Wednesday, June 26, 2013

Belati Mencucuk Hati

Aku tak tahu kenapa,

Setiap kali aku baca entri 'tu', hati aku macam dicucuk belati. Pedih. Ngilu. Sakit. Air mata yang mengalir kat pipi aku ni dah sama mcm darah yang mengalir dari torehan hati aku.

Arghhhhh...

Aku tahu semua tu perkara silam. Aku tahu semua tu dah berlalu. Aku tahu semua tu tinggal kenangan. Tapi disebabkan kenyataan yang aku tahu setahun yang lepas tu menganggu aku. Lagi. Dan lagi. Dan lagi. Hari ni aku tak tahu kenapa, tangan aku yang sedia gatal, menjadi lebih gatal. Aku cari entri 'tu'. Aku baca lagi. Aku lihat gaya penulisannya jika melibatkan si dia......

Berbeza dgn entri lain. Berbeza dengan entri yang melibatkan aku. Sangat berbeza. Penuh dengan perasaan. Kenangan manis tu terlalu banyak. Sampai buat dada aku sesak, dada aku jadi sebu. Aku tak boleh bernafas. Kenapa? Sebab aku tak rasa kenangan aku sebanyak itu. Aku tak rasa kemanisan kami berdua sebanyak itu. Mungkin pada aku ia sudah manis, namun tidak dapat menandingi kemanisan kenangan mereka. Aku masih teringat ayatnya setahun yang lalu. Banyak perkataan 'terlalu'. Hmmmm. Walaupun sms tu aku da padam dari memori handphone, tapi aku tak tahu kenapa ia kekal dalam memori minda aku. 

Kadang-kadang dalam diam, aku buat perbandingan. Aku dan dia. Bukan kerana apa, aku pun tak tahu. Aku pun tak pasti kenapa. Aku rasa tergugat. Aku rasa jika dia muncul kembali menagih kasih, pasti aku yang ditolak ketepi. Kalah. Walaupun bukan mengalah, tapi hati aku tak cukup kuat. Ditambah pula bila ada yang membuat perbandingan, bila ada yang memberi peringatan, hati aku menjadi longlai.

Yakin?

Aku yakin dengannya, namun aku tiada keyakinan diri dalam perihal bercinta. Tiada pengalaman. Tiada panduan. Aku hanya mengikut rentak. Jika tersadung? Pasti terjatuh. Aku akan bangun semula. Mungkinkah aku akan melawan? Mungkin. Mungkinkah aku akan mengalah? Mungkin. Perihal hati, tetap menjadi misteri.

Aku perlukan sokongan. Hati aku ini rapuh. Kukuh, namun bila ditusuk, pasti berkecai bertaburan. Mungkin dirinya akan penat dengan aku, namun aku terus berusaha membuang memori 'awak dan dia' yang aku tahu dari entri-entri blog dari kotak fikiran, agar yang tinggal hanya memori ' Saya dan awak'. Aku terus berusaha untuk menjadi wanita yang kuat, seperti yang diinginkannya. Aku akan berusaha menyimpan rajuk dan emosi