Thursday, October 11, 2018

Perancangan keluarga: Cucuk Depo

Biasanya, lepas je bersalin, dalam wad sblm keluar, pasti doktor akan tanya, apa kaedah perancangan keluarga yg kita akan ambil. Kalau kita jawab nantilah dulu atau nanti tanya suami, atau nanti saya fikir, atau nak merancang sendiri, pasti doktor akan kerutkan muka. Hmmmm. Boleh percaya ke? 

Aku sendiri bg jawapan nak merancang sendiri lepas bersalinkan Sulaiman. memang berjaya, tp utk 10 bulan je la, sebab lepas tu aku berjaya pregnant Aminah. Hahaha. Agak rapat jarak tu, lagi pulak dgn sejarah aku tumpah darah lepas bersalinkan Sulaiman, pendarahan awal kehamilan sampai kena masuk wad, memang agak tebal la telinga aku dengar bebelan doktor. Tak apa la, demi kesihatan kita sendiri dgn anak kita juga. Sendiri cari pasal, sendiri la kena tanggung. 

Jadinya, lepas aku mendapat pengalaman yg agak menyakitkan lepas bersalin Aminah, dimana uri lekat dan aku tumpah darah, jadi aku ambil keputusan utk tak merancang sendiri. Bukan tak percaya pd diri sendiri, tapi aku belajar dari kesilapan. Lepas berbincang dgn abg Fairuz, aku ambil keputusan utk gunakan kaedah depo injection. Masa checkup Aminah utk umur sebulan, aku selamat dicucuk di punggung. Adui, memang sakit sampai 2 3 hari bisanya tak hilang. Tapi bila utk kali ke 2 dan seterusnya, rasa saakit tu dah hilang da. Hehe. 

Kenapa aku pilih inject depo?
1. Sebab kena bayar rm1 je
2. Mudah. Hanya ambil suntikan 12 minggu sekali
3. Tak perlu fikir pasal terlupa makan ubat. (Yg ni memang antara sebab utama kenapa aku tak ambil kaedah pil perancang, sebab aku jenis pelupa.)

Tapi yg pasti, setiap ubat pasti akan ada effectnya pd setiap org. Ini effect pd aku:

1. Keluar blood spotting utk 4 bulan pertama. 
Tak keluar byk, tp sikit shj. Hanya perlu pakai pantyliner. Bila tanya nurse, dia jwab yg ni normal utk org yg ambil inject depo. Perlu solat mcm biasa, sebab ia dikira sebagai darah penyakit, bukan darah haid. 

2. Tak keluar haid.
Lepas habis fasaa spotted tu, memang aku bersih. Sampai la sekarang anak pun dah nk masuk 9 bulan, memang tak ada haid, sampai la aku dermakan semua pad aku pd kakak dgn adik aku. Hahaha.  Bila aku tanya doktor, dia ckp benda tu adalah nornal, sbb tak ada berlaku ovulasi dan injct depo tu berjaya. 

3. Berat badan mudah turun
Berbanding masa mengandungkan Sulaiman, aku perlukan antara 7-10 bulan utk dptkan berat aku sekarang. Tapi lepas inject depo, hanya 2 bulan je aku dah kembali kpd berat sekarang. Hmm. Agak cepat. 

4. Mood swing, PMS, perut cramp, sakit kepala.
Yg ni hanya terjadi pd hari pertama selepas injection. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah. 

Setakat ni, itu je simptom yg aku alami. Yg lain tu mcm tak ada. Tapi kena ingat, lain org mungkin lain tindakbalas tubuh terhadap hormon tambahan ni.  Kena dapatkan nasihat doktor sebelum nak ambil apa jua keadah perancangan keluarga. 


Friday, September 21, 2018

Refresh~

Haluuuu. 

Setelah 5 bulan menghilangkan diri. Hihihi. Menghilangkan diri sebab kerja di tempat baru. 

Cerita sedih bulan 4- kilang lama dah tutup. 

Cerita gembira bulan 5- alhamdulillah, dapat kerja di kilang baru. 

Satu rezeki tertutup, satu lg rezeki terbuka. Sekarang ni masih lg dalam suasana nak menyesuaikan diri dlm persekitaran yang baru.

Semoga mood menulis pun dtg la kembali. Hehe. 

Ps: Bukan malas nk menulis, tp sebab kerja bertimbun. Balik rumah je, badan dah penat. Huhu. 

Friday, April 20, 2018

Mintak Pertolongan AKPK

Bukan susah pun sebenarnya nak mintak pertolongan AKPK ni. Sejak dr awal penubuhan AKPK lagi, kita dimomokkan bahawa kalau join AKPK, makanya kita dah tak boleh nk buat loan. Tapi secara logiknya, kalau komitmen sekarang pun kau dah tak mampu bayar, apa guna kau nak buat loan lain? Nak pergi gantung diri sendiri dgn masalah hutang yg tak bertepi ke?

Mungkin ada yg kata, belum beli rumah, belum ada kereta. Bila masuk akpk, nnt akan ada masalah nak masuk loan dlm bank. Hmmmm. Biasanya, org yg dah cari akpk ni ada beberapa keadaan;
1. Masih mampu bayar pd bank, tp tiap2 bulan dah hujung hidung. Komitmen dah berada pd tahap maksimum, nak simpan duit pun tak mampu. 
2. Mampu bayar, tp ada masalah utk beberapa bulan, Dah ada hutang tertunggak 7-8 bulan dan tak mampu nk bayar tunggakan
3. Memang tak mampu bayar langsung

Nampak tak keadaan ni? Bermakna peluang utk lulus loan tu teramatlah nipis, sbb percentage gaji vs komitmen ttu tinggi, jd bank pun susah nk luluskan loan. Lepas tu kalau ada lapse, rekod ccris memang lah dah tak cantik. Ingat bank senang nak bg loan kalau nampak nombor lebih dr 5 dlm rekod tu?

