Friday, September 3, 2021

My Sejahtera yang baru! (update 3/9/2021)

 MySejahtera dah update yang baru 👍👍

Aku agak gembira dengan update ni. Semalam dalam  keadaan mamai aku buka Facebook ( mamai sebab terbangun dan susukan Daud), aku ada nampak KKM ada post pasal update MySejahtera bermula hari ni. Jadi pagi tadi, aku terus update MySejahtera (pengguna Apple. Setakat aku tulis ni, pengguna android masih belum dapat update ni) 

Page Check-in yang terbaru

Ni page Check in. Semua info yang perlu dah ada kat sini, tak perlu nak buka 2 3 tab yang berbeza. Kalau tak, leceh betul. Aku baru partially Vaccinated, sebab belum dapat 2nd dose. Almaklumlah aku ni geng AZ, gap 9minggu baru complete dose. Berlumut nak tunggu fully vaccinated. 

Lepas scan code MySejahtera premis tu, akan keluar macam ni. 

Ni page lepas kita scan check in. Status risiko dan status vaksin pun terus ada kt situ. Status fully vaccinated tu ada sebab aku under dependant suami aku, dia dah complete vaksin. Nampak tak ada Check-out kat bawah tu? Kita kena tekan kat situ bila kita dah keluar dari kedai/premis yang kita masuk tadi. Sebab agak mudah urusan KKM untuk tentukan status casual contact dengan lebih tepat kalau ada berlaku kes kat sesuatu tempat.

Bila dah selesai check put, akan keluar mcm ni


Untuk aku yang separa vaksin ni, status aku keluar macam tu haa.

Begitulah update terbaru MySejahtera. Satu yang aku suka dgn JKJAV/Mosti, bila rakyat bagi cadangan untuk memperbaiki MySejahtera, mereka memang akan dengar dan ikut. Contoh sebelum ni, berkaitan keperluan EDD bersalin yang sebenar bagi wanita hamil. Sebelumnya, hanya bulan dan tahun jangkaan bersalin sahaja yang perlu diupdate, tapi itu memang takkan tepat, kerana EDD 1 Ogos dah berbeza 5 minggu berbanding 31 Ogos, dan itu akan bawa perbezaan yang besar sama ada ibu tu dah masuk dalam fasa dibenarkan vaksin ataupun belum. Jadi bila dah boleh masukkan sekali hari, lebih tepat EDD tu. Cadangan itu pun pihak  JKJAV/Mosti ambil tahu, dan beberapa hari lepas tu mereka update. 

Dengan update ini, semakin mudahlah urusan rakyat Malaysia. Pulak bila KKM dah beritahu kita dah nk masuk fasa endemik, iaitu kita akan hidup bersama Covid, sama seperti Denggi, bermakna MySejahtera ni akan jadi satu keperluan dan kegunaan dalam urusan seharian rakyat Malaysia. Bersama kita biasakan dengan tabiat scan MySejahtera, amalkam penjarakan sosial, pakai mask, jauhi tempat yg sesak dan pastikan amalkan kebersihan tangan. 

Tuesday, August 31, 2021

[UPDATE]: Buka akaun Tabung Haji kanak-kanak secara online

Waktu PKP  ni, hampir semua urusan dibuat secara online. Meeting online, permohonan online, bacaan yaasin online, urusan temujanji online. Semuanya sebab nak kurangkan berlakunya perjumpaan fizikal, seterusnya nak kurangkan risiko jangkitan dan penyebaran Covid-19. 

Salah satunya adalah buat akaun kanak-kanak Tabung Haji. Untuk buka akaun, emak atau ayah mesti kena ada akaun dulu, dan kena ada akaun online. Aku dah lupa macam mana aku ada akaun online ni. Haha. 

Sebelum buat akaun anak, kita kena pastikan gelaran kita dah diisi. Untuk kes aku ni, memang tak isi sejak dari buka akaun. Bila nak update melalui apps telefon, tak lepas. Terpaksalah aku online melalui komputer. 

Ni aku pakai apps kt phone. Nampak tu gelaran tak boleh ubah? Tak ada option untuk ubah

Akan keluar ini.

Jadinya untuk kes seperti ini, sila la pergi ke THiJARI, log in macam biasa, dan tukar gelaran di Profil Saya.



Tukarlah gelaran. 

Selesai update gelaran, boleh la mulakan untuk create akaun anak. Kalau pakai komputer, tengok pada capaian menu di belah kiri. Kat situ ada pilihan Pembukaan Akaun Kanak-kanak. Boleh klik di sini dan akan keluar page seperti di bawah ini. 



Teruskan isi hingga la kita perlu dapatkan no TAC yang akan dihantar ke nombor telefon berdaftar dengan tabung haji. 

