Showing posts with label kuih bulan. Show all posts
Showing posts with label kuih bulan. Show all posts

Thursday, February 27, 2020

Order kuih bulan homemade

Ni kisah sebulan lepas, baru nak cerita hari ni. Hehe.

Alkisahnya tekak aku nak makan macam-macam. Tiba-tiba terdengar kawan opis aku cakap, 'sedapnya kuih bulan. Mana nak dapat?'. Ada yang cadangkan beli pada Yaya Mooncake tu, tp pada aku, itu bukan antara optionnya. Kalau nak beli kat kedai, nak kena tunggu masa Pesta Kuih Bulan baru dapat makan. Aku selalu beli kat kedai Baker's Cottage atau SDS. Akhirnya pertanyaan kawan aku tu terbiar sepi. 

Sedang aku habiskan break time 15min kat opis sambil scroll FB, aku terbaca komen ni;

Aku pembaca SK. Haha
Macam bulan jatuh ke riba. Haha. Aku pun tanya la kawan aku tu, dia nak ke tak share beli. Sebab untuk aku habiskan 9 ketul tu, macam banyak la pulak. Melampau tu. Kawan aku tu nak 2 ketul je. Akhirnya aku open order satu opis. Dapat lah kumpul pembeli utk 9 biji kuih bulan ni. Aku pun contact la seller ni.

Bermula la sesi jual beli
Paste yang ada
Nampak menarik. Aku pun order mengikut jumlah order yang aku dapat. 2 hari kemudian, order pun sampai la kat opis aku.

Diletakkan dalam bekas yang tertutup rapi.
Kuih bulan diletakkan dalam bekas plastik yang cantik, termasuklah dibuble wrapkan. Disebabkan aku yang order kuih bulan ni, jadi aku jadilah owner untuk bekas ni. Haha. Boleh guna untuk bawak bekal lunch kt opis.

Isi dalam 
Alhamdulillah. Selamat aku serahkan kuih bulan pada budak opis aku. Review? Paste terasa, sedap, dan yang penting, kurang manis. Itu aku suka. Sebab kalau manis sangat, benda sedap pun akan jd cepat muak. Kalau ikut tekak aku peminat kuih bulan tegar berselera melayu, aku bagi markah 9/10. Oh, kawan aku yang tak pernah rasa kuih bulan pun, puji kuih bulan ni. Sedap katanya.Hehe.

Pada sesiapa yang nak order, boleh la cari nama FB atau contact ni whatsapp seperti yang aku letak dalam gambar atas tu. Benda baik, buat apa nak simpan sendiri kan? Hehe.

Wednesday, September 20, 2017

Kuih bulan 2017

Aku ni peminat kuih bulan. Pertama kali makan adalah 3-4 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat. Aku beli SNOWSKIN MOONCAKE - GREEN TEA RED BEAN LOTUS (dijamin halal), keluaran SDS. Oh, SDS ni ada kt johor sahaja. setakat ni, aku tak pernah lg jumpa cawangan SDS luar dr Johor. Lepas tu, aku cuba mooncake dari Baker's Cottage.

Sambil menunggu bila moon cake ni mula dijual, puas aku tanya supervisor kt kilang aku ni. Setahu aku, moon cake mula dijual bila dah dekat dgn bulan hantu. Tiap-tiap kali dia masuk opis, mesti aku tanya. hahahaha. Akhirnya, minggu lepas, dia  ckp " Mooncake dah boleh beli". Terus dlm kepala nk beli bila balik Alor gajah, sbb Baker's Cottage ada kt Tampin.

Ini yg aku beli tahun ni. 

Kotak yg aku pilih.

Isi dalamnye.
Mcm biasa, kalau beli 2, dpt kotak. Adik kedai tu tanya " akak nk kotak tak?". Maunye tak nak. Lawa kotak nye. Boleh buat tempat simapn brooch. Hehehe. Ada 3 warna, aku pilih merah, sesuai dgn warna kegemaran aku.

Tahun ni aku beli red bean moon cake & mixed nut moon cake. Aku nk mkn yg red bean, abg fairuz nk makn yg mixed nut.  Beli kt Baker's Cottage, dpt diskaun 25%, jadinya aku bayar RM15 ukt sebiji. Agak mahal, tp sekali sekala nk menjamu perut, kan? Hehe.