit kepala. Kenapa ya?

Aku rasa, sebab stress. Hampir seluruh kepala rasa berdenyut, termasuk la leher & bahu. Badan rasa sakit. Ke sebab aku dah kurang senam? Mungkin. Dulu aku rajin la juga pergi main badminton. Tapi sekarang disebabkan kekangan masa, tak sempat nak menjenguk court badminton. Huhu. Jogging pun aku dah tak buat. Skipping lagi laaa... Lagi satu, aku kurang minum air. Mungkin sebab perubahan cuaca, maka badan aku dehydrate, & aku pulak tak minum air dengan secukupnya.

Selain tu, aku rasa aku sakit kepala sebab tekanan. Sekarang ni aku sedang mengalami tekanan dr pelbagai arah. Keluarga, sahabat, tempat kerja, hubungan. Kadang-kadang badan dah mula rasa terpicit, sebab yang menekan tu terlalu banyak, yang nak berhadapannya aku sorang. Huaaaa~ Bila aku tertekan, tidur pun tak cukup, itu lagi laa buatkan sakit kepala aku lebih teruk..

Aku rasa, lepas  ni aku perlu lebihkan senaman, lebihkan minum air, dan kurangkan stress di kepala. Mungkin aku perlu pergi bercuti sendirian. Sedapnya tido kat resort tepi pantai..

* Perlu kuatkan imun badan lepas ni.*

Tuesday, April 1, 2014

Mengandung

Hampir semua orang disekeliling saya sedang mengandung..

Saya?

Perut saya pun mengandung juga..

Tapi mengandungi angin~

Hahahaha..

Tahniah semua~