Sunday, September 29, 2019

Blackmore: Pregnancy & Breastfeeding formula

Aku ni mak yg bekerja dan menyusu. Aku ni ada satu masalah, iaitu cepat penat. Lagi pulak sejak kerja yg makin tak menentu ni, aku jd lg cepat letih. Kesian kat anak-anak, sebab sampai je rumah, aku dah jd mengantuk, dan tak larat nak melayan diorg. Huhuhu. Lagi satu, aku ni menyusu. Sejak akhir-akhir ni, memang dah nampak la yg susu aku makin berkurang. Umur aminah pun dah 1 tahun 9 bulan, pulak kt opis aku dah semakin terlupa nk pam susu. Makin la susu aku tu berkurang. Huhu.

Baru-baru ni, akak aku beli supplement Blackmore ni. Dia ada suruh aku beli. Padahal sebelum ni memang aku beli. Aku makan dalam 5-6 bulan. Lepas tu, entah mcmana, aku terlupa nk makan, dan ada sebotol lg yg masih byk dan elok terbiar dlm kabinet aku. Aduh. 

Terus aku cari semula mana perginya botol tu. Nasib baik jumpa. Hahaha. 

Aku pun mula la makan semula. Sbb memang aku perasan, masa aku makan dulu, susu memang maintain pekat, dan badan tak cepat rasa letih. Aku memang nk tgk perubahan dlm diri aku. 

Bila aku dah makn dalam masa seminggu ni, Alhamdulillah memang rasa letih tu berkurang. Susu pun bertambah la sikit, iye la sebab aku yg culas nk pam kan? Takkan la susu tu nk mencurah. Hahaha. Yg tu aku kena la buat power pumping semula, kalau nk naikkan semula susu aku tu. Perubahan lain? kalau dulu pukul 9 pun dah nk rabak mata, sekarang ni tidur pukul 4pg, pukul 7.00 pagi tu elok je bangun, walaupun normal la ada mamai sikit. Bangun pagi pun dah mudah sikit, takde la aku kena merangkak utk bangun.

Bahan yg terkandung dlm supplement ni

Blackmore ni aku beli kt Guardian, harga RM52. Kadang-kadang ada promotion, kalau beli pack  berkembar, dapat la RM98.00 utk 2 botol. Satu botol ada 60 biji, boleh makan utk sebulan. Kalau nk beli supplement ni, pastikan dapatkan nasihat mereka yg berkenaan dulu ye. Mana tau ada benda yg kita tak boleh terlebih ambil, nnt akan membahayakan kesihatan. 


Tuesday, September 24, 2019

Blog header baru

Dlm entry yg lepas, aku ada cakap pasal header blog aku hilang kan? (posting yg ni)

Akhirmya, aku buat sendiri. Hahahaha..

Berbekalkan kretiviti yg ada mcm dlm 1% je lagi, aku pun buat lah header blog yg paling cun aku rasakan.

   
Kau ingat senang aku nk design ni?
Sebenarnya aku minta adik au buatkan. Tp dia pun mcm tak bg respon, makanya aku cuba la utk buat sendiri. Apa yg kena ada? Adobe Photoshop. Background watercolour belakang tu aku download dr Freepik. Tepek background, letak tulisan. Tadaaaaaa. Siap.


Boleh la ni. Kira halal la. Haha. Utk org yg bukan ada background design dan yg mmg tak berapa kreatif, ini boleh dikira berseni la jugak. Ada la skit bangga tu. :)

Saturday, September 14, 2019

Label buku merah

Buku merah ni penting tau~
Utk ibu mengandung, semua mesti kenal dgn buku ni. Buku ni ibarat nyawa. Kena bawak ke mana-mana, lagilah kalau kandungan tu dah sarat. Dalam buku  ni,segala maklumat pasal ibu & kandungan akan ditulis utk memudahkan para pakar perubatan utk beri apa-apa bantuan perubatan kelak. 

Ni buku merah masa aku mengandungkan Aminah. Memang cara aku, aku tak suka buku aku jd lunyai dan terlipat-lipat. Sungguh mata aku rimas. Itulah sebabnya aku sampul buku tu. 

Masa nak bersalinkan Sulaiman, buku merah dia memang lunyai habis. Mana taknya, satu hari, lebih dr 5 kali buku tu diselak sana sini utk doktor buat review. Sampai buku tu dah tercerai berai dah. JAdi, bila aku pregnantkan Aminah, datanglah idea aku utk buat label utk setiap maklumat yang penting. 