Aku pun terpaksa berhadapan dgn AKPK ni. Bukan sebab aku berbelanja secara boros, atau buat personal loan sesuka hati, tp ada masalah peribadi yg mengheret aku ke AKPK dan aku tak boleh nk cerita kat sini. Ok. Bila kita dah ambil keputusan utk mintak tlg akpk, jd perlu la ada beberapa step. Benda pertama yg kena buat adalah pergi ke laman web akpk, iaitu www.akpk.org.my.


Lepas tu,boleh pergi ke bahagian 3 garisan sebelah menu tu.


Akan keluar menu ni. Ambil Debt management.


Pilih DMP application process. Kalau nk baca lebih lanjut pasal DMP ni, boleh la bukak semua link yg ada tu.


Inilah step yg perlu diambil utk mohon akpk ni. Boleh click Apply Now.


Akan keluar bahagian ni. Bagi pengguna baru, boleh click bahgian daftar di sini.


Disinilah bermulanya pendaftaran. Isikan maklumat lengkap seperti yg dikehendaki.



Bahagian DMP tu adalah bahagian yg paling penting diisi. Isi dgn jujur dan teliti. Pastikan semua maklumat adalah lengkap. Bila kita dah submit form DMP ni, kita memang dah tak boleh nk buat apa-apa perubahan lg. 

Lepas siap submit, kita boleh la pilih untuk hadiri sesi kaunseling. Pilih tempat yg kita nak, pilih waktu yg kita nak. Satu slot hanya ada 2 tempat sahaja. Pastikan dtg ke tempat yg dijanjikan 30minit lebih awal. Aku pilih sesi kaunseling paling awal, iaitu pukul 8.30pg. Kalau kat JB, tempat kaunseling adalah di Bank Negara Malaysia, yg berada di depan Bukit Timbalan. 

Waktu aku sampai, BNM pun tak bukak lagi. Huhuhu. Semangat. 
Kalau hadir kat sini, kena bawak beberapa dokumen
1. Salinan IC
2. Salinan slip gaji 3 bulan
3. Salinan report CCRIS terkini ( Salinan report CCRIS boleh didapati di kaunter BNM atau secara online)
4. Statement EPF
5. Statement semua kad kredit/ loan terkini.
6. Surat tuntutan perundangan ( jika ada)
7. Surat/ dokumen yg berkaitan seperti surat kematian pasangan, surat pengesahan hilang upaya/ masalah kesihatan kronik dr hospital/ SOCSO/ Jabatan Kebajikan Masyarakat, bil perubatan utk diri sendiri atau tanggungan,
8. Duit RM5. (Duit ni adalah utk beli buku pasal cara nk menguruskan kewangan. )

Sebelum tu, kena isi borang yg disediakan oleh pihak AKPK. Sebenarnya lebih kurang je mcm yg diiisi dlm DMP tu. Bila dah siap semuanya, tunggu je la hingga nama dipanggil utk sesi kaunseling. 
Bukan kaunseling sgt pun, sebab pegawai tu hanya cek komitmen kita, berapa yg perlu dibayar setiap bulan. Bila semuanya dah selesai, pegawai akan beri tempoh masa lebih kurang 2 minggu utk buat pembayaran pertama. Cara-cara pembayaran pun akan diterangkan oleh pegawai AKPK tu. 

Tadaaaaa. 

Dah selesai. Bila kita dah buat pembayaran pertama, maka kita pun secara rasminya dah termasuk dlm list AKPK. Bila kita print report CCRIS, memang akan tertulis kita ada kaitan dgn AKPK (redha je la). Lega la sikit. Dah tak perlu fikir lagi masalah hutang yg dah lapse atau masalh hutang yg tak boleh nk dibayar. Tunggu je la selama 8-10 tahun utk habiskan bayar hutang kita tu. Kalau kita berkemampuan dan nak settlekan semua hutang kita, boleh tarik diri dr program DMP, dan berhubung dgn pihak bank utk pembayaran secara penuh. 

Thursday, April 19, 2018

ADAM50

Mengikut belanjawan tahun 2018, setiap anak yg dilahirkan tahun 2018 akan menerima bantuan RM200 oleh ASNB, melalui ADAM50. Duit ni hanya boleh dikeluarkan bila anak dah 18tahun nnt. Aku pun tak lepaskan peluang utk mengambil peluang ni. Hahahaha. Rezeki jgn ditolak, bala jgn dicari. Aku fikir, bagus jugak ada akaun ni. Memang aku guna utk buat simpanan utk Aminah nnt.

Utk maklumat lanjut, boleh pergi ke SINI

Akaun ni boleh dibuka di mana-mana cawangan ASNB dan bank yg terlibat. 

Mengikut laman web ASNB, dokumen yg perlu dibawa adalah, MYKID atau Sijil lahir anak dan MyKAD ibu/bapa/ penjaga. 

