Boboiboy |
Haaaa.. cerita kartun ni memang aku suka. Masa siri die pun, aku tgk. Hehehe.
Masa aku masuk dlm panggung, hampir penuh. Bukan setakat penuh dgn budak-budak, tp penuh dgn mak ayah budak, abg kakak budak, pakcik makcik budak, dgn atuk nenek budak. Senang kata, semua lapisan masyarakat. Masa tayangan berlangsung, memang la ramai budak2 yang dah mula tak boleh tumpukan perhatian, Makanya, yg tua-tua ni la yg dok melayan. Hahahaha.
Jalan cerita memang menarik. Tapi ada satu tahap, aku rasa cerita ni mcm dragging betul, smpai aku rasa bosan. Huhu.Pulak aku tgk cerita ni pukul 10mlm, iaitu memang waktu tidur aku. Secara tak tersengajanya, aku siap terlelap dlm panggung. Huhuhu. Aku tertarik dgn watak Papazola yg paling byk memainkan peranan dlm membuatkan cerita ni jd tak bosan. Gelagat dan kesengalan Papazola memang tak dpt dinafikan. Memang pecah perut. Tapi aku rasa, kalau Papazola tak ada, cerita ni mungkin akan jd sedikit hambar. Huhu.
Secara keseluruhan, aku bg 3.5 bintang dr 5 bintang.
* mak aku yg tak pernah tgk boboiboy pun boleh tertarik dgn cerita ni. Hehehe*
No comments:
Post a Comment