Thursday, February 27, 2020

Order kuih bulan homemade

Ni kisah sebulan lepas, baru nak cerita hari ni. Hehe.

Alkisahnya tekak aku nak makan macam-macam. Tiba-tiba terdengar kawan opis aku cakap, 'sedapnya kuih bulan. Mana nak dapat?'. Ada yang cadangkan beli pada Yaya Mooncake tu, tp pada aku, itu bukan antara optionnya. Kalau nak beli kat kedai, nak kena tunggu masa Pesta Kuih Bulan baru dapat makan. Aku selalu beli kat kedai Baker's Cottage atau SDS. Akhirnya pertanyaan kawan aku tu terbiar sepi. 

Sedang aku habiskan break time 15min kat opis sambil scroll FB, aku terbaca komen ni;

Aku pembaca SK. Haha
Macam bulan jatuh ke riba. Haha. Aku pun tanya la kawan aku tu, dia nak ke tak share beli. Sebab untuk aku habiskan 9 ketul tu, macam banyak la pulak. Melampau tu. Kawan aku tu nak 2 ketul je. Akhirnya aku open order satu opis. Dapat lah kumpul pembeli utk 9 biji kuih bulan ni. Aku pun contact la seller ni.

Bermula la sesi jual beli
Paste yang ada
Nampak menarik. Aku pun order mengikut jumlah order yang aku dapat. 2 hari kemudian, order pun sampai la kat opis aku.

Diletakkan dalam bekas yang tertutup rapi.
Kuih bulan diletakkan dalam bekas plastik yang cantik, termasuklah dibuble wrapkan. Disebabkan aku yang order kuih bulan ni, jadi aku jadilah owner untuk bekas ni. Haha. Boleh guna untuk bawak bekal lunch kt opis.

Isi dalam 
Alhamdulillah. Selamat aku serahkan kuih bulan pada budak opis aku. Review? Paste terasa, sedap, dan yang penting, kurang manis. Itu aku suka. Sebab kalau manis sangat, benda sedap pun akan jd cepat muak. Kalau ikut tekak aku peminat kuih bulan tegar berselera melayu, aku bagi markah 9/10. Oh, kawan aku yang tak pernah rasa kuih bulan pun, puji kuih bulan ni. Sedap katanya.Hehe.

Pada sesiapa yang nak order, boleh la cari nama FB atau contact ni whatsapp seperti yang aku letak dalam gambar atas tu. Benda baik, buat apa nak simpan sendiri kan? Hehe.

Tahun 2020: Penuh cabaran

Tahun 2020. Bulan ke 2 tahun 2020 hampir nak belabuhkan tirainya.Baru bulan ke 2, tapi penuh dengan cabaran dan kejutan. Kita dikejutkan dengan berita kematian, dikejutkan dengan kisah politik negara, dan kita dikejutkan dengan kisah dunia yang melibatkan kesihatan (Covid-19) dan keselamatan ( Pergaduhan agama di India).

Secara personalnya bagi aku, tahun 2020 pun merupakan satu tahun yang agak mencabar. aku harungi cabaran yang tak pernah aku lalui sebelum ni. Aku merasa masuk ke dalam mahkamah, merasa pergi ke Konsulat, dan bermacam lagi. Aku harap, selepas ni keadaan akan bertambah baik. Aku tahu, cabaran aku masih lagi banyak. Hanya doa sahaja yang dapat dititipkan semoga segalanya akan bertambah baik. 

Insyaallah. 

Sunday, February 23, 2020

Duit dan Makan

Ini boleh dikatakan aku. Hahaha

Setiap orang yang bekerja, akan ada cara digunakan untuk reward diri sendiri. Ada orang suka beli barangan berjenama, ada orang suka gadget, ada orang suka make up kereta, ada orang suka beli perhiasan diri, dan ada orang suka beli makanan. 

Ya, akulah antara orang yang suka beli makanan tu. Hahaha. Sebab pada aku, tak salah nak jamu anak dan keluarga makanan yang sedap-sedap. Memang barang tu akan kekal, tapi untuk makanan, akan terus kekal di ingatan, dan perut, sebab jadi lemak. Haha. Bila puas makan, mula la perut pun naik gendut sekali. Aduiii.

Tak salah makan, tapi kena berpada. Kena kawal pengambilan makanan, kena kawal jumlah kalori, dan jangan lupa kena pastikan buat senaman, minumum 3 kali seminggu. Pada orang yang memang ada metabolisma tinggi, makan macam ada saka pun badan takkan naik sebab dah habis terbakar lemaknya. Tapi untuk orang yg metabolisma kurang tinggi, memanglah makan sikit pun berat dah naik. Lagi meningkat umur, lagi kena jaga makan, sebab kadar metabolisma pun akan menurun seiring dengan peningkatan umur.

Oleh itu, makan tu boleh, tapi beringat. Bila dah baik, menangis nak turunkan. Huhuhu

Nota kaki: ini adalah nasihat untuk diri sendiri jugak, yang dah berjaya naikkan berat badan 10kg, dan masih gagal nak turunkan semula. Huhu.