Friday, March 25, 2016

Masuk kandang kambing, mengembek....


Hasil korek: Google

Kali ni, aku bukan nk ckp pasal kambing, mahupun haiwan-haiwan yg lain. Kali ni aku nk ckp pasal masuk group FB. Sejak akhir-akhir ni, rajin la plak aku masuk group FB. Group masak, group berkebun, group ibu-ibu hamil, dan macam-macam group lagi la. Senang cite, memang dah berpuluh. Sebab apa aku masuk? Sebab aku suka. Aku suka tgk org post mcm2, dan macam-macam ilmu aku dapat. Ilmu free plak tu. Moga-moga org yg berkongsi ilmu ni dpt pahalanya hingga akhirat. Aaminnn..

Oleh kerana dalam group ni selalunya bukan sorang je yg ada, tp ada beratus ribu pun ada, maka ada beratus ribu la perangai. Ada yg ok, ada yg tak. Komen negatif dan positif tu memang byk. Jadi, belajarlah utk menerima dgn hati terbuka. Kalau kau suka, kau baca, kalau tak suka, kau skroll laju-laju, tak payah nk singgah kt post tu sambil melemparkan kata-kata kesat sebakul dua. Dosa tau!

Selain tu, kadang-kadang ada yg tak reti hormat peraturan group. Contohnya, tak boleh beriklan. Tapi, nnt ada je yg sibuk dok iklan. Bila ditegur, kite plak dimarahnya, sbb dikatakan mengganggu periuk nasi diorang. Eh, kau yg tak reti hormat peraturan, kau pulak nk melenting? Jadi, sebelum masuk mana-mana group, sila pastikan anda semua pergi ke bahagian 'Pinned post'. Kat situ awal-awal admin dah letak ape yg boleh, ape yg tak boleh dlm group tu. Kan semua yg ada FB ni kebanyakkannya org yg dah boleh faham dan berfikir, jadi gunakan akal yg ada utk berfikir, bukan utk memaki hamun je. 

Oleh itu, marilah kita saling menghormati privacy, hak dan tanggungjawab masing-masing. Dalam group tu, hampir kesemua ahli adalah org asing sesama kita, jadi batas-batas tu perlulah dijaga. Jgn pulak nnt lepas ni sibuk dok kena mintak maaf sorang-sorang. Huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment