Tuesday, March 29, 2016

Bahasa komputer

Bahasa komputer. 

Sejak dah terbiasa bahasa komputer adalah bahasa Inggeris, makanya akan menjadi masalah bila bahasa komputer bertukar kepada bahasa malaysia. Tak percaya? Cuba try test ( Bak kata cikgu BM aku dulu. Hahaha)

Maaf, aku tak nk cuba lagi, sbb aku baru lepas terkena. Hahaha. Habis huru hara hidup aku, sebab bila dah dialih bahasa, memang lain benaaaa bunyinya. Setting jd tetapan, share jd kongi pautan.. Bahasa tu jd terlalu skema. lagi pulak bila bahasa yg dah dialih ala-ala level kamus dewan bahasa dan pustaka, maunye kau menangis kesorangan kat situ nk cari semula setting tukar kpd bahasa inggeris. Huhuhu.

Lagi satu, bila kadang-kadang mak mintak tlg tgkkan HP die, makanya aku akan terkesima sebentar kat situ, sebabnya mak aku guna bahasa melayu sebagai bahasa tetapan. Maka, aku pun  berhuhuhu sambil pergi cari setting utk tukar bahasa. Mak aku pasti akan bg amaran awal-awal, suruh aku tukar balik setting ke bahasa melayu. Hahah. Sorry mak, bila keluar warning dlm bahasa melayu, mcm susah pulak nk proses dlm kepala. 

Bukan nk cakap, aku merendahkan bahasa melayu, jauh sekali. Tapi bila sesuatu benda tu dah diluar kebiasaan, utk sesuaikan diri akan ambil masa. Macam la jugak masa uni dulu, bila kelas sentiasa dlm bahasa inggeris, nota dlm bahasa inggeris, bila kena rujuk buku yg berbahasa melayu, makanya aku akan terkaku kat situ, sebabnya ada istilah-istilah yg hanya aku fahami dlm bahasa inggeris. Bayangkanlah betapa susahnya nk fahamkan satu ayat, dan utk tahu istilah tu kalau dah ditranslate akan jd ape. Huhu.

Pd aku, English atau melayu, dua2 penting bg aku. Cuma utk sesuatu perkara tu, ada yg lebih penting. Tak salah belajar bahasa inggeris, tp dlm masa yg sama tak pernah lupa asal usul yg kita ni lidah belacan, ckp melayu. Hehehe.

Kisah hantaran RM15k

Heboh smlm pasal kes hantaran RM15k tu. Semua org bg pendapat. Tp rata-rata semua salahkan kelaurga perempuan. Tp, yg silapnya bila kita denga dari sebelah pihak. Apa yg Kosmo sampaikan tu adalah dr belah pihak lelaki. Tapi belah perempuan? ada ke diorang tanya? Kenapa tak ada video dr awal majlis  nk bermula? Kan bagus kalau ada, baru lah adil.

Hari ni, keluar kenyataan dari pihak perempuan, yg sebenarnya keluarga lelaki langsung tak bawak mas kahwin. What? Maskahwin tu wajib kot. Pihak perempuan dah maklum yg duit baki RM5K tu lepas kenduri baru bagi, tp yg diorang tanya adalah duit maskahwin. Itu pun tak ada?Huhuhuhu. Lepas tu pulak, pengantin lelaki maki hamun emak ayah pengantin perempuan? Lagi aku berhuhuhu. Tu bakal mak ayah kite kot. 

Lagi plak, sebenarnya pengantin perempuan tu tahu yg lelaki tu tak kerja. Dia rahsiakan dr keluarga. Dan dia yg amik keputusan utk hentikan pernikahan. Lagi la aku berhuhuu. Kesian jugak. Akhirnya, si perempuan ni yg dpt malu satu Malaysia bila kisah berita ni adalah dari sebelah pihak je. Damage already done.

Oleh itu, lain kali, jgn buat cerita dr sebelah pihak je. Sbg wartawan, atau org sekeliling, jgn jd batu api, dok sebar fitnah. Cari la benda tu sahih ke tak. Tanya la dr semua pihak. Ramai sgt yg suka sebar benda dlm FB. Benda aib org pun sibuk nk sebar. Nnt, mati kita sendiri kita tak tahu aib ke tak.