Lepas selesai semua, akan keluar ini;


Aku ingatkan tak perlu ke kaunter Tabung Haji, tapi sebenarnya masih kena pergi. Dokumen yang perlu dibawa? MyKid anak, surat beranak anak, MyKad penjaga pertama, dan duit simpanan permulaan. Bawalah dokumen ni semua ke kaunter tabung haji yang kita dah pilih masa isi borang tadi dalam masa 30 hari dari tarikh pendaftaran online. Aku masih belum pergi lagi, sebab masih mencari masa yang sesuai untuk pergi.

Ok, itu sahaja yang aku nak share setakat ni. Nanti lepas aku pergi ke kaunter tabung haji, aku akan update semula kejadiannya. 😉

[UPDATE]

Akhirnya aku dah pergi Tabung Haji, lepas hampir 58 hari dari tarikh daftar. Patutnya kena pergi dalam masa 30 hari, Masa tu pulak aku dah mula naik kerja,  jadi memang tak sempat nak pergi. Aku biarkan je la, dengan tanggapan tak apa, nanti aku daftar lagi sekali. Tup-tup seminggu sebelum hari ke 60, ada pegawai bank tabung haji yang call aku bertanyakan pasal akaun online ni. Rupanya ada buffer sampai 60hari. 

Aku terus la pergi ke Tabung Haji UTC Johor untuk selesaikan urusan tabung haji Daud ni. Bila pergi sana, pastikan surat beranak anak bersama salinan, IC penama pertama bersama salinan. Nanti bila masuk dlm UTC tu, kita akan diberikan 2 borang, 1 borang maklumat peribadi, kena isi nama & ic anak, nama & ic kita sebagai penjaga, dan 1 lagi borang adalah borang penamaan waris. 

Bila lepas siap isi borang ni, ada la aku tunggu dalam 5 minit sebelum nombor aku dipanggil. LEpas tu, urusan kat kaunter dah mudah, sebab semua maklumat dah ada, tinggal pegawai bank tu verify je. Cuma nanti kita kena isi no akaun anak tu dalam borang maklumat yg kita isi tadi. Jumlah masa kat kaunter tabung haji? Kurang dari 5 minit. Nampak mudah disitu, jadi tak perlu la nak berlama isi borang, berlama nak tunggu pegawai bank tu isikan borang online kat kaunter. Mudah dan cepat :)



Wednesday, August 25, 2021

Mesin basuh rosak~

Mesin basuh Midea aku rosak. Padahal tak sampai 2 tahun lagi aku beli dari Lazada masa PKP fasa 1 dulu.

Memang mencabar bila mesin basuh rosak. Pulak rumah aku ni ramai orang, ramai budak-budak, jadi baju kotor tu memang bertimbun. Mesin basuh aku ni rosak dah lama, masa bulan raya lagi. Nak hantar kedai untuk betulkan tak boleh, sebab PPN, kedai tutup, orang nak betulkan tak boleh nak datang rumah. Tapi mesin tu makin teruknya awal Julai 2021. 

Bila mesin ni dah buat hal, tak boleh basuh sebab dia akan pusing 2 minit je, lepas tu berhenti. Lepas tu air akan masuk non-stop, dan mesinnya terus tak jalan. Kalau keringkan tak ada masalah, tapi  kena tukar setting secara manual la. Bila mesin dah rosak macam ni, kena la cuci baju kat dobi. Jadi leceh sebab nak kena keluarkan duit untuk dobi, masa habis kat dobi tak boleh nak buat kerja lain. Kalau cuci baju kat rumah, sambil mesin jalan, boleh la kemas rumah dan masak. 

Lagi satu option, cuci pakai tangan. Yang ni aku ada buat gak, tapi bertahan 2 minggu je sebab lepas tu aku stop sebab tangan aku allergik dengan sabun cuci baju. Habis jari aku melecet dan sakit bila kena air. Bila dah sampai tahap macam tu, memang terus la aku cari tukang nak betulkan mesin tu. 

Nak panggil orang biasa, tak boleh. Aku lalu depan Midea service center, tutup sebab PPN, tak boleh bukak kedai lagi. Akhirnya aku tawakkal, bukak laman web Midea, Midea - Malaysia | Make yourself at home. Boleh pergi ke tab support, klik bahagian service report tu.

 

Boleh la isi apa yang patut

Isi semua detail yang dia nk, lebih-lebih lagi kalau masih ada warranty. 


Akan terus dapat case ID lepas daftar

Akan dapat confirmation email dr Midea jugak

11 hari lepas tu (lambat sikit, almaklumlah pusat servis barangan elektrik baru dibenarkan bukak), aku dapat panggilan telefon dari orang Midea untuk confirmkan apa kerosakan mesin aku. Dalam pukul 2.15petang, technician yg appointed by midea pun datang. Cek punya cek, rupanya water level detector yg rosak. Jadi kena la tukar. 

