Heboh smlm pasal kes hantaran RM15k tu. Semua org bg pendapat. Tp rata-rata semua salahkan kelaurga perempuan. Tp, yg silapnya bila kita denga dari sebelah pihak. Apa yg Kosmo sampaikan tu adalah dr belah pihak lelaki. Tapi belah perempuan? ada ke diorang tanya? Kenapa tak ada video dr awal majlis nk bermula? Kan bagus kalau ada, baru lah adil.
Hari ni, keluar kenyataan dari pihak perempuan, yg sebenarnya keluarga lelaki langsung tak bawak mas kahwin. What? Maskahwin tu wajib kot. Pihak perempuan dah maklum yg duit baki RM5K tu lepas kenduri baru bagi, tp yg diorang tanya adalah duit maskahwin. Itu pun tak ada?Huhuhuhu. Lepas tu pulak, pengantin lelaki maki hamun emak ayah pengantin perempuan? Lagi aku berhuhuhu. Tu bakal mak ayah kite kot.
Lagi plak, sebenarnya pengantin perempuan tu tahu yg lelaki tu tak kerja. Dia rahsiakan dr keluarga. Dan dia yg amik keputusan utk hentikan pernikahan. Lagi la aku berhuhuu. Kesian jugak. Akhirnya, si perempuan ni yg dpt malu satu Malaysia bila kisah berita ni adalah dari sebelah pihak je. Damage already done.
Oleh itu, lain kali, jgn buat cerita dr sebelah pihak je. Sbg wartawan, atau org sekeliling, jgn jd batu api, dok sebar fitnah. Cari la benda tu sahih ke tak. Tanya la dr semua pihak. Ramai sgt yg suka sebar benda dlm FB. Benda aib org pun sibuk nk sebar. Nnt, mati kita sendiri kita tak tahu aib ke tak.
No comments:
Post a Comment