Friday, March 25, 2016

Masuk kandang kambing, mengembek....


Hasil korek: Google

Kali ni, aku bukan nk ckp pasal kambing, mahupun haiwan-haiwan yg lain. Kali ni aku nk ckp pasal masuk group FB. Sejak akhir-akhir ni, rajin la plak aku masuk group FB. Group masak, group berkebun, group ibu-ibu hamil, dan macam-macam group lagi la. Senang cite, memang dah berpuluh. Sebab apa aku masuk? Sebab aku suka. Aku suka tgk org post mcm2, dan macam-macam ilmu aku dapat. Ilmu free plak tu. Moga-moga org yg berkongsi ilmu ni dpt pahalanya hingga akhirat. Aaminnn..

Oleh kerana dalam group ni selalunya bukan sorang je yg ada, tp ada beratus ribu pun ada, maka ada beratus ribu la perangai. Ada yg ok, ada yg tak. Komen negatif dan positif tu memang byk. Jadi, belajarlah utk menerima dgn hati terbuka. Kalau kau suka, kau baca, kalau tak suka, kau skroll laju-laju, tak payah nk singgah kt post tu sambil melemparkan kata-kata kesat sebakul dua. Dosa tau!

Selain tu, kadang-kadang ada yg tak reti hormat peraturan group. Contohnya, tak boleh beriklan. Tapi, nnt ada je yg sibuk dok iklan. Bila ditegur, kite plak dimarahnya, sbb dikatakan mengganggu periuk nasi diorang. Eh, kau yg tak reti hormat peraturan, kau pulak nk melenting? Jadi, sebelum masuk mana-mana group, sila pastikan anda semua pergi ke bahagian 'Pinned post'. Kat situ awal-awal admin dah letak ape yg boleh, ape yg tak boleh dlm group tu. Kan semua yg ada FB ni kebanyakkannya org yg dah boleh faham dan berfikir, jadi gunakan akal yg ada utk berfikir, bukan utk memaki hamun je. 

Oleh itu, marilah kita saling menghormati privacy, hak dan tanggungjawab masing-masing. Dalam group tu, hampir kesemua ahli adalah org asing sesama kita, jadi batas-batas tu perlulah dijaga. Jgn pulak nnt lepas ni sibuk dok kena mintak maaf sorang-sorang. Huhuhuhu..

Wednesday, March 23, 2016

Berkelah- Tanjung Biru a.k.a Blue Lagoon, Port Dickson

Dah lama rasanya tak pergi berkelah. Hehe.

Minggu lepas, aku balik ke rumah mertua aku, kat Melaka. Dah lebih dari sebulan tak balik. Iye lah,keadaan tak berapa mengizinkan utk aku ulang alik hujung minggu. Dari awal-awal, ayah dah ajak utk pergi berkelah. Adik ipar aku, Nadiah dah punya excited sebab boleh mandi pantai. Aku pulak? Tak larat mandi pantai sbb cuaca tgh panas berdenting. Berpinau mata aku kena cahaya matahari. Huhuhu.

Makanan pd hari tu.

Awal-awal lg mak mertua aku dah masak. Rendang daging, ketupat dgn sambal kacang. Hari sabtu tu, mak mertua aku masak mee goreng. Tak lupa juga buah tembikai. Nyum nyum nyum.. Sesuai utk musim panas.

Kami gerak dr rumah mertua aku pukul 1.15tghari. Singgah solat zuhur kat masjid Lendu, lepas tu mulakan perjalanan. dlm lebih kurang 45min, smpai la kat Blue Lagoon. Penuh la jugak kawasan berkelah tu. Ayah dah siap dirikan khemah masa aku smpai. 

