Saturday, May 24, 2025

Common Sense


Aku tak tahu kenapa semakin hari, semakin kurang common sense sesetengah orang. Bila common sense dah tak jadi common, makanya semakin pupuslah masyarakat yang bertimbang rasa dan tak mementingkan diri sendiri.

 Masalah bila mak ayah pun tak ada common sense, lepas tu tunjuk contoh tak baik pada anak. Kalau anak tu jenis cerdik dan nak berfikir, mestilah dia akan tahu mana baik mana buruk, mana boleh ikut mana tak. Tapi kalau dapat jenis ikut semata? Memanglah takkan ke mana.  

Macam mana nak tahu common sense tu makin pupus? Makin ramai yang buang sampah merata, potong barisan, tak hormat orang lain, tak reti sopan santun, tak reti nak bagi kerusi kat orang yang memerlukan bila kat tempat awam, tak reti nak bg priority bila dalam lift dan banyak lagi lah. Makin lama, makin ramai yang berfikiran 'suka hati akulah'. 

Pada akulah, setinggi mana pun kau belajar dan bekerja, common sense tu kena sentiasa ada. Kita ni hidup bermasyarakat, jadi kenalah ada sifat ni. Kita ni orang melayu, adab budi bahasa tu tinggi. Tapi dek kerana pentingkan diri sendiri, trademark ni pun makin pupus. 

Jadi, sekarang ni, kalau nak jadi mak ayah, kena lah jugak ada ilmu common sense ni, sebab ni yang akan diturunkan ke anak. Bila diterapkan dalam kehidupan seharian, akan jadi kebiasaan, dan takkan ada masalah kemudian bila berdepan dengan masyarakat. 

Tuesday, February 27, 2024

Fair Privilege

Fair privilege ni apa?

Kat Malaysia ni, kalau nak cantik, mesti kena putih. Sebab apa? Sebab fair privilege ni la. Orang akan kaitkan putih tu, cantik. Walaupun raut muka biasa-biasa, tapi sebab putih, akan automatik cantik, orang akan lebih pandang. Kalau orang yang berkulit gelap ni, cantik macamana pun, raut cantik macam model pun, kulit licin macam mana pun, tetap akan ada yang cakap " Kalau putih, mesti lagi cantik" Kalau tengok model-model iklan, tak kiralah iklan tudung ke, iklan makanan ke, iklan lipstick ke, semua ambil model yang cerah. Ada ke ambil yang gelap? Ada, tapi boleh dikira dengan jari. PErnah juga baru-baru ni aku pergi beli nasi campur tepi jalan, bila nak bayar, abang kedai tu sibuklah layan yang cantik putih je. Yang aku ni, buat-buat tak nampak sampai 4-5 orang yang kemudian lepas aku, dah bayar dulu. Eh, boleh ek? Aku terus cakap depan-depan abang kedai tu, eh, takkan layan yang lawa je? Hangin aku dibuatnya.

Sebab tu lah kat Malaysia ni, berlambak produk kecantikan yang nak bagi orang putih. Drip vitamin C la, collagen shake la, kosmetik timbang kilo penuh dengan merkuri la, kemain laris kat pasaran. Yang beli ni adalah orang yang terpengaruh dengan fair privilege ni. 

Sejujurnya aku dulu, waktu zaman remaja, pun agak terpengaruh dengan fair privilege ni. Aku dilahirkan dengan kulit yang agak gelap, dan dalam adik beradik, aku yang paling gelap. Pulak mula dari darjah 3 sampai la zaman uni, aku sibuk masuk sukan sana sini, wakil sana sini, dan semestinya menyebabkan kegelapan kulit aku makin bertambah gelap. Dan ada kawan aku yang tegur, kalau aku putih, aku lagi cantik. Ehhhh, aku dah berjemur hari-hari, celah mananya aku nak putih, iye tak?

Mula-mula aku ada la macam sedih. Nak jugak la putih, beli produk Fair & Lovely semata-mata nak putih. Sanggup la kumpul duit belanja sekolah, nak putih punya pasal. Tapi aku ada sejenis penyakit kurang sabar. Sebab iklan cakap, nampak satu tona lebih cerah dalam masa 4 minggu. Tapi lepas 4 minggu, aku masih lagi gelap gelita. So lepas sebulan kulit masih hitam, endingnya aku give up, redha dengan kulit sendiri. Hahaha. 

