Aku rasa, sekarang ni, hampir setiap hari aku sakit kepala. Kenapa ya?
Aku rasa, sebab stress. Hampir seluruh kepala rasa berdenyut, termasuk la leher & bahu. Badan rasa sakit. Ke sebab aku dah kurang senam? Mungkin. Dulu aku rajin la juga pergi main badminton. Tapi sekarang disebabkan kekangan masa, tak sempat nak menjenguk court badminton. Huhu. Jogging pun aku dah tak buat. Skipping lagi laaa... Lagi satu, aku kurang minum air. Mungkin sebab perubahan cuaca, maka badan aku dehydrate, & aku pulak tak minum air dengan secukupnya.
Selain tu, aku rasa aku sakit kepala sebab tekanan. Sekarang ni aku sedang mengalami tekanan dr pelbagai arah. Keluarga, sahabat, tempat kerja, hubungan. Kadang-kadang badan dah mula rasa terpicit, sebab yang menekan tu terlalu banyak, yang nak berhadapannya aku sorang. Huaaaa~ Bila aku tertekan, tidur pun tak cukup, itu lagi laa buatkan sakit kepala aku lebih teruk..
Aku rasa, lepas ni aku perlu lebihkan senaman, lebihkan minum air, dan kurangkan stress di kepala. Mungkin aku perlu pergi bercuti sendirian. Sedapnya tido kat resort tepi pantai..
* Perlu kuatkan imun badan lepas ni.*
No comments:
Post a Comment