Borang yg diisi di RHB

Mula-mula, aku pergi ke bank RHB kt Bandar Baru Uda. Aku dah isi borang yg diperlukan. Agak lenguh la jugak tangan aku menulis, sbb byk sgt yg nk diisi. Bila pergi ke kaunter, jawapan yg aku dapat adalah
Maaf puan, kalau transaksi di bank, kita perlukan surat beranak anak. Kalau MyKID, hanya kt cawangan ASNB sahaja yg boleh buat.
Fuhhhhh. Aku pun dgn hati yg lara, keluar dari RHB tu. Nasib baik pejabat ASNB tu dekat je (padahal dr awal, aku terlupa pejabat ASNB tu dekat je. hahaha)

Ni Haaa. Dekat deret kedai Mee Tarik dgn Butik Siti Nurhaliza, berhadapan parking Plaza Angsana.
Aku pun masuk dlm premis ASNB, ckp je kt adik kaunter depan tu, nk daftar ADAM50. NNt adik tu akan bg satu set borang yg perlu diisi.

Ni haaa borangnya.
Borang yg kuning tu, sama je mcm aku dpt kt ASNB, cuma ada satu penambahan borang di belakangnya. 

Ni borang tambahan. Lebih kpd nk tanya pasal sama ada kita ada kaitan dgn US ataupun tak. 

LEpas tu, lg satu borang adalah borang ADAM50. Borang ni perlu diisi penuh ye. Oh, utk bhgn sama ada data kita boleh digunakan utk promosi atau tak, aku pilih tak. Sbb nnt entah mana-mana bank akan telefon dan promote produk yg entah apa-apa. Dah byk kali kena.

Borang ADAM
Lenguh jugak la nk menulis semua borang ni. Hahaha. Dari tulisan lawa, terus mcm cakar ayam, senget benget. 

Lepas dah siap isi semua borang, pergi semula ke kaunter nombor td, lepas tu adik tu akan suruh kita cap jari kiri di tempat yg berkenaan. Lepas tu, baru la adik tu akan bg nombor. Aku tunggu dlm 15min, baru tiba giliran aku. 

Di kaunter, nnt penjaga kaunter tu akan tanya sama ada kita ada ASB atau tak. Aku memang ada ASB, makanya diorg akan link akaun ASB aku dgn akaun remaja Aminah ni. So, memang memudahkan kerja aku la. Bila dah selesai, dalam masa 2 3 hari, kita akan boleh tengok akaun ADAM50 ni di MyASNB. Senang nk cek baki, senang nk masukkan duit. 

Cara nk cek:

1. Log in MYASNB mcm biasa.

2. Klik ke Bijak/ Remaja


3. Tadaaaaa. 


Okey. Siap sudah. Lepas ni dah boleh buat tambahan dana utk anak dara.

** Tapi, masih nk bukak akaun tabung haji utk anak dara gak. Senang nk link dgn Maybank.

Lain-lain info, boleh rujuk di SINI
  1. Transaksi ADAM50
    1. Bolehkah saya menambah jumlah pelaburan kepada akaun peserta ADAM50?
    2. Pelaburan tambahan boleh dilakukan oleh ibu, bapa, penjaga berdaftar atau wakil peserta seperti mana prosedur dan tatacara sedia ada, tertakluk kepada had pelaburan maksimum yang dinyatakan di atas.

    3. Adakah sebarang pelaburan tambahan terhadap akaun ADAM50 juga tidak boleh dikeluarkan?
    4. Sebarang pelaburan tambahan tidak akan disekat, malahan pelaburan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, objektif utama ADAM50 adalah untuk mendidik budaya simpanan dan pelaburan sejak seawal usia, oleh itu peserta digalakkan untuk mengekalkan pelaburan dalam tabung yang terlibat.

    5. Adakah pelaburan tambahan dalam ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
    6. Ya, sebarang pelaburan tambahan ke atas akaun peserta ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar akaun tersebut. Contohnya, sekiranya akaun peserta didaftarkan di bawah nama ibu, hanya ibu sahaja boleh melakukan transaksi pengeluaran. Prosedur ini merupakan tatacara sedia ada bagi setiap tabung unit amanah ASNB.
      Selain itu, seperti dinyatakan di atas, unit insentif percuma serta pengagihan pendapatan (jika ada) ke atas unit insentif tersebut tidak boleh dikeluarkan sehingga peserta mencapai tempoh matang.

    7. Sekiranya saya telah mengeluarkan kesemua pelaburan yang dibuat, adakah anak saya masih layak menerima pengagihan pendapatan tabung?
    8. Akaun peserta masih layak menerima pengagihan pendapatan jika keseluruhan baki pelaburan dikeluarkan, kerana unit insentif yang diberikan masih kekal di dalam akaun tersebut.

     
  2. Transaksi Lain ADAM50
    1. Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, apakah yang akan terjadi terhadap akaun tersebut?
    2. Unit insentif serta segala pengagihan pendapatan yang terakru akan dilepaskan, serta segala baki akaun akan di bayar kepada waris. Sila rujuk laman sesawang ASNB bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kaedah tuntutan harta pusaka.

