Pernah tak terfikir untuk amik anak angkat?
Aku ada. Sejak aku lepas grad dulu, sejak aku mula kerja, hingga sekarang. Aku memang berhasrat untuk amik anak angkat. Tapi, ramai yang cakap, jangan ambil, sebab aku muda lagi. Aku mungkin akan menimang anak sendiri tak lama lagi. Hmm. Acane tu?
Kenapa aku nak amik anak angkat?
Sebab aku suka budak. Okay la, orang cakap,setakat suka, bukannya menyebabkan kita layak untuk jadi ibu. Setakat suka, tak pasti lagi kita mampu nak jadi ibu. Semua orang boleh jadi menjadi ibu pada fiziikal, tapi tak semua orang mampu nak jadi ibu dari segi mental dan rohani. Ramai orang yang tak bersedia jadi ibu. Buktinya? Bayi yang dibuang dalam tong sampah, tandas, masjid, kaki lima. Tak kurang juga bayi dan kanak-kanak yang didera. Tu semua berpunca dari ibu yang tak bersedia daris segi mental. Buat anak itu mudah, nak membesar dan menjaga anak tu yang rumit. Perlu ada persediaan mental. Bila kita cakap pasal ibu, kita mesti faham, mereka perlu berkorban untuk banyak benda. Masa, tenaga dan wang ringgit. Lagi pulak bagi ibu yang bekerja. Pelbagai perkara yang perlu dihadapi setiap hari.
Dalam fasa hidup setiap manusia, memang akan sampai tahap dimana kita dah bersedia nak bekeluarga. Bila mana kawan-kawan semua dah bahagia, kita masih lagi begini. Pandang kiri, pandang kanan, hati terasa sunyi. Walau ada pakwe sekalipun, tetap tak boleh nak isi sunyi tu, sebab kita dan dia masih tiada apa-apa ikatan. Nak bermanja lebih, nak berjumpa lebih semuanya akan jadi buah mulut.
Aku rasa, aku dah sampai ke fasa itu, fasa nak bekeluarga. Mungkin sebab aku dididik dalam suasana kekeluargaan yang agak tinggi, makanya aku lebih mudah menerima konsep keluarga tu. Ramai yang cakap, nak jadi seorang ibu tu perlu sedia dari segi segala-galanya, bukan yang bahagia saja. Ya, terus terang aku memang dah sedia sejak sekian lama. Aku bukan berfikir dari segi nafsu dan perasaan, tapi aku fikir dari segi tanggungjawab dan juga kebahagiaan. AKu nak curahkan rasa kasih, cinta dan sayang aku pada mereka yang takkan akan menolak, malah akan menerimanya dengan senang hati dan dengan tangan terbuka. Aku nak curahkan kasih sayang aku pada insan yang akan sentiasa menceriakan hari-hari aku, dan pada insan yang tak mudah beralih arah pada orang lain. Aku nak curahkan kasih sayang aku pada mereka yang takkan mempersoalkan kewujudan aku. Dan aku nk curahkan kasih sayang aku pada mereka yang akan sentiasa bersama aku dikala suka dan duka.
Anakkah jawapannya?
Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi, suda pasti jika ada anak, tak kira la sama ada anak sendiri atau angkat sekalipun, pasti hari-hari aku akan berubah. Pasti rutin aku akan berubah. Jika aku mahu ke mana-mana, waima merantau keluar negara sekalipun, aku masih ada anak yang akan menemani aku, yang akan membuatkan aku lupa pada kisah duka dan juga ketakutan, kerana aku ada teman, aku ada kawan yang akan membuatkan aku lebih kuat untuk berjuang mengharungi hidup aku. Aku tak pasti bila aku berpeluang nak timang anak sendiri, kerana itu semua ketentuan Ilahi. Tapi apa yang aku pasti, jika aku tak mampu menimang cahaya mata sendiri, akan aku mencari peluang untuk membesarkan seorang cahaya mata dengan kasih sayang. Itu janji aku.
No comments:
Post a Comment