Penuh label. Hahaha.
LAbel ni aku buat utk memudahkan doktor & nurse utk buat rujukan. Senang. Dia tahu aku berapa kali buat scan, masa bila aku minum air gula, masa bila ada cek tiriod, masa bila ada ambil swab. Tak perlu dia tercari-cari. Jadi, boleh la kurangkan tahap kelunyaian buku ni. Hahaha. Masa review pun lg mudah, sbb doktor terus buka pd page yg aku dah label. Hehe.

Ni salah satu muka surat yg aku ada scan
Ni masa aku buat MGTT. Bukti. Hahaha
Ni masa follow up kt HSA
Mudahkan? Kadang-kadang ada org yg cakap benda ni leceh, tp terpulang pd individu tu sendiri. Benda ni mudahkan aku sebab kalau masa kt wad, tak perlu la doktor tanya aku 20kali utk soalan yg sama, sbb semua jawapan tu aku dah siap-siap tanda dalam buku tu. LAgi satu, rajin-rajinkan diri utk semak buku merah ni. Kita akan tahu detail pasal kandungan kita sendiri, dan kita pun akan lebih alert bila nk menjawab soalan doktor. Hehe.


Saturday, August 17, 2019

Header blog hilang entah ke mana



Baru perasan, header blog aku hilang. Hahahahaha. Betapa lamanya aku tak usik blog ni. Bukan tak ada ide. Idea byk, tp disebabkan kekangan masa aku utk bukak laptop la aku dah mengabaikan blog aku ni. (Cara ckp mcm byk follower je. Hahahaha)

Oleh itu, aku telah menggunakan khidmat adik aku utk design header blog aku. Alkisahnya adik aku mmg budak MC1111 ( eh, ye ke?), ada buat content utk gaming, makanya dia mmg hebat bab mendesign ni. Aku serahkan pd dia dgn upah topup RM30. Bukan tak rajin nk design header sendiri mcm dulu, tp belum sempat nk design, anak aku dah dok kerumun laptop aku ni. Dah mcm kt medan perang pun ada.

Oleh itu, tunggu la adik aku siap design. Nnt baru aku up yg baru. Dasar pemalas. Hahahaha.


Wednesday, July 17, 2019

Brown Sugar Bubble Milk- Famima

Alkisahnya minggu lepas, entah kenapa tekak mak buncit ( antonim utk mak buyong 😂) nak makan oden Family Mart. Meronta-ronta rasanya. Hari jumaat tu, tengah hari lg aku dah inform abg Fairuz, yg aku nk singgah Family Mart lepas ambil dia kat Larkin mlm nnt.

Tetapi, tetiba tengah hari tu, kawan aku post pasal Bubble milk Famima ni kt status whatsapp dia. Eh, tertanya la jugak, sedap ke tak?

Hahahaha. Giteww dia punya overclaim. Kwn aku ni kalau jd duta Famima ni, dah boleh da ni 😂
Malam tu abg Fairuz sampai larkin agak awal dr biasa, dlm pukul 11.45mlm. Mcm biasa la, aku kena tidurkan dulu askar-askar aku sebelum pergi berdating kan. Haha. Nasib baik adik aku tgh cuti sem, boleh la dia temankan anak-anak aku. Hahahahaha.  Berbekalkan tekak yg nak makan oden, dan overclaim pasal Milk tea dari kawan aku, berkobar-kobar rasanya nk pergi Famima. Okey, yg berkobar tu sebenarnya anak tekak aku. Tak menyabar langsung 😅.

Selesai ambil abg Fairuz kt Larkin, terus aku drive pergi Taman Sentosa. Famima dia terletak kt bangunan Plaza Sentosa ( depan kawasan bubur sentosa yg famous tu). Perghhh. Bila dah masuk kedai, terus mata aku rambang utk mkn macam2. Tp disebabkan aku dtg dgn tujuan nk oden & bubble milk, aku tak la melarat nk beli benda lain. Fuhhhh. Nasib baik. 

Selepas setengah jam dlm tu, makanya barulah berjaya keluar. Hahahaha.

Ini adalah model tak berbayar Famima 😂

Tengok tak banyak yg dibeli tu? Hahaha. Tu sebab family aku pun kirim onigiri & oden. Tu yg byk membeli. 

berjaya beli :)
Lepas selesai beli, kami pun duduk la berdating kejap dekat Stulang Laut. Walaupun depan tu dah kilang Singapore, ok la asalkan masih boleh dengar bunyi laut. Hehe. Kami habiskan dulu oden dan milk tea sebelum balik rumah.


Alhamdulillah, tercapai hasrat aku nk minum Brown sugar bubble milk. Hehe. Lepas ni kalau nk beli lagi, pun boleh.