20 Januari 2018Jam 3.13 petangRaja Aminah Nabilah selamat dilahirkan ke dunia
Sebelum mengandungkan Aminah, aku memang nk namakan anak dgn nama Aminah. Mula-mula Aminah Sarah, lepas tu Aminah Zubaidah, lepas tu Aminah Kalsum, lepas tu Aminah Zuhairah, lepas tu Aminah Zulaika. Tapi akhirnya, Aminah Nabilah jugak yg menjadi pilihan hati. Nabilah tu adalah bersempena nama arwah adik abg Fairuz yg meninggal masa kecik dulu. Sekarang ni, aku panggil Aminah sebagai Aminah, bapak dia panggil Nabilah.
Ni lah kronologi waktu nk bersalinkan Aminah.
7 Januari 2018
Pergi hospital jam 3.00pg. Terkena cirit birit dan muntah yg dahsyat, perut memulas sakit sampai tak boleh tido. Akhirnya acik ydgn adik yg teman pergi hospital, sbb Abg Fairuz dah balik KL mlm tu. Pergi PAC HSA, cek tak ada contraction, tp dah dehydrate teruk. Kena masukkan air 4 botol dlm masa 24jam. Pukul 6.30pg dah admit wad. Duduk la kt wad smpai keesokkan harinya, sampailah semua 4 pine air tu habis. Hari selasa, dah discharge, tp dpt MC sampai hari jumaat.
18 Januari 2018
Pergi KK, sbb perut rasa tak sedap. Mcm ada mengeras. Tak ada cirit birit lg. Bila doktor cek, semua ok. Tp doktor bg MC 2 hari suruh rehat kt rumah. Lgpun masa tu dah nk masuk 37 minggu.
19 Januari 2018
Sakit perut mengeras makin kerap. Sakit pinggang makin kuat. Sulaiman pulak tak nak berenggang dr perut, sampai tidur pun atas perut. Dgn nk tahan perut mengeras dgn Sulaiman hempap perut, mlm tu langsung tak boleh tidur. Bangun pagi dgn sakit makin kuat. Gerakan baby pun makin berkurang. Akhirnya, pukul 12.00tghari aku amik keputusan utk pergi ke PAC HSA. Bila cek, contraction mcm takda, jalan tak bukak lg, tp air ketuban dah kurang. Kena admit hospital, dan doktor decide 20 Januari kena induce sbb air ketuban kurang sgt. Telefon abg Fairuz hari tu gak, dan dia terus drive balik JB dr KL. Petang tu, angah dtg bwkkan cheese cake, mcm2 jenis roti, coklat, air milo dan tak lupa laksa johor yg aku mengidam nk makan dah 2 3 hari.
20 Januari 2018
Malam tu, aku berbual dgn budak katil sebelah menyebelah sampai la jam 12.00tghmlm. Lepas tu tak boleh nk tidur, sbb baby bergerak non-stop ditambah dgn perut mengeras. Tidur-tidur ayam je. Pukul 3 pagi, nurse dtg kejutkan sbb nk cek CTG. Pergilah cek CTG. Lepas tu, nurse ingatkan dlm pukul 6pg, kena siap2 sbb nk masukkan ubat induce. Ingatkan lepas cek CTG nk pergi tidur, tp mata dah taknak lelap. Terkebil-kebil sambil main whatsapp dgn family. Akhirnya, dlm pukul 5pg aku terus mandi dan solat subuh. Pukul 6 aku dah siap duduk depan bilik procedure. Sampai la akhirnya pukul 7.00pg baru doktor sampai. Aku org ke 3 yg dicek. Bila cek, dah ada jln 3cm. Tak jd masuk ubat induce. Doktor tolong bukakkan jalan je. Sakit mmg sakit, tp aku tak kisah la benda tu semua. Balik la aku kt katil semula. Pasal mlm td tak boleh tidur, aku terus tidur dr pukul 7.30pg tu smpai pukul 10.00pg. Aku tersedar bila Doktor Dharma dtg round wad. Aku terdengar doktor Dharma ckp dgn MO & HO yg ada kt situ, " Siapa yg tulis this patient akan kena bersalin bila jalan dah bukak? Dia sepatutunya kena bersalin hari ni jugak". Terus doktor Dharma ckp kt aku, " Puan, lepas ni puan terus pergi bilik procedure ye. NNt kami akan pecahkan air ketuban utk bersalin hari ni. "
Gulp. Terkedu disitu. Dlm keadaan mamai, aku pun bangun pergi ke toilet. lepas tu call abg Fairuz yg tgh kait buah rambutan, sbb aku nk makan. Terus aku ckp yg aku dah nk kena pergi bersalin. Huhu. Huru hara abg Fairuz bersiap utk pergi hospital. Bila aku masuk bilik procedure, jalan dah bukak 4cm. Terus doktor pecahkan air ketuban. Nurse sorongkan pergi ke katil utk amik beg barang baby dgn barang aku yg aku dah siapkan. Lepas tu, kena masukkan ubat utk asma, sbb doktor takut aku kena asma attack masa bersalin.