Semua sibuk menjamu selera. Aku tak makan lg, sbb tunggu abg Fairuz amik gamba dulu

Cuaca hari tu. Panas berdeting ting ting...
Memang best berkelah ni. Balik mlm tu, aku memang kepenatan. Pulak masa berkelah tu, puas akumembaham nasi impit dgn kuah kacang, makan smpai tak ingat dunia. Tu belum kira lg aku membaham buah tembikai tu. Huhuhu. Perut sampai nk letup.

Apa-apa pun, aku memang enjoy~~~

Saturday, March 12, 2016

Review: Boboiboy the Movie

Boboiboy
Haaaa.. cerita kartun ni memang aku suka. Masa siri die pun, aku tgk. Hehehe.

Masa aku masuk dlm panggung, hampir penuh. Bukan setakat penuh dgn budak-budak, tp penuh dgn mak ayah budak, abg kakak budak, pakcik makcik budak, dgn atuk nenek budak. Senang kata, semua lapisan masyarakat. Masa tayangan berlangsung, memang la ramai budak2 yang dah mula tak boleh tumpukan perhatian, Makanya, yg tua-tua ni la yg dok melayan. Hahahaha.

Jalan cerita memang menarik. Tapi ada satu tahap, aku rasa cerita ni mcm dragging betul, smpai aku rasa bosan. Huhu.Pulak aku tgk cerita ni pukul 10mlm, iaitu memang waktu tidur aku. Secara tak tersengajanya, aku siap terlelap dlm panggung. Huhuhu.  Aku tertarik dgn watak Papazola yg paling byk memainkan peranan dlm membuatkan cerita ni jd tak bosan. Gelagat dan kesengalan Papazola memang tak dpt dinafikan. Memang pecah perut. Tapi aku rasa, kalau Papazola tak ada, cerita ni mungkin akan jd sedikit hambar. Huhu.

Secara keseluruhan, aku bg 3.5 bintang dr 5 bintang. 

* mak aku yg tak pernah tgk boboiboy pun boleh tertarik dgn cerita ni. Hehehe*

Friday, March 11, 2016

Musim game kembali

Aku tak tahu, mana silapnya. Tetiba aku kembali melayan game FB. Hahahaha.Tapi, aku tak main kat tab aku, tapi aku main kt komputer, sbb lebih mudah. Kalau pakai tab, nnt bateri tab aku cepat betul habis. Takkan nak cas 2 kali sehari kan? huhuhu. Sungguh tak kuat bateri tab aku itu. (Tapi tak boleh nk ckp lebih, sbb tab tu Abg Fairuz yg bagi. Hahaha. Nnt die amik semula, naya aku).

Criminal Case. Game cari barang tersembunyi. Ipar-ipar aku terer main game ni. Aku main bila aku bosan je. Huhu

Candy Crush Soda. Lagi menarik dr Candy Crush Saga, sbb lg senang nk kumpul markah. Hahaha.
Papa Pear Saga. Game ni diperkenalkan oleh keluarga mertua aku. Hahaha. Mak mertua aku terer main game ni, smpai dah habis level dah.

Baby Adopter. Tgk umur anak aku tu? Dah 6 tahun lebih da. Bermakna, dah 6 tahun lebih aku main game ni..
Candy Crush Saga. Ni aku tgh tunggu tiket, Nak tunggu siapa bermurah hati nk bg aku tiket. Huhuhu. Antara game yg plg lama aku main ( utk game kt tab)




Thursday, March 3, 2016

Posting tertangguh: Majlis Nikah dan Sanding

Huhu. Smpai skrg, aku masih belum update lagi pasal sesi DIY utk majlis nikah dan bersanding aku. Sebab apa? Sebab gambar dr official photog tak dpt lg. Huhu. Lagi 3 bulan, dah setahun dah aku kawin. Bertabahlah. Huhu. 

Byk yg aku nk post. Pasal DIY pelamin nikah, DIY bunga tangan, DIY shawls dan veil, DIY hantaran, DIY button badge, dan  DIY photobooth. Pulak aku ada masalah, terlupa kat mana aku letak semua gambar DIY aku. Adeii. Nampak sgt usia semakin memainkan peranannya. Hahahaha.

Nantilah, aku korek semula.