Bila dah meningkat umur ni, baru aku tahu, kena pakai sunblock kalau taknak kulit gelap. Haaa. Patutlah 4 minggu pakai Fair & Lovely pun aku tak cerah, sebab dok berjemur bawah panas tiap-tiap hari. Sekarang pun aku sibuk berlari sana sini, kulit gelap tu sudah semestinya lah. Tapi ada aku kisah? Anak pun dah 3, umur pun nak jejak 40 tahun, putih ni bukan dalam kamus hidup aku dah.Yang penting, aku nak sihat. 

Anak dara aku pun kulitnya agak gelap juga. Apa aku buat? Tiap-tiap hari aku puji dia cantik. Biar  dia rasa dia cantik tanpa nak putih pun. Memang dia cantik kat mata aku. Bila dah ada anak, aku kena ajar anak aku, putih tak semestinya cantik, yang penting perangai, adab & budi bahasa. Kalau putih tapi peranga Syaiton, pun tetap la tak cantik gak ye. Aku ajar anak aku, tengok orang jangan berdasarkan warna kulit. Aku nak break the cycle. Cukuplah aku je rasa low self esteem sebab aku gelap. Orang tegur anak aku kenapa hitam, anak dia cerah? Aku memang cakap depan-depan lah, aku dah gelap, celah mana anak aku nak cerah? Jangan la nak compare dengan anak dia, kan?

Akhirnya, kita sendiri yang bertanggungjawab ubah persepsi tu. Kalau tak dimulakan sekarang, bila lagi? Cukuplah nak kayakan founder-founder produk yang entah apa-apa. Diorang kaya, yang orang membeli ni makin berpenyakit disebabkan produk yang dibeli tu. Buat naya je. 


Tuesday, February 20, 2024

Cantik

 Cantik ni, subjectif. 

Setiap orang, definisi cantik tu berbeza, dan setiap orang akan ada rasa nak mencantikkan diri sendiri, tak kiralah dari segi apa. 

Ada orang nak cantik dari segi paras rupa, nak putih, nak kulit muka flawless.

Ada orang nak cantik dari segi kesihatan, berat badan terkawal, tak ada penyakit berbahaya.

Ada orang nak cantik dari segi perwatakan dan akhlak, sopan santun bak anak melayu. 

Akhirnya, hasil cantik tu sendiri akan berbeza ikut citarasa masing-masing. 

Bergantung pada diri sendiri, apa tindakan yang kita ambil sebab nak mencantikkan diri sendiri ni. 

Nak beli skincare, nak pergi gym, nak membaca buku. Setiap orang akan ada preference dia sendiri. 

Biarlah dia buat apa yang dia rasa dia nak, asalkan dia bahagia.

Thursday, February 15, 2024

Side Income

Dalam zaman yang mencabar ni, aku rasa rata-rata orang yang kurang berkemampuan akan ada rasa nak cari side income. Sebab apa? Sebab keadaan ekonomi yang tak berapa nak memberansangkan. Gaji masih sebegitu, tapi jumlah perbelanjaan makin meningkat sebab harga barang makin meningkat. 

Aku pun tak terkecuali dari tergolong dalam golongan yang nak cari duit poket ni. Cari pun bukan sebab nak berjimba sendiri, lebih kepada simpanan masa depan & juga untuk anak-anak. Tapi, nak mencari side income ni akan ada juga sesuatu yang perlu dikorbankan, iaitu masa. 

Masa yang sepatutnya kita bersama keluarga & anak, akan mula terganggu sedikit dek kerana kita nak luangkan masa nak mencari sedikit duit poket. Banyak yang perlu dikorbankan, ada harga yang perlu dibayar. Sekental mana hati kita nak hadapi benda ni?

Aku ada kenal kawan-kawan yang sememangnya kental. Dia perlu berkorban, dan keluarga dia pun perlu berkorban demi sedikit kesenangan. Tak mudah demi senang, melainkan kalau kau tergolong dalam golongan yang lahir dalam sudu emas, dari awal hingga akhir semuanya dah tersedia. 

Aku doakan, agar segala urusan kita ni akan dipermudahkan, dunia dan akhirat. Jangan lupa, niatkan Lillahi Taala untuk semuanya. 


