Ibu tunggal bermaksud wanita yang telah kematian suami atau yang telah diceraikan suami, atau yang telah meminta cerai dari suami. Orang lebih gemar memanggil 'mak janda', sedangkan kadangkala bahasa itu agak kasar. Semua wanita yang ada didunia ini mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat, namun kerana sebab tertentu, wanita itu ditakdirkan menjadi ibu tunggal.
Amat mudah bagi wanita jika mereka diceraikan dalam keadaan single, iaitu masih tidak mempunyai anak. Namun, keadaan akan menjadi sedikit rumit apabila wanita itu mempunyai anak. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan, termasuklah kebajikan anak-anak yang perlu dititik beratkan.
Kadangkala, ada dikalangan lelaki yang ingin memperisterikan ibu tunggal, namun dia tidak mahu menerima anak-anak wanita tersebut, dengan alasan mereka bukan anak dia sendiri. Keadaan ini menyebabkan si ibu memilih diantara dua, sama ada anak mahupun cinta baru. Ada ibu yang lebih rela memilih yang pertama, tidak terkecuali juga ada yang memilih yang kedua, kerana tidak sanggup kehilangan cinta baru. Bagi si ibu, bapa kepada anak-anak mampu untuk membela. Tapi si ibu perlu sedar bahawa anak akan lebih cenderung untuk bersama si ibu ketika mereka ingin membesar.
Kepada lelaki diluar sana yang ingin memperisterikan ibu tunggal, anda perlulah menerima 'pakej' tambahan yang sudah tersedia, iaitu menerima anak ekspress. Jangan hanya menginginkan si ibu sahaja. Kasihan anak-anak dia. Kerana tindakan lelaki yang sebegini menyebabkan si ibu tersepit, lalu mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Cuba anda bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada anak-anak anda sendiri, sanggupkah?
Fikirlah sendiri.....
No comments:
Post a Comment