    3. Sekiranya penjaga berdaftar bagi peserta meninggal dunia, adakah akaun peserta akan ditutup?
    4. Tidak. Akaun peserta tidak akan ditutup. Penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    5. Sekiranya ibubapa atau penjaga bayi diisytiharkan Muflis, adakah kelayakan peserta di tarik balik?
    6. Tidak. Peserta masih layak menyertai program. Sebarang baki pelaburan dalam akaun peserta tidak akan dibayar ke Jabatan Insolvensi Malaysia (“JIM”) sekiranya penjaga diisytiharkan Muflis. Akan tetapi, penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    7. Sekiranya kami sekeluarga termasuk peserta ingin menyerahkan status warganegara kerana berpindah ke negara lain, apakah yang akan terjadi kepada baki pelaburan peserta?
    8. Baki pelaburan peserta (tidak termasuk unit insentif dan pengagihan pendapatan terakru bagi unit tersebut) akan dibayar kepada penjaga berdaftar. Manakala unit insentif itu akan dipulangkan semula kepada tabung yang berkenaan bagi tujuan unit insentif kepada peserta lain yang layak.

    9. Sekiranya penjaga berdaftar peserta menyerahkan status warganegara, adakah peserta masih layak menyertai ADAM50?
    10. Ya. Penjaga berdaftar baharu yang dilantik hendaklah membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    11. Bolehkah saya menamakan peserta ADAM50 sebagai penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah?
    12. Ya, boleh. Pemberi Hibah/Pengisytiharan Amanah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga mestilah dalam kalangan:
      • Ibu atau bapa
      • Datuk atau nenek
      • Abang atau kakak
      • Penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB

    13. Sekiranya anak saya menerima Harta Hibah/Pengisytiharan Amanah yang melebihi had maksimum individu tabung, adakah harta tersebut akan dibayar secara tunai?
    14. Tidak. Harta tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun peserta sekaligus meningkatkan had pelaburan maksimum daripada had sedia ada kepada had baharu, tertakluk kepada amaun Harta tersebut. Contohnya, peserta menerima Harta berjumlah 100,000 unit, had maksimum peserta akan meningkat daripada 50,000 unit kepada 150,000 unit.

    15. Adakah transaksi Pindahan (transfer) atau Penukaran (switching) unit boleh dilakukan ke atas akaun peserta?
    16. Buat masa ini, transaksi Pindahan dan Penukaran unit masih belum ditawarkan oleh pihak ASNB.
      Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan ini disediakan dalam masa terdekat, transaksi Pindahan dan Penukaran unit boleh dilakukan terhadap akaun peserta ADAM50 (hanya ke atas pelaburan tambahan akaun peserta, unit insentif akan dikekalkan dalam akaun peserta), dengan syarat ianya dilakukan oleh penjaga yang didaftarkan bagi akaun tersebut. (Rujuk soalan 3 dalam bahagian Transaksi ADAM50 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan penjaga berdaftar).
      Selain itu, untuk sebarang maklumat lebih lanjut berkenaan transaksi Pindahan dan Penukaran unit, sila rujuk Prospektus Induk yang boleh didapati di laman sesawang ASNB, Cawangan serta Ejen ASNB.

    17. Sekiranya kesemua pelaburan tambahan kepada akaun peserta dikeluarkan, adakah ibu/bapa/penjaga berdaftar masih boleh membeli semula unit yang telah diperuntukkan?
    18. Ya. Had pelaburan maksimum akan kekal seperti yang dinyatakan seperti di soalan 2 bahagian Umum.
      Sebagaimana contoh, sekiranya sebanyak 49,800 unit dikeluarkan daripada akaun peserta, ibu/bapa/penjaga berdaftar masih boleh membuat pelaburan tambahan sehingga mencapai had maksimum akaun yang dinyatakan

Tuesday, April 10, 2018

Marilah mari, pergi mengundi.

Marilah mari, 
Pergi mengundi, 
Jgn lupa kewajipan pada negara

Bila nk dekat mengundi, lagu ni memang popular. Hahahaha. 

Tarikh mengundi dah keluar,iaitu pada 9 Mei 2018. Hari Rabu.  Hmmmm. Kenapa rabu? Kenapa tak hari sabtu? Seingat aku, tak pernah lg hari mengundi jatuh selain dr hari minggu.

Sebab stategi tersendiri. 

Bila hari rabu, rakyat di bandar, yg majoritinya membawa perubahan jumlah undian kt sesuatu kawasan tu, susah untk balik mengundi. Biasanya, yg duduk bandar ni la, bila balik kg, akan buang undi yg luar biasa. 

Well, kita tunggu dan lihat..

Eh, undi adalah rahsia..

Wednesday, April 4, 2018

Rendang tak crispy

ehsan google

Bila org barat mula nk ajar kita cara masak masakan tradisional kita, makanya ramai la yg melenting. Mana taknya, benda yg dah beratus tahun dimasak cara begini, diajar pulak masak dgn cara begitu. Eh, suka hati je. 

Bukan kali pertama 'mat saleh' nk ajar kita cara nk memasak ( masak ikut suka hati diorg). Mat saleh ni tanpa segan silunya nk ubah cara kita, ckp tak betul sana sini. Eh, memang dah dasar penjajah, sampai anak cucu cicit pun perangai mcm penjajah jugak. Hahahaha. 

Kita tak marah perserta malaysia, Puan Zaleha Kadir tu tersingkir, tp yg kita marah bila encik juri yg kononnya chef terkenal sampai pernah buat rancangan travelog makanan kt malaysia ni cakap rendang tu tak crispy ( rangup), ehhhhhh, sejak zaman penjajah mane plak rendang kena crispy? Lepas tu nk putar-putar cakap serupa roda impian. Ape die ingat org Malaysia ni tak reti english, nk bezakan crispy dgn cooked? Sudah laaaa..

