Showing posts with label gastrik. Show all posts
Showing posts with label gastrik. Show all posts

Wednesday, March 4, 2020

Bila Allah tarik nikmat makan

Tajuk kemain kan? Tapi itu la yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Sejak aku berhenti cucuk depo (post berkaitan depo di sini) dan jugak berhenti pam susu kat opis sebab Aminah dah 2 tahun, badan aku semakin naik dengan jayanya. Mana taknya, selama hari ni berat aku maintain 58-60kg. Lepas je berhenti, berat aku naik jadi 65-67kg. Bagi sesetengah orang, mungkin tak banyak la kenaikan tu, tapi pada aku, memang terasa la. Badan makin rasa berat, badan makin rasa lemah, tak lincah macam selalu. 

Tapi, dalam dua bulan ni aku asyik mengeluh pasal badan yang naik, mungkin Allah nak uji aku. Allah tarik nikmat makan aku. Sejak 2 minggu ni, aku kerap kena heartburn. Hampir setiap hari. Makan pun tak macam biasa. Kena sentiasa amik ubat. Padahal aku suka makan, tapi kena pantang makan. Tengok makanan pun boleh rasa loya tekak. Haaaa.  Kan dah mendapat. 


Terpaksa la jaga makan untuk seminggu dua ni, kalau tak, akan makin teruk sakitnya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tapi, jangan pulak dengan alasan ni, kita makan tanpa dijaga. Nanti lain penyakit pulak yang datang.


Thursday, May 1, 2014

Sarbat Halia

Untuk kesekian kalinya...

Sarbat oren..

Ngeh ngeh ngeh..

Persediaan untuk bulan puasa. Nak buang segala angin yang tak guna dalam perut. Nak cuci usus dari toksik yg tak diperlukan. Tak ada la gastrik sesuka suki nk serang perut aku nnt.

Hehehe.

Perut sihat, hidup bahagia~

Monday, April 21, 2014

Air halia

Sejak akhir-akhir ni, perut aku selalu masuk angin. Memang aku ada masalah gastrik sebelum ni, tapi disebabkan selera makan aku yang dah terbang melancong meninggalkan aku di alam fana ni, aku dah mula kurang makan, maka perut pun mula masuk angin. Tapi alhamdulillah, aku tak kena sakit perut sampai nak guling-guling macam aku selalu kena dulu, tapi cukup la sekadar rasa nak muntah. (Bagus ke gitu?)

Oleh itu, atas inisiatif sendiri, aku buat air halia!!

Tadaaaaaa!!!!! Percubaan pertama
 Oleh sebab aku tak tergamak nak minum air halia buta-buta macam tu, makanya aku terpaksa menjadi kreatif, iaitu mencampurkan oren Sunquick dan madu. Maka, ini la hasilnya. Rasa halia tu sekurang-kurangnya dah tertutup dek rasa oren tersebut. Pada percubaan pertama, aku tak dapat rasa perbezaan sangat, cukup sekadar sendawa sana sini (sebab aku minum jam 12.00 malam)

Percubaan kedua
Percubaan keda da mula menampakkan hasil. Perut makin rasa clear, buang air kecik makin lawas, sakit-sakit badan makin kurang, walaupun tak ada la hilang semuanya 100%, sebab baru gelas kedua. Hehe.

Nampaknya, lepas ni aku boleh amalkan lagi minum air halia ni. Ni Antara khasiat halia:
 
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
4. Pencegahan Demam dan Selesema
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
6. Mencegah Barah Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa seperti batuk, kahak
9. Rawatan Kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti,


Sumber: Google la, macam biasa
Okay, mari jalani hidup yang sihat~