Waktu PKP ni, hampir semua urusan dibuat secara online. Meeting online, permohonan online, bacaan yaasin online, urusan temujanji online. Semuanya sebab nak kurangkan berlakunya perjumpaan fizikal, seterusnya nak kurangkan risiko jangkitan dan penyebaran Covid-19.
Salah satunya adalah buat akaun kanak-kanak Tabung Haji. Untuk buka akaun, emak atau ayah mesti kena ada akaun dulu, dan kena ada akaun online. Aku dah lupa macam mana aku ada akaun online ni. Haha.
Sebelum buat akaun anak, kita kena pastikan gelaran kita dah diisi. Untuk kes aku ni, memang tak isi sejak dari buka akaun. Bila nak update melalui apps telefon, tak lepas. Terpaksalah aku online melalui komputer.
Ni aku pakai apps kt phone. Nampak tu gelaran tak boleh ubah? Tak ada option untuk ubah |
Akan keluar ini. |
Jadinya untuk kes seperti ini, sila la pergi ke THiJARI, log in macam biasa, dan tukar gelaran di Profil Saya.
Ni laman utama lepas log in. Cari Profil saya di bahagian atas kanan tu |
Lepas tu akan keluar bahagian ini. Tekan Kemaskini Butiran |
Tukarlah gelaran. |
Selesai update gelaran, boleh la mulakan untuk create akaun anak. Kalau pakai komputer, tengok pada capaian menu di belah kiri. Kat situ ada pilihan Pembukaan Akaun Kanak-kanak. Boleh klik di sini dan akan keluar page seperti di bawah ini.
Teruskan isi hingga la kita perlu dapatkan no TAC yang akan dihantar ke nombor telefon berdaftar dengan tabung haji.
Lepas selesai semua, akan keluar ini;
Aku ingatkan tak perlu ke kaunter Tabung Haji, tapi sebenarnya masih kena pergi. Dokumen yang perlu dibawa? MyKid anak, surat beranak anak, MyKad penjaga pertama, dan duit simpanan permulaan. Bawalah dokumen ni semua ke kaunter tabung haji yang kita dah pilih masa isi borang tadi dalam masa 30 hari dari tarikh pendaftaran online. Aku masih belum pergi lagi, sebab masih mencari masa yang sesuai untuk pergi.
Ok, itu sahaja yang aku nak share setakat ni. Nanti lepas aku pergi ke kaunter tabung haji, aku akan update semula kejadiannya. 😉
[UPDATE]
Akhirnya aku dah pergi Tabung Haji, lepas hampir 58 hari dari tarikh daftar. Patutnya kena pergi dalam masa 30 hari, Masa tu pulak aku dah mula naik kerja, jadi memang tak sempat nak pergi. Aku biarkan je la, dengan tanggapan tak apa, nanti aku daftar lagi sekali. Tup-tup seminggu sebelum hari ke 60, ada pegawai bank tabung haji yang call aku bertanyakan pasal akaun online ni. Rupanya ada buffer sampai 60hari.
Aku terus la pergi ke Tabung Haji UTC Johor untuk selesaikan urusan tabung haji Daud ni. Bila pergi sana, pastikan surat beranak anak bersama salinan, IC penama pertama bersama salinan. Nanti bila masuk dlm UTC tu, kita akan diberikan 2 borang, 1 borang maklumat peribadi, kena isi nama & ic anak, nama & ic kita sebagai penjaga, dan 1 lagi borang adalah borang penamaan waris.
Bila lepas siap isi borang ni, ada la aku tunggu dalam 5 minit sebelum nombor aku dipanggil. LEpas tu, urusan kat kaunter dah mudah, sebab semua maklumat dah ada, tinggal pegawai bank tu verify je. Cuma nanti kita kena isi no akaun anak tu dalam borang maklumat yg kita isi tadi. Jumlah masa kat kaunter tabung haji? Kurang dari 5 minit. Nampak mudah disitu, jadi tak perlu la nak berlama isi borang, berlama nak tunggu pegawai bank tu isikan borang online kat kaunter. Mudah dan cepat :)
No comments:
Post a Comment