Ape pun, walau mcmane pun, mmg aku nk ckp, rendang mmg takkn crispy. Sekian..

Wednesday, March 21, 2018

Pelupa, lagi. Momnesia

Aku pernah menulis pasal pelupa dan terlupa sebelum ni. ( Disini, dan disini). 

Lepas bersalin anak no 2 ni, pelupa aku makin melampau. Org kaitkan benda ni dgn momnesia iaitu keadaan dimana ibu mengandung, dan ibu yg baru melahirkan anak kerap terlupa. Perkataan yg biasa aku cakap pun aku lupa. Benda yg aku nk buat pun aku boleh lupa dlm 5 saat. Pergi dapur nk buat susu anak, sampai dapur aku tertanya, kenapa aku pergi dapur? Nak pergi kerja, lupa kat mana aku letak kunci kereta. Merata la aku pusing satu rumah nk cari kunci kereta. Alahai. Makin parah pulak. Aku google la pasal momnesia ni. Ni yg aku dapat:

Momnesia! What is it? The term momnesia is a term first coined by pediatrician Dr. Tanya Altman. Momnesia refers to the memory challenges mommies face in their 26th week of conception through the first 6-12 months of motherhood. Additional insight was revealed by neuropsychiatrist Dr. Louann Brizendine. Brizendine is the founder of the Women’s and Teen Girls’ Mood and Hormone Clinic at the University of California, San Francisco and author of The Female Brain. In her book, Dr. Brizendine discusses the impact of the biological and hormonal changes motherhood brings. For example, she says a big boost in the feel-good hormone oxytocin and other changes contribute to a shift in a mother’s priorities. Dr. Brizendine, who jokingly refers to the entry to motherhood as the “invasion of the brain snatchers” writes, “The parts of the brain responsible for focus and concentration are preoccupied with protecting and tracking the newborn for the first six months.” She elaborates the additional oxytocin released during breast feeding can “heighten and prolong this unfocused state.” The severity varies from mom to mom.
Menurut laman web bable.com, Momnesia ni boleh dikaitkan dgn kondisi badan siibu yg bersedia utk kelahiran sianak:

That’s because a set of neurons known as the amygdala help process memory and drive emotional reactions like fear, anxiety, and aggression. After a woman gives birth, activity in the amygdala grows and makes her hypersensitive to her baby’s needs. Not only that, but pregnancy hormones do their thing too. All of that combines to basically take over mom’s brain with EVERYTHING BABY. Scientists have said that becoming a parent — at least in the brain — looks a lot like falling in love. Affection for baby, anxiety about baby’s well-being — all of this new brain action shoves less important stuff out your ears. “You only have so many shelves in your brain, so the top three are filled with baby stuff,” Louann Brizendine, MD, director of the Women’s Mood and Hormone Clinic at the University of California, San Francisco,  tells WebMD.
 A British study also shows hormones may also affect spatial memory — which includes remembering where things are — in pregnant women and new moms. Some doctors even speculate there’s an evolutionary angle. Women’s health expert Donnica Moore, MD, tells WebMD, “It has been postulated that, from an evolutionary standpoint, this memory impairment may be helpful so that women will forget about other stuff and focus on caring for the child.”
 
Haaaa. Itu la sebab kenapa pelupa aku mmg dah tahap gaban. Kadang-kadang rasa kesian dgn diri sendiri, kadang-kadang rasa kecewa dgn diri sendiri. Tapi nk buat mcmana, sbb lumrah alam. Anak tu sendiri adalah kurniaan Allah. Rasa pelupa tu, letak la tepi kejap. Hahaha. 

Saturday, March 17, 2018

Cara taknak terlupa anak dalam kereta.

Rentetan kisah si ibu yg tertinggal anak dlm kereta yg aku post smlm (disini), ada beberapa cara yg boleh digunakan utk pastikan kita takkan tertinggal anak dlm kereta. Aku pun antara ibu yg kerap terlupa dgn bukan sengaja. Dah nama pun terlupa, bukan melupakan atau dilupakan. Disebabkan aku pun takut dgn tahap pelupa aku ni, aku pun cari cara utk pastikan aku tak terlupa pasal anak aku.

1. Letak handbag/handphone berdekatan dgn carseat anak. 
Pastikan barang berharga tu tak kelihatan dr pandangan mata kasar si pencuri. Letak/ sorok kt blkg carseat, atau kat bwh carseat anak. PAstikan barang tu adalah barang yg kau takkan lupa nk bawak kalau tinggalkan kereta. Handbag ke, pass masuk opis, handphone, botol air, beg pam susu, bekal sarapan pagi, dan mcm2 lagi la.

2. Letak kasut sebelah berdekatan carseat anak
Ini sebenarnya berguna juga, tp tak berapa digalakkan utk memandu tanpa kasut. Kalau yg memang jenis memandu pakai kasut rata, bila keluar pakai high heels atau kasut lain, letak kasut berjalan tu kt bwh carseat anak. Dgn ini, kita mmg takkan terlupa ada anak kita kt belakang

3. Guna aplikasi waze
Yg  ni, canggih sikit. Gunakan waze utk beri peringatan tentang anak kita. Selain guna alert " Anda telah sampai", gunakan alert " Adalah anak anda selamat?". Haaa. Cara ni aku tak guna lagi, sbb aku tak guna Waze, dan aku tak ada nk explore Waze tu lagi. Ni aku dpt info dari ibu bapa yg ada guna cara ni utk buat reminder pasal anak mereka.  Nanti kalau aku dah explore aplikasi ni, aku update ye. 

