Friday, March 6, 2015

Cara-cara isi borang e-BE ( Cukai pendapatan)

Siapa yang kat sini ade masalah isi borang e-BE? Hahahaha.. Aku antara org yang ade masalah. Sebab apa? Sebab aku tak faham dengan sebenar-benarnya. Padan muka aku. (Adui). Sebelum ni, beria-ia aku ingatkan cukai ni dikira berdasarkan gaji bulanan, rupenye berdasarkan gaji tahunan.. (Apakah????)

Ok, macam ni. Mula-mula, kalau tak pernah daftar cukai pendapatan, pergi kat LHDN utk dapatkan no pin dgn no cukai pendapatan. Bawak je borang EA yg dah diberi oleh majikan. Aku pernah buat tahun lepas, jadi aku dah tak payah buat tahun ni. Makanya, aku terus masuk laman web e-filling macam biasa. 

bahagian E-filling.

Ok, untuk sesiapa yang dah tahu ni cukai pendapatan die, boleh la buat permohonan no pin kat ez.hasil.gov.my ni. Kat main page tu, klik kat permohonan no pin. Lepas tu, akan keluar page yg mcm kat bawah ni. Ikut je la ape yang die nak, sampai dapat no pin. (Aku tak tahu sebab aku amik no pin kat LHDN, sebab aku tak tahu no cukai pendapatan aku. Kat sana memang aku terus dapat no pin dgn no cukai pendapatan)

Paparan yg akan keluar utk mohon no pin. Alamat email tu mesti alamat yg berdaftar dgn LHDN. Kalau tak berdaftar, kena la pergi daftar kat LHDN ye.

Tu, die tulis suruh gak g LHDN. Beratur la panjang-panjang semata-mata sebab nak amik no pin. Nangis jap..
Lepas tu, bila dah dapat pin, kembali semula pada halaman depan tu, tekan login kali pertama. Nanti, akan keluar halaman macam kat bawah ni.




Masukkan no pin yg dah dapat kat LHDN atau yg dibuat kat proses atas td. Lepas tu, ikut je la ape yg die nak.

* UPDATE: Siapa yg terhilangkan password, sila la pergi ke LHDN utk dptkan kod pengaktifan sementara. Tapi kalau dah ada email berdaftar dgn LHDN, boleh masukkan. Kalau tahun lepas, kita boleh dptkan password kita melalui soalan keselamatan. tapi, mulai tahun ni LHDN dah mansuhkan dah aplikasi tu. Memang sungguh tak user friendly. Lagi satu, sekarang dah ada kriteria utk password.  Aku dah ada emel berdaftar, tp yg peliknya boleh pulak email tu tak ada dlm sistem LHDN. Jadi, terpaksa la pergi LHDN. Satu kerja la pulak. * 





** Update tahun 2016**

Sekarang dah kena tetapkan Frasa keselamatan, ala-ala masa nk login e-banking.


Bila dah selesai semua, boleh la log masuk.  Nanti akan keluar halaman macam kat bawah ni. Nampak tak tulisan tekan di sini tu? Siapa-siapa yang nk buat e-filling, tekan la kat situ.


Akan keluar halaman ini, nampak e-filling sebelah kiri tu. Pilih la e-borang yg dikehendaki.

Pilih lah tahun yg dikehendaki

Lepas tu, siap sedia dgn borang EA kat tangan. Peperangan nk tuntut kembali cukai telah bermula!!!!!
Ni borang EA yg dpt dr majikan, 
Bahagian A: bahagian peribadi kite. HR akan tolong isi siap-siap benda tu semua. 
Bahagian B: Tu la pendapatan kita. Segala jenis komisyen la, bonus la, ape la..

