Wednesday, July 17, 2019

Brown Sugar Bubble Milk- Famima

Alkisahnya minggu lepas, entah kenapa tekak mak buncit ( antonim utk mak buyong 😂) nak makan oden Family Mart. Meronta-ronta rasanya. Hari jumaat tu, tengah hari lg aku dah inform abg Fairuz, yg aku nk singgah Family Mart lepas ambil dia kat Larkin mlm nnt.

Tetapi, tetiba tengah hari tu, kawan aku post pasal Bubble milk Famima ni kt status whatsapp dia. Eh, tertanya la jugak, sedap ke tak?

Hahahaha. Giteww dia punya overclaim. Kwn aku ni kalau jd duta Famima ni, dah boleh da ni 😂
Malam tu abg Fairuz sampai larkin agak awal dr biasa, dlm pukul 11.45mlm. Mcm biasa la, aku kena tidurkan dulu askar-askar aku sebelum pergi berdating kan. Haha. Nasib baik adik aku tgh cuti sem, boleh la dia temankan anak-anak aku. Hahahahaha.  Berbekalkan tekak yg nak makan oden, dan overclaim pasal Milk tea dari kawan aku, berkobar-kobar rasanya nk pergi Famima. Okey, yg berkobar tu sebenarnya anak tekak aku. Tak menyabar langsung 😅.

Selesai ambil abg Fairuz kt Larkin, terus aku drive pergi Taman Sentosa. Famima dia terletak kt bangunan Plaza Sentosa ( depan kawasan bubur sentosa yg famous tu). Perghhh. Bila dah masuk kedai, terus mata aku rambang utk mkn macam2. Tp disebabkan aku dtg dgn tujuan nk oden & bubble milk, aku tak la melarat nk beli benda lain. Fuhhhh. Nasib baik. 

Selepas setengah jam dlm tu, makanya barulah berjaya keluar. Hahahaha.

Ini adalah model tak berbayar Famima 😂

Tengok tak banyak yg dibeli tu? Hahaha. Tu sebab family aku pun kirim onigiri & oden. Tu yg byk membeli. 

berjaya beli :)
Lepas selesai beli, kami pun duduk la berdating kejap dekat Stulang Laut. Walaupun depan tu dah kilang Singapore, ok la asalkan masih boleh dengar bunyi laut. Hehe. Kami habiskan dulu oden dan milk tea sebelum balik rumah.


Alhamdulillah, tercapai hasrat aku nk minum Brown sugar bubble milk. Hehe. Lepas ni kalau nk beli lagi, pun boleh.

No comments:

Post a Comment