Abg Fairuz sampai hospital dlm pukul 11.15pg. Waktu tu, aku pun dah nk disorong ke labour room. Aku dimasukkan ke bilik no 3. Duduk la kt situ sambil berbual dgn Abg Fairuz, sambil gelak-gelak. Nurse dah masukkan air, masukkan pictoxin utk induce dan cucuk ubat tahan sakit kt punggung. Dalam pukul 12.30tghari, aku dah mula mamai mengantuk. Aku mintak izin dgn abg Fairuz utk tidur. Aku terbangun setiap kalu surge dtg. Nasib baik aku belajar dr kesilapan masa nk bersalin Sulaiman. Aku tarik nafas dalam-dalam, lepas sambil tahan nafas kt bhgn abdomen, mcm nk push. Setiap kali surge dtg, aku buat mcm tu. makin lama, sakit makin kuat. Sampai la jam 2.45ptg, doktor HO dtg nk cek jln. Sambil dia nk cek jln tu, surge aku dtg. Waktu ni abg Fairuz kena duduk luar. Habis tgn doktor tu aku pegang masa tgh surge. Kesian dia. Kuat jugak aku genggam. Dia pun layankan aje aku. Dia tgk mcm baru 8cm. Dia kosongkan air kencing, lepas tu nk cek jalan semula. Eh, dah 10cm. Waktu tu jugak aku ada rasa nk teran. Doktor suruh teran sikit-sikit sambil dia clearkan jln. Makin lama rasa nk teran makin kuat. Doktor panggil abg Fairuz, lepas tu aku push dlm 3 kali, Aminah pun selamat dilahirkan. Entah kenapa, aku terus menangis masa tu. Rasa mcm dah selesai. Lepas segalanya. Waktu tu, aminah pun diletakkan atas dada aku utk skin to skin. Bila nk potong tali pusart, doktor suruh aku dgn abg Fairuz baca selawat. Alhamdulillah, bagus betul doktor ni.
Sambil tu, bidan urut-urut perut utk keluarkan uri. Lepas 5 minit, uri tak keluar lg. Bidan urut2 lg perut. Bila uri keluar, keadaan mcm tak elok. Lepas tu darah aku mula tak berhenti. Terus doktor arahkan nurse dr neonatal unit amik aminah utk dibersihkan. Abg Fairuz disuruh keluar, sbb aku dah kena Post Partum Hemorrhage utk kali ke dua. Doktor MO dah dipanggil sbb darah dah tak berhenti. Habis aku kena seluk sbb nk keluarkan semua uri dr rahim. Mmg sakit, sampai tgn MO tu pun aku pegang. HUHuuhu. Dalam bilik tu, dr hanya ada bidan dgn sorang HO perempuan, dah jd 4 org, termasuk doktor MO dgn sorang HO lelaki. HO tu rasanya baru posting, sbb nk amik darah aku pun dia menggigil. HUhu.
Dari pukul 3.30 ptg smpai la sejam setengah kemudian doktor berusaha nk hentikan pendarahan. Kena cucuk oxytoxin 2 kali kt paha, 1 kali cucuk Hemabate kt paha, 1 kali masuk ubat ikut drip. Adeii. Memang dahsyat. Bila doktor tgk aku dah makin tak tahan, doktor suruh bidan bg aku ethonox. Dan disinilah bermulanya aku mamai. Hahaha. Mabuk tahap tak larat. Bila semua selesai, aku nk bangun pakai pad pun tak larat, nk bangun bagi anak susu pun tak larat. Doktor suruh aku berehat, makanya terbaring la aku atas katil labour room tu. Dlm pukul 6.30ptg, ada nurse lain dtg nk kemas bilik bersalin tu, sbb ada org nk masuk. Dia nk marah aku sbb tak pakai pad lg, sedangkan td doktor ckp tak payah pakai dulu. Dia siap ckp aku malas. Huhuhu. Dia tak tahu betapa aku menggigil nk bangun. Bila dia tgk aku mcm nk apa bangun dr katil, baru dia slow sikit. Dia tanya, td pph ke?Aku jwb, a ah. Pukul 7.00ptg, aku disorong ke wad dgn Aminah Nabilah. Masa tu, mak dgn angah dtg. Punyalah aku mamai. sambil berbual aku tertidur, sampai angah dah risau. Lepas tu aku kena sakit dada. Doktor takut asma aku dtg. Setiap sejam doktor dtg cek aku. Huhu.
Dalam pukul 11.00mlm, baru laa aku ada tenaga nk bangun. Masa tu aminah tidur. Aku pun bangun dan pergi mandi. Badan berlemus busuk. Huhu. Bila dah mandi, legaaa rasanya. Org ckp, dlm pantang jgn mandi mlm, tp kalau badan pun sampai tak selesa, takkn nk ikut, kan? Lepas tu, baru la aku makan bekal yg angah bwk, baru la aku bersosial, baru la main dgn aminah.
Keesokkan harinya, aku pun dpt balik. hehehe. legaaaa rasanya.
Begitulah ceritanya aku nk bersalinkan aminah. Setiap anak, lain cabarannya. Ni aku nk berehat dulu 2 3 tahun, lepas tu baru fikir anak lain. Huhu. Sakit kena seluk tak hilang lg.
No comments:
Post a Comment