Bahagian C: Pencen. Ni khas utk org2 yang dah dapat pencen.
Bahagian D: Ni jumlah PCB yg dah kena tolak tiap-tiap bulan. Korek la payslip masing-masing, dan kira semula, betul ke tak jumlah yg ditulis tu. Kalau tak betul, sila pergi ketuk HR. Sesiapa yg ada bayar zakat harta,bahagian ni pun akan ditulis gak, kalau zakat tu dipotong secara automatik la. kalu tak, kena tulis sendiri masa claim nnt,
Bahagian E: Yg ni, jumlah tahunan yg korang dah bayar utk KWSP.
Bahagian F: Kalau la ade tahun-tahun lepas korang lupa nk declare, tulis la kat sini.
Bahagian G: Bahgian ni, sebenarnya takde ape-ape kaitan dalam borang e-BE nnt, sebab ni cuma nak tunjukkan dalam sepanjang tahun korang kerja tu, korang dapat elaun yg tak payah kena cukai. Itu je. Bukannye pelepasan cukai. 

Kembali semula pd e-filling td. Lepas tekan tahun taksiran tu, akan keluar la paparan ini:

Maklumat individu
Update 2017

** Update: disebabkan aku dah kawin, jadi kena letak tarikh nikah, jenis taksiran, dan juga maklumat suami**

** Update: Kt bhgn melupuskan aset tu, kalau la tahun tu ada jual rumah ke, tanah ke, atau aset yg tertakluk di bawah Akta Cukai, pilihlah YA dan pilih sama ada dah melaporkan pelupusan pd LHDN atau tak. kalau takde, pilih TIDAK.**

*** Update: Tahun ni ada satu column pasal Layak menuntut Isentif dibawah seksyen 127. AKu tak screenshot, sbb masa isi borang e-filing, aku tgh rushing. Hahaha. 


Utk bhgn ni, utk maklumat lanjut, boleh klik link ini:

Perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967

Hanya org yg layak terima isentif nije tahu, sbb mereka akan terima surat dr pihak berkuasa. Utk kita rakyat yg biasa-biasa ni, pilihlah TIDAK BERKENAAN.
 
Maklumat individu, pastikan sama dgn apa yg ditulis dalam bahagian A borang EA tu. Cek semua sekali, banyak kali pun takpe.

** Update: utk kakitangan awam, anda akan dibekalkan dgn borang EC. Maaflah, tak ada contoh, sbb aku ni kakitangan swasta**


** Update tahun 2017**


Pendapatan berkanun tu adalah jumlah keseluruhan gaji, termasuk segala bonus. Kalau dapat pencen, isi la kat tempat pencen tu. Nanti die akan tolong kira siap-siap. Bahagian PCB tu, bila kita dah berdaftar dgn LHDN, automatik dorang dah ada data pasal PCB yg dah ditolak tiap2 bulan tu. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan

Lepas tu, sampai pada tempat yg dinantikan, pelepasan/rebat/tolakan cukai. Hahahaha. Kat sini la peperangan sebenar bermula. Masa ni la kepala sakit nak cari resit yg dah setahun, cari apa benda yg boleh di claim. Beli buku ke, raket badminton ke, beli komputer ke, sume ko korek semula. Penuhlah sampah sarap atas meja sekejap. Takpe, demi duit, sanggup ko susah payah. Hahahaha. Ada bayar zakat? Ape lg, isi laaaa..

Claim, jangan tak claim....

** Update tahun 2017: sekarang dah boleh claim utk ibu dan bapa. Sebelum ni, hanya boleh claim utk ibu bapa yg ada sakit kronik dgn surat doktor. Tapi sekarang, dah boleh claim utk ibu dan bapa, tp dgn syarat ibu dan bapa mestilah berumur 60 tahun ke atas. 


** Update tahun 2017: Sekarang SOCSO/ PERKESO dah boleh claim tax. Sila cari semula payslip utk setahun, tambahkan semua jumlah caruman SOCSO tu. Tulis di tempat yg berkaitan.

Bila dah isi semua bahagian, akan keluar rumusan mcm kat bawah ni:

Jumlah pendapatan: Jumlah pendapatan, duit gaji, duit bonus, duit pencen, segala duit yg masuk, yg termaktub dalam jenis yg perlu dikenakan cukai.
Jumlah pelepasan: Ini segala duit yg korg guna utk bayar itu ini, Macam aku yg dah terbuang semua resit ni, aku boleh claim utk diri sendiri yg wajib tu je, RM9000 dgn KWSP je. Nangis.. T_____T 
Pendapatan bercukai: Jumlah pendapatan ditolak dgn jumlah pelepasan.