Ni haa bendanya yg rosak

Berakhir sudah episod mesin basuh gila. Berakir juga episod ulang alik pergi dobi dan cuci baju pakai tangan. Yeayyyy..




Saturday, August 7, 2021

Bayi, jaundice, susu dan botol.


Bayi, jaundice, susu dan botol. Apakah pertalian antara 4 perkara ni?

Memang ada kaitan. Sebenarnya, ni adalah benda yang berkait rapat sama ada berjaya atau pun tak penyusuan badan utk bayi. Seperti yang kita tahu, bukan mudah nak beri susu badan 100% kepada bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang kurang pengetahuan. Selain dari tu, ibu pun perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri menyusukan 3 orang anak, dan yang terbaru baru berusia kurang dari sebulan. Ketiga-tiga anak aku ada masalah jaundice. Berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, boleh aku simpulkan masalah jaundice bayi ni boleh sebabkan penyusuan penuh susu badan tu tak berjaya. 

Disini, ibu memang perlu memainkan peranan dan perlu gali ilmu, jangan ikut kata orang lain. Bila anak kena demam kuning, akan ada yang suruh:

1. Pam susu, dan beri anak susu dalam botol utk kerapkan penyusuan dan utk banyakkan jumlah susu yang diminum bayi, dengan harapan kuning akan turun cepat. Apa yang terjadi? Bayi dah mula terbiasa dengan flow botol susu yg lebih laju, sampai dah tak reti nak hisap susu ibu direct, bayi cepat mengamuk, menangis, dan akhirnya ibu terpaksa ladi EP MOM ( exclusive pumping). 

2. Beri susu formula dalam botol, sebab orang cakap susu ibu tak banyak. Bila dah terbiasa bg susu formula, kekerapan direct feed berkurangan, ransangan susu ibu berkurangan, susu badan ibu sendiri akan berkurangan, disamping bayi tak basa utk menyusu dengan ibu sendiri. Akhirnya, susu akan berkurangan dan kebergantungan pada susu formula itu semakin tinggi. 

Disinilah ilmu yang ibu-ibu kena gali. Tersilap langkah, memang agak susah nak capai penyusuan susu ibu secara penuh. Untuk situasi pertama, ibu kena tahu macamana nak pastikan bayi dapat susu yang secukupnya, dan apa teknik pemberian air perahan susu yang betul yang boleh elakkan bayi dari terkena nipple confuse. Benda ni boleh cari sendiri di web-web penyusuan. Untk situasi ke 2, apa yang menyebabkan ibu cakap susu dia sikit? Itu pun kena gali ilmu juga. Ibu-ibu juga kena cari info macamana nak 
 
Jaundice tu sendiri ada pelbagai faktor. Jadi kita kena pastikan anak kita tu, jaindice yang mana? Kena pastikan anak tu kenicing/ berak lebih dari 8 kali sehari. Tak perlu penuh satu lampin tu pun, asalkan dia ada kencing/ berak. Selain tu, ibu perlu tahu teknik lekapan yang betul semasa menyusu, atau kena pastikan bayi tak ada tongue tie, saiz/bentuk puting ibu sendiri pun mainkan peranan dalam penyususan bayi. 

Aku taknak terangkan satu-satu perkara ni, sebab sekarang semua dihujung jari. Kat belakang buku pink mengandung tu pun ada tulis info mengenai penyusuan badan. Ilmu ni kena cari sebelum bayi lahir, bukan hari pertama bayi lahir sebab waktu tu, kita dah letih dan mula kelam kabut dgn perubahan fizikal dan mental diri sendiri, dan akan boleh sebabkan kita tak bersedia nak hadapi kekangan dlm penyusuan badan. 

Yang penting kita kena pastikan punca jaundice anak tu dulu, barulah kita kena cari penyelesaiannya. Sebab takut bila kita tak jumpa punca, segala usaha yang kita ambil untuk turunkan kuning anak akan jadi sia-sia, selain ibu pun akan jadi stress. Dah la badan belum pulih sepenuhnya, penat ulang alik pergi klinik utk cek kuning, mental letih sebab semua usaha nak turunkan kuning baby macam tak berkesan, dan masa ni la semua orang akan mula bagi petua yang macam-macam, malah ada yg membahayakan utk ibu dan bayi.

Kesimpulannya di sini, galilah ilmu penyusuan sebelum bersalin. Boleh mula gali dari hari pertama UPT test tu naik 2 line. Gali sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

PS: Aku tak cakap susu formula tu tak elok, sebab itu memang pilihan ibu tu sendiri utk beri anaknya susu formula. Ibu lebih tahu mana yang terbaik untuk anaknya. Posting aku ni adalah utk ibu yang berusaha utk menyusu anak selama 2 tahun. 

Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk işbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)