Setakat ni, itu sahaja yg aku rasa relevan utk kita sebagai ibu dan bapa gunakan utk pastikan anak tak tertinggal dlm kereta. Beringat sebelum terkena. Jgn pernah mengutuk org yg dah tersilap, tp ambil benda tu sebagai pengajaran yg berguna kpd kita sbg ibu bapa.

Friday, March 16, 2018

Tertinggal anak dalam kereta

Gambar google dikorek dari sini

Terbaca berita bayi yg meninggal dunia sebab ibu dia tanpa sengaja tertinggalkan anak dia dalam kereta. Bila terbaca berita mcm ni masa dlm pantang, hanya Allah je yg tahu perasaan tu. Takut. Takut kalau benda tu terjadi pada aku. Takut kalau waktu tu aku terlalai atau terlupa akan anak aku.   Aku tak salahkan pun si ibu, sbb terang-terang si ibu sampai tahap meraung dan meratap bila tgk mayat anak dia. Dari situ kita dah boleh agak dan tahu yg siibu memang tak sengaja.

" Alah, takkan anak sendiri pun boleh lupa?"

Pernah tak kau terlupa sesuatu tu sebab benda tu luar dari kebiasaan?

Aku pernah, dan benda tu mmg tak best. Kau dah ada rutin harian yg dah diulang selama berbulan, malah bertahun. Tetiba hari tu, rutin tu berubah. Otak kau yg dah bertahun terbiasa dgn rutin lama, terpaksa bekerja keras utk ikut rutin  baru tu. Kalau waktu tu otak kau takda fikir apa-apa, insyaallah rutin baru tu takkan dilupakan. Tapi disebabkan waktu tu otak kau tengah sibuk fikir pasal audit pagi ni, dokumen tak siap, calibration instrument tak siap lagi, makanya rutin yg baru tu akan mula dilupakan. Ini lah yg terjadi pd siibu, bila rutin meletakkan anak di seat hadapan, berubah bila sianak duduk kt seat blkg. 

" Sanggup mak dia bunuh anak dia??"

Mak tak sengaja. Kau faham tak sengaja? Kau ingat mak dia suka-suka nak tinggalkan anak dia? kalau nk bunuh anak, apa kes nk bunuh anak kt parking tempat kerja? Baik bunuh dekat dlm hutan, tak ada saksi. Mak dia tu pun dah elok besarkan anak dia, nampak comel da. Sebabkan ketidaksengaja si ibu menyebabkan anak terkorban

Pada aku, cukuplah nk menyalahkan siibu. Aku sendiri seorang ibu, seorang ibu yg bekerja. Aku tau mcmane otak nk belah 4-5-6 bahagian sbb nk fikir soal anak, soal kerja rumah dan soal kerja pejabat. Terpaksa multitasking. Itu belum lagi tiba-tiba dapat berita kilang nk tutup. Pulak pergi kerja tiap2 hari sambil fikir kt mana nk cari duit. 

Tak kena kt batang hidung sendiri, boleh la nk komen macam-macam. Bila dah kena batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi ke rendah. Jgn pernah nk mudahkan kerja org lain kalau kita sendiri tak pernah buat atau alami benda tu, sbb susah payah hanya org yg alami je tahu. Kalau tak mampu nk komen yg murni-murni, baik tutup je mulut, tak payah nk tambah dosa yg belum tentu surut.

Wednesday, February 28, 2018

Panama Dance

Sejak akhir-akhir ni, makin byk video panama dance. Makin ramai yg cover atau buat parody. Utk aku yg tgh dlm cuti pantang ni, mcm tergaru-garu kepala, apakah panama dance ini? Sebab mcm hampir semua org nk parody tarian ni. Siap ada panama dance challenge.

Maka aku pun google la pasal Panama dance ni. Rupanya lagu latar utk Panama Dance ni adalah lagu dari penyanyi Romania, Matteo. Lagu ni mula dapat perhatian bila org dekat China dgn Thailand mula gunakan lagu ni utk buat tarian parodi tu, dimana entah aku pun tak tau siapa org pertama yg berotak geliga utk buat tarian simple tu.

Bila makin lama makin ramai yg buat panama dance challenge, benda tu jd popular, sehingga la menular ke Malaysia. maka, ramai la yg ikut, termasuk ahli perubatan, pasukan keselamatan, artis, dan budak sekolah yg buat. 

Tarian tu simple je, malah utk aku yg dlm pantang ni pun boleh ikut. Hahaha. Tapi tak tergamak la aku nk rakam, sebab segan woii. Terkinja depan family pun aku segan, ini pulak nk bg org lain tgk. Huhu. Dulu masa kena masuk zapin pun aku rasa aku la budak yg paling keras kt dlm team aku. huhuhu.

* makcik ni penyegan orangnya*

Kilang nak tutup

Aku ingatkan mimpi, tp realiti!

Kilang yg aku kerja hampir 6 tahun ni bakal melabuhkan tirainya. Ingatkan nk kerja sampai pencen, nampaknya tak kesampaian la hajat aku. Huhu. 

Maka, bermula la misi mencari kerja lain. Jobstreet yg dah lama aku tak masuk tu pun, tiap2 hari aku belek sekarang. 