Link utk senarai pelepasan cukai: tekan SINI

Lepas tu, pandai la LHDN nk kire berapa cukai yg dikenakan, mcm jadual bawah ni. 

Sila tgk gaji tahunan bersih lepas ditolak pelepasan ye. Tengok gaji tu jatuh kat mana. Gaji aku jatuh kat bahagian yg bertanda tu. Tak banyak mana pun kena cukai gak. Nangisssss.. T____T
* Update: Jadual taksiran tahun 2015



Nanti, jumlah cukai yg perlu dibayar tu akan dikontra dgn PCB. Kalu sebelum ni PCB kena tolak lg byk dr cukai yg sepatutnya, dapat la duit baki tu. Kalau PCB ditolak lg kurang, bersedia la utk rabakkan poket nk bayar lebihan cukai tu. 

Lepas tu, keluar laaaa yg last ni. Sila la selesaikan..


Update 2017: Akan keluar mcm ni bila kita ada lebihan bayaran

Update 2017: Sekarang nk kena tandatangan pulak. Sblm ni hanya hantar je.


Simpan la benda ni utk jd pengesahan yg kita dah hantar cukai pendapatan



Tadaaaaaaa. Siap. Tunggu la duit masuk, atau pun bersiap sedia la utk keluarkan duit. Kalau layak dapat claim, tunggu la sekurangnya 2 minggu, insyaallah anda akan kaya beberapa ringgit dalam bank. Kali ni, aku kaya RM21.41 je. Huuuu. Lepas la ayam kepci satu set.. Alhamdulillah..

** Update: Jika kita terlupa nk print Pengesahan Penerimaan e-BE utk simpanan sendiri, begini caranya:

1. Log in seperti biasa.

2. Di bahagian e-Filling, pilih semakan pengesahan. 


3. Akan keluar ini. Pilih jenis borang (dlm kes ini, adalah borang e-BE) dan tahun taksiran (nk print utk tahun taksiran sebelumnya pun boleh).


4.  Akan keluarlah Pengesahan Penerimaan e-BE bg tahun yg dikehendaki. Jgn lupa save ye.


* edit 6/4/2018

Aku byk ditanya soalan mengenai tersilap isi borang lepas dah send. Sebab sblm ni aku tak peka, aku selalu bg jwpn utk pergi ke LHDN. Sebenarnya tak perlu pun. Boleh dilakukan secara online.

Ok. Ini caranya.

1. Log in mcm biasa.

2.  Di bahagian e-filing, cari borang e- Permohonan Pindaan BE


3. Pilih tahun yg dikehendaki




4. Tadaaaaaa. Ubah la apa yg patut.Selebihnya, proses adalah sama.


Wednesday, March 4, 2015

Lagi 3 bulan..

Insyaallah, lagi 3 bulan aku akan diijabkabulkan.. Cewahhhh..

Dah tak lama. Satu ape pun tak start lagi. Baju takde, sebab baju aku beli yg dah siap. Tapi, ade benda yang aku kena buat sendiri, iaitu DIY:

1. Veil
2. Pelamin
3. Hand bouquet

Gigih la aku cari idea nk bat benda semua ni. Nak benda yg murah, dan menjimatkan. Huuuu.

Idea dah ada, tp yang aku tak pasti, adakah aku ni kreatif. Hahahaha.. Takut idea je lebih, kreatifnye tak de. Ade plak aku bayangkan bunga kekwa, dapat bunga tahi ayam. Tak ke haru~~~

Wednesday, January 7, 2015

Blog layout- Malas nak bukak photoshop

Aku ade idea nak edit layout blog aku ni. tapi sejak akhir-akhir ni, aku didatangi penyakit MALAS. Nak bukak komputer pun aku malas, ni kan pulak nk bukak Adobe Photoshop. Hobi edit gamba aku pun dah mula berkubur dek terkambus dgn kepenatan seharian bekerja. Balik je rumah, yg aku mampu pegang handphone sambil tertido kat sofa. Setiap hari macam tu. tak tahu la kenapa badan aku makin menjadi-jadi penat die..

