Friday, June 28, 2013

Legaaaaa~

Orang selalu cakap, kalau ada masalah, sila luahkan.

Tak kira la kat siapa pun, tapi selalunya kat kawan baik yang boleh jaga rahsia kita 100%, betul tak?

Tapi sebenarnya, kita akan lebih lega kalau cerita masalah kita tu kepada mereka yang menyebabkan masalah, sebab kita cuba berdepan dengan masalah..

Luahkan segalanya, apa yang mengganggu fikiran. Mungkin akan ada pertengkaran sikit, tapi perlu ingat, kena sentiasa tolak ansur. Cuba berdamai jika perlu. Persefahaman amat penting ketika ini. Jangan terlalu ikut emosi. Memang akan ada yang ikut emosi tahap tak ingat, tapi pihak yang satu lagi perlu bijak dlm mengawal keadaan, supaya tak jadi lagi rumit.

Bila semuanya dah diluahkan macam lahar, hushhh...leganya hati..

Ringan kepala, lapang dada..

Huhuhuuuu..

Aku ingin meminta maaf kepada pihak yang terlibat..

Emosi yang tak stabil kembali stabil.

Bila aku tengok kembali punca aku meroyan, terus dah tak ada perasaan..

Kekekeke..

Alhamdulillah..

 


No comments:

Post a Comment