P/s: Aku rasa aku nak mula bisnes menjahit. Tapi sebab aku tak ada niche dalam jahitan, maka projek aku masih lagi tergendala. Masih lagi mencari identiti jahitan sendiri. Yang penting, semuanya ready stock, bukan special order sebab aku pun masih bekerja & ada anak-anak yang perlukan perhatian emaknya. 

Saturday, July 8, 2023

Kisah diserang Covid-19


Sebahagian test yang aku dan anak beranak guna


Tengok tajuk je, mesti orang dah tahu dah apa yang aku nak tulis. Aku nak tulis pengalaman aku dijangkiti Covid-19. 

Bila cakap pasal Covid, benda ni dah jadi macam satu benda biasa dah. Bila ada yang kena Covid, reaksi orang lain tu dah jadi macam kita kena demam biasa, kecuali kena kaurantin 7 hari. Beza betul dari masa awal-awal Covid dulu. Bila ada yang postif, kecoh sekampung dibuatnya. Tahap berjaga-jaga waktu tu pun tinggi. Sekarang? Sebab dah rasa benda ni macam biasa, kesiapsiagaan pun dah kurang. Cuma bagusnya sekarang. boleh buat ujian kendiri sendiri. PCR test pun dah semakin murah. itulah, benda dah nak jadi norma baharu. 

Berbalik pada tajuk kat atas tu, kisah positif aku ni rasanya sama je macam kisah orang lain. Terdedah pada kes positive, lepas tu aku yang positive. Lepas aku jadi close contact tu, aku memang on facemask 24jam, sebab anak-anak dengan aku. Setiap hari buat saliva test untuk diri sendiri dan anak-anak, sebab nak pastikan kami semua ok. 

Benda 2 line yang aku tak nak tengok

Namun akhirnya aku kecundang juga. Masa tengah bagi anak kecik aku susu, tetiba badan aku rasa sangat sakit, macam baru lepas lari full marathon. Otot semua sakit. Jadi, aku cek malam tu, masih negative. Bila aku bangun tido pagi tu, tekak aku sangat sakit. Bila ludah, keluar darah. Aku buat nasal swab sendiri, naik 2 line. 

Pada awal pagi tu, aku masih ok. Bila dah menginjak tengahari, aku dah mula tak boleh bangun. Kepala sakit yang teramat, badan sakit yang teramat. Terpaksa bergantung pada panadol & air lemon. Anak tetap nak dengan aku juga. Terpaksalah gagahkan diri, pakai facemask buat apa yang patut.Alhamdulillah, anak-anak aku semua negative walaupun dah buat nasal swab. 

Disebabkan aku high risk, ada asma, badan tak larat nak bangun, kategori aku adalah 'Kes yang disahkan bertanda Amaran'. Aku disuruh pergi CAC Covid, tapi disebabkan aku fikir anak aku tak ada orang nak jaga, aku akhirnya tak pergi. SPO2 aku takat-takat paras hidung je 96% setiap hari, dan ada masanya jantung aku laju sampai atas 110bpm. Tapi fikir sebab anak, aku tak pergi juga. Setiap hari KKM call untuk bagi peringatan, untuk update MySejahtera 2 kali sehari. Tak lupa jugak KKM hantar mesej suruh pergi CAC. Nasib baik hari ke 6, keadaan makin baik, dan kategori aku bertukar dari Amaran ke Cat 1.

Itu sahajalah kisahnya. Tak jauh beza pun dari orang lain. Tapi serius, antara sakit covid dengan sakit bersalin, aku lebih rela sakit bersalin. Lepas bersalin, dapat anak comel, lepas 3 jam dah mula ada tenaga nak bangun dan boleh buat itu ini. Kalau covid ni, dah 2 hari pun kau rasa badan tu masih sakit yang amat, tak larat. Lepas seminggu pun rasa lesu tak hilang-hilang. Lepas sebulan pun masih lagi otak rasa blur sana sini. Long covid is real. 

sekarang pulak dah nak menginjak fasa endemik, jadi kita sama-samalah jaga diri, bila pulak SOP semua semakin dilonggarkan. Covid masih ada, cuma kita dah terbiasa. Pastikan sentiasa sanitize/ cuci tangan, dan jangan lupa pakai facemask untuk perlindungan diri sendiri. 

Update: Aku kena Covid utk kali ke 3 pada akhir November 2023. Apalah nasib badan, setahun sekali kena Covid. Tapi kali ni lagi sakit dari kali ke 2, terus tumbang tak boleh nak bangun selama 3 hari.