Sedih tu tetap sedih. mana taknya, aku dah kerja dgn company ni dari la kecik sampai da besar, dari mesin sikit sampai dah byk, sampai dah nk kena jual semula da. Sedih bila tgk segala mesin dgn barang-barang dah mula dikemas utk dipindahkan ke Singapore. 

** Seram bila dah hampir 7 tahun tak  pergi interview**

Tuesday, February 20, 2018

Raja Aminah Nabilah

20 Januari 2018
Jam 3.13 petang
Raja Aminah Nabilah selamat dilahirkan ke dunia

Sebelum mengandungkan Aminah, aku memang nk namakan anak dgn nama Aminah. Mula-mula Aminah Sarah, lepas tu Aminah Zubaidah, lepas tu Aminah Kalsum, lepas tu Aminah Zuhairah, lepas tu Aminah Zulaika. Tapi akhirnya, Aminah Nabilah jugak yg menjadi pilihan hati. Nabilah tu adalah bersempena nama arwah adik abg Fairuz yg meninggal masa kecik dulu.  Sekarang ni, aku panggil Aminah sebagai Aminah, bapak dia panggil Nabilah. 

Ni lah kronologi waktu nk bersalinkan Aminah.

7 Januari 2018
Pergi hospital jam 3.00pg. Terkena cirit birit dan muntah yg dahsyat, perut memulas sakit sampai tak boleh tido. Akhirnya acik ydgn adik yg teman pergi hospital, sbb Abg Fairuz dah balik KL mlm tu. Pergi PAC HSA, cek tak ada contraction, tp dah dehydrate teruk. Kena masukkan air 4 botol dlm masa 24jam. Pukul 6.30pg dah admit wad. Duduk la kt wad smpai keesokkan harinya, sampailah semua 4 pine air tu habis. Hari selasa, dah discharge, tp dpt MC sampai hari jumaat. 

18 Januari 2018
Pergi KK, sbb perut rasa tak sedap. Mcm ada mengeras. Tak ada cirit birit lg. Bila doktor cek, semua ok. Tp doktor bg MC 2 hari suruh rehat kt rumah. Lgpun masa tu dah nk masuk 37 minggu. 

19 Januari 2018
Sakit perut mengeras makin kerap. Sakit pinggang makin kuat. Sulaiman pulak tak nak berenggang dr perut, sampai tidur pun atas perut. Dgn nk tahan perut mengeras dgn Sulaiman hempap perut, mlm tu langsung tak boleh tidur. Bangun pagi dgn sakit makin kuat. Gerakan baby pun makin berkurang. Akhirnya, pukul 12.00tghari aku amik keputusan utk pergi ke PAC HSA. Bila cek, contraction mcm takda, jalan tak bukak lg, tp air ketuban dah kurang. Kena admit hospital, dan doktor decide 20 Januari kena induce sbb air ketuban kurang sgt. Telefon abg Fairuz hari tu gak, dan dia terus drive balik JB dr KL. Petang tu, angah dtg bwkkan cheese cake, mcm2 jenis roti, coklat, air milo dan tak lupa laksa johor yg aku mengidam nk makan dah 2 3 hari. 

20 Januari 2018
Malam tu, aku berbual dgn budak katil sebelah menyebelah sampai la jam 12.00tghmlm. Lepas tu tak boleh nk tidur, sbb baby bergerak non-stop ditambah dgn perut mengeras. Tidur-tidur ayam je. Pukul 3 pagi, nurse dtg kejutkan sbb nk cek CTG. Pergilah cek CTG. Lepas tu, nurse ingatkan dlm pukul 6pg, kena siap2 sbb nk masukkan ubat induce. Ingatkan lepas cek CTG nk pergi tidur, tp mata dah taknak lelap. Terkebil-kebil sambil main whatsapp dgn family. Akhirnya, dlm pukul 5pg aku terus mandi dan solat subuh. Pukul 6 aku dah siap duduk depan bilik procedure. Sampai la akhirnya pukul 7.00pg baru doktor sampai. Aku org ke 3 yg dicek. Bila cek, dah ada jln 3cm. Tak jd masuk ubat induce. Doktor tolong bukakkan jalan je. Sakit mmg sakit, tp aku tak kisah la benda tu semua. Balik la aku kt katil semula. Pasal mlm td tak boleh tidur, aku terus tidur dr pukul 7.30pg tu smpai pukul 10.00pg. Aku tersedar bila Doktor Dharma dtg round wad. Aku terdengar doktor Dharma ckp dgn MO & HO yg ada kt situ, " Siapa yg tulis this patient akan kena bersalin bila jalan dah bukak? Dia  sepatutunya kena bersalin hari ni jugak". Terus doktor Dharma ckp kt aku, " Puan, lepas ni puan terus pergi bilik procedure ye. NNt kami akan pecahkan air ketuban utk bersalin hari ni. "

Gulp. Terkedu disitu. Dlm keadaan mamai, aku pun bangun pergi ke toilet. lepas tu call abg Fairuz yg tgh kait buah rambutan, sbb aku nk makan. Terus aku ckp yg aku dah nk kena pergi bersalin. Huhu. Huru hara abg Fairuz bersiap utk pergi hospital. Bila aku masuk bilik procedure, jalan dah bukak 4cm. Terus doktor pecahkan air ketuban. Nurse sorongkan pergi ke katil utk amik beg barang baby dgn barang aku yg aku dah siapkan. Lepas tu, kena masukkan ubat utk asma, sbb doktor takut aku kena asma attack masa bersalin. 

