Showing posts with label tertinggal anak. Show all posts
Showing posts with label tertinggal anak. Show all posts

Saturday, March 17, 2018

Cara taknak terlupa anak dalam kereta.

Rentetan kisah si ibu yg tertinggal anak dlm kereta yg aku post smlm (disini), ada beberapa cara yg boleh digunakan utk pastikan kita takkan tertinggal anak dlm kereta. Aku pun antara ibu yg kerap terlupa dgn bukan sengaja. Dah nama pun terlupa, bukan melupakan atau dilupakan. Disebabkan aku pun takut dgn tahap pelupa aku ni, aku pun cari cara utk pastikan aku tak terlupa pasal anak aku.

1. Letak handbag/handphone berdekatan dgn carseat anak. 
Pastikan barang berharga tu tak kelihatan dr pandangan mata kasar si pencuri. Letak/ sorok kt blkg carseat, atau kat bwh carseat anak. PAstikan barang tu adalah barang yg kau takkan lupa nk bawak kalau tinggalkan kereta. Handbag ke, pass masuk opis, handphone, botol air, beg pam susu, bekal sarapan pagi, dan mcm2 lagi la.

2. Letak kasut sebelah berdekatan carseat anak
Ini sebenarnya berguna juga, tp tak berapa digalakkan utk memandu tanpa kasut. Kalau yg memang jenis memandu pakai kasut rata, bila keluar pakai high heels atau kasut lain, letak kasut berjalan tu kt bwh carseat anak. Dgn ini, kita mmg takkan terlupa ada anak kita kt belakang

3. Guna aplikasi waze
Yg  ni, canggih sikit. Gunakan waze utk beri peringatan tentang anak kita. Selain guna alert " Anda telah sampai", gunakan alert " Adalah anak anda selamat?". Haaa. Cara ni aku tak guna lagi, sbb aku tak guna Waze, dan aku tak ada nk explore Waze tu lagi. Ni aku dpt info dari ibu bapa yg ada guna cara ni utk buat reminder pasal anak mereka.  Nanti kalau aku dah explore aplikasi ni, aku update ye. 

Setakat ni, itu sahaja yg aku rasa relevan utk kita sebagai ibu dan bapa gunakan utk pastikan anak tak tertinggal dlm kereta. Beringat sebelum terkena. Jgn pernah mengutuk org yg dah tersilap, tp ambil benda tu sebagai pengajaran yg berguna kpd kita sbg ibu bapa.

Friday, March 16, 2018

Tertinggal anak dalam kereta

Gambar google dikorek dari sini

Terbaca berita bayi yg meninggal dunia sebab ibu dia tanpa sengaja tertinggalkan anak dia dalam kereta. Bila terbaca berita mcm ni masa dlm pantang, hanya Allah je yg tahu perasaan tu. Takut. Takut kalau benda tu terjadi pada aku. Takut kalau waktu tu aku terlalai atau terlupa akan anak aku.   Aku tak salahkan pun si ibu, sbb terang-terang si ibu sampai tahap meraung dan meratap bila tgk mayat anak dia. Dari situ kita dah boleh agak dan tahu yg siibu memang tak sengaja.

" Alah, takkan anak sendiri pun boleh lupa?"

Pernah tak kau terlupa sesuatu tu sebab benda tu luar dari kebiasaan?

Aku pernah, dan benda tu mmg tak best. Kau dah ada rutin harian yg dah diulang selama berbulan, malah bertahun. Tetiba hari tu, rutin tu berubah. Otak kau yg dah bertahun terbiasa dgn rutin lama, terpaksa bekerja keras utk ikut rutin  baru tu. Kalau waktu tu otak kau takda fikir apa-apa, insyaallah rutin baru tu takkan dilupakan. Tapi disebabkan waktu tu otak kau tengah sibuk fikir pasal audit pagi ni, dokumen tak siap, calibration instrument tak siap lagi, makanya rutin yg baru tu akan mula dilupakan. Ini lah yg terjadi pd siibu, bila rutin meletakkan anak di seat hadapan, berubah bila sianak duduk kt seat blkg. 

" Sanggup mak dia bunuh anak dia??"

Mak tak sengaja. Kau faham tak sengaja? Kau ingat mak dia suka-suka nak tinggalkan anak dia? kalau nk bunuh anak, apa kes nk bunuh anak kt parking tempat kerja? Baik bunuh dekat dlm hutan, tak ada saksi. Mak dia tu pun dah elok besarkan anak dia, nampak comel da. Sebabkan ketidaksengaja si ibu menyebabkan anak terkorban

Pada aku, cukuplah nk menyalahkan siibu. Aku sendiri seorang ibu, seorang ibu yg bekerja. Aku tau mcmane otak nk belah 4-5-6 bahagian sbb nk fikir soal anak, soal kerja rumah dan soal kerja pejabat. Terpaksa multitasking. Itu belum lagi tiba-tiba dapat berita kilang nk tutup. Pulak pergi kerja tiap2 hari sambil fikir kt mana nk cari duit. 

Tak kena kt batang hidung sendiri, boleh la nk komen macam-macam. Bila dah kena batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi ke rendah. Jgn pernah nk mudahkan kerja org lain kalau kita sendiri tak pernah buat atau alami benda tu, sbb susah payah hanya org yg alami je tahu. Kalau tak mampu nk komen yg murni-murni, baik tutup je mulut, tak payah nk tambah dosa yg belum tentu surut.