Aku ni peminat kuih bulan. Pertama kali makan adalah 3-4 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat. Aku beli SNOWSKIN MOONCAKE - GREEN TEA RED BEAN LOTUS (dijamin halal), keluaran SDS. Oh, SDS ni ada kt johor sahaja. setakat ni, aku tak pernah lg jumpa cawangan SDS luar dr Johor. Lepas tu, aku cuba mooncake dari Baker's Cottage.
Sambil menunggu bila moon cake ni mula dijual, puas aku tanya supervisor kt kilang aku ni. Setahu aku, moon cake mula dijual bila dah dekat dgn bulan hantu. Tiap-tiap kali dia masuk opis, mesti aku tanya. hahahaha. Akhirnya, minggu lepas, dia ckp " Mooncake dah boleh beli". Terus dlm kepala nk beli bila balik Alor gajah, sbb Baker's Cottage ada kt Tampin.
Ini yg aku beli tahun ni.
Kotak yg aku pilih. |
Isi dalamnye. |
Tahun ni aku beli red bean moon cake & mixed nut moon cake. Aku nk mkn yg red bean, abg fairuz nk makn yg mixed nut. Beli kt Baker's Cottage, dpt diskaun 25%, jadinya aku bayar RM15 ukt sebiji. Agak mahal, tp sekali sekala nk menjamu perut, kan? Hehe.
No comments:
Post a Comment