Abg Fairuz sampai hospital dlm pukul 11.15pg. Waktu tu, aku pun dah nk disorong ke labour room. Aku dimasukkan ke bilik no 3. Duduk la kt situ sambil berbual dgn Abg Fairuz, sambil gelak-gelak. Nurse dah masukkan air, masukkan pictoxin utk induce dan cucuk ubat tahan sakit kt punggung. Dalam pukul 12.30tghari, aku dah mula mamai mengantuk. Aku mintak izin dgn abg Fairuz utk tidur. Aku terbangun setiap kalu surge dtg. Nasib baik aku belajar dr kesilapan masa nk bersalin Sulaiman. Aku tarik nafas dalam-dalam, lepas sambil tahan nafas kt bhgn abdomen, mcm nk push. Setiap kali surge dtg, aku buat mcm tu. makin lama, sakit makin kuat. Sampai la jam 2.45ptg, doktor HO dtg nk cek jln. Sambil dia nk cek jln tu, surge aku dtg. Waktu ni abg Fairuz kena duduk luar. Habis tgn doktor tu aku pegang masa tgh surge. Kesian dia. Kuat jugak aku genggam. Dia pun layankan aje aku. Dia tgk mcm baru 8cm. Dia kosongkan air kencing, lepas tu nk cek jalan semula. Eh, dah 10cm. Waktu tu jugak aku ada rasa nk teran. Doktor suruh teran sikit-sikit sambil dia clearkan jln. Makin lama rasa nk teran makin kuat. Doktor panggil abg Fairuz, lepas tu aku push dlm 3 kali, Aminah pun selamat dilahirkan. Entah kenapa, aku terus menangis masa tu. Rasa mcm dah selesai. Lepas segalanya. Waktu tu, aminah pun diletakkan atas dada aku utk skin to skin. Bila nk potong tali pusart, doktor suruh aku dgn abg Fairuz baca selawat. Alhamdulillah, bagus betul doktor ni. 

Sambil tu, bidan urut-urut perut utk keluarkan uri. Lepas 5 minit, uri tak keluar lg. Bidan urut2 lg perut. Bila uri keluar, keadaan mcm tak elok. Lepas tu darah aku mula tak berhenti. Terus doktor arahkan nurse dr neonatal unit amik aminah utk dibersihkan. Abg Fairuz disuruh keluar, sbb aku dah kena Post Partum Hemorrhage utk kali ke dua. Doktor MO dah dipanggil sbb darah dah tak berhenti. Habis aku kena seluk sbb nk keluarkan semua uri dr rahim. Mmg sakit, sampai tgn MO tu pun aku pegang. HUHuuhu. Dalam bilik tu, dr hanya ada bidan dgn sorang HO perempuan, dah jd 4 org, termasuk doktor MO dgn sorang HO lelaki. HO tu rasanya baru posting, sbb nk amik darah aku pun dia menggigil. HUhu. 

Dari pukul 3.30 ptg smpai la sejam setengah kemudian doktor berusaha nk hentikan pendarahan. Kena cucuk oxytoxin 2 kali kt paha, 1 kali cucuk Hemabate kt paha, 1 kali masuk ubat ikut drip. Adeii. Memang dahsyat. Bila doktor tgk aku dah makin tak tahan, doktor suruh bidan bg aku ethonox. Dan disinilah bermulanya aku mamai. Hahaha. Mabuk tahap tak larat. Bila semua selesai, aku nk bangun pakai pad pun tak larat, nk bangun bagi anak susu pun tak larat. Doktor suruh aku berehat, makanya terbaring la aku atas katil labour room tu. Dlm pukul 6.30ptg, ada nurse lain dtg nk kemas bilik bersalin tu, sbb ada org nk masuk. Dia nk marah aku sbb tak pakai pad lg, sedangkan td doktor ckp tak payah pakai dulu. Dia siap ckp aku malas. Huhuhu. Dia tak tahu betapa aku menggigil nk bangun. Bila dia tgk aku mcm nk apa bangun dr katil, baru dia slow sikit. Dia tanya, td pph ke?Aku jwb, a ah. Pukul 7.00ptg, aku disorong ke wad dgn Aminah Nabilah. Masa tu, mak dgn angah dtg. Punyalah aku mamai. sambil berbual aku tertidur, sampai angah dah risau. Lepas tu aku kena sakit dada. Doktor takut asma aku dtg. Setiap sejam doktor dtg cek aku. Huhu. 

Dalam pukul 11.00mlm, baru laa aku ada tenaga nk bangun. Masa tu aminah tidur. Aku pun bangun dan pergi mandi. Badan berlemus busuk. Huhu. Bila dah mandi, legaaa rasanya. Org ckp, dlm pantang jgn mandi mlm, tp kalau badan pun sampai tak selesa, takkn nk ikut, kan? Lepas tu, baru la aku makan bekal yg angah bwk, baru la aku bersosial, baru la main dgn aminah. 

Keesokkan harinya, aku pun dpt balik. hehehe. legaaaa rasanya. 

Begitulah ceritanya aku nk bersalinkan aminah. Setiap anak, lain cabarannya. Ni aku nk berehat dulu 2 3 tahun, lepas tu baru fikir anak lain. Huhu. Sakit kena seluk tak hilang lg.