* Atuk nenek supplement aku makan. Sihatnye tak. Badan aku makin naik ade laaa*

Friday, January 2, 2015

Terasa hati

Terasa hati bila tgk kawan2 sibuk tulis kat FB, mereka rata-rata dah bertukar status. Post gamba suami, gamba perut mengandung, gamba anak. Bila post pasal tahun baru, masing-masing semua sibuk tulis pasal resolusi nk dapat suami, nak dapat anak tercapai. Betul org tua selalu cakap, jgn tunjuk apa yang kita ada, sbb ada org yg akan terasa hati. Bukan terasa hati sebab cemburu, sebab aku tak pernah cemburu dengan rezeki orang lain, sbb aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Tapi aku cuma rasa sedih, sebab rezeki aku tak semudah diorang. Bila orang baca luahan hati aku, pasti akan ada yang cakap 

" Ni FB aku, suka hati aku la nak letak apa."
" Ish, tak reti bersyukur dengan apa yang ko dah ada."
Ye, tu FB kau, memang suka hati kau la nak letak pasal ape pun, Tapi kalau dah dalam satu hari, 24 jam, ko tulis 24 post pasal suami dengan anak kau, didarab plak dengan beratus kawan FB yg sama mcm perangai kau, maunye tak penuh newsfeed aku dgn posting korang pasal suami dgn anak korang tu je? Dari orang yg nk buat tak tahu, nk buat relaks, akhirnya terus jadi sedih. Bila pulak perjalanan hidup die penuh liku sana sini, perjalanan jodoh die penuh dengan halangan, ko tak fikir org tu nk terus rasa gembira? Mestilah dia akan mula 'menangisi nasib diri'. Sebab tu kadang-kadang ada org yang terus amik keputusan utk tutup FB dia, sbb rasa terlalu memperbodohkan diri. Huuuuuu.. Sedih tak dengar? Orang yang dah selamat segalanya tu tak la sedih, sebab dah tengah gembira kan? Ade kau kesah orang sedih ke tak? Hanya orang yg senasib je faham perasaan ni. Bila umur makin meningkat, bila kawan-kawan rata-rata dah ada anak paling minimum sorang, bila kawan baik semua dah berumahtangga, mula la kau rasa keseorangan. Nak mengadu masalah pun tak ada kawan, sebab kawan kau tengah terlalu gembira berkepit dengan keluarga sendiri sampai mesej kau yang sebaris pun die tak mampu nak balas. Hmmm.. 

* Ok, aku dah mula rasa sedih. Berilah aku peluang nak bermuhasabah diri dan menangisi nasib diri kejap*

Thursday, January 1, 2015

2015- La Tahzan, Innallaha Ma'ana..

Tahun 2015....

Aku tak sambut tahun baru, dan ape-apa sambutan kecuali raya. 

Resolusi?
Tak ada resolusi yg dah tercapai selama 3 tahun ni.

Sambung belajar? 
Hmmmm.....macam terpaksa dilupakan selamanya..

Beli rumah?
Mampu ke?  Kena kira duit semula

Kawin?
Dah tak mengharap dah. Dah letih menunggu. Kawan yang bercinta kemudian semua dah nk dapat anak. Kawan yang ni, beras untuk nasi minyak pun belum jadi benih lg. Langsung tak ada perancangan. Oleh itu, jangan asyik tanya aku bila nak kawin, sebab aku dah mula bosan nak jawab soalan org.

Anak?
Jauh sekali. Anak angkat je la yang aku nk cari. Cari sana sini, biar boleh teman aku kalau aku dok sorang-sorang nanti.

Bukan berputus asa, tapi kita tahu, Allah sebaik-baik perancang. Walau mcmana pun kita merancang, Allah yang menentukan. Oleh itu, aku amik pendekatan, aku dah tak nak merancang apa-apa. Bila tergerak hati nk sambung belajar luar negara, aku terus je pergi. Bila tergerak hati nak merantau, aku terus je pergi. Bila tergerak hati nk menyendiri, aku terus je pergi. Sebab bila kita merancang, tapi apa yang kita rancang tak pernah tercapai, malah dianggap remeh oleh orang lain, maka ia hanya menyakitkan hati kita sendiri.

La tahzan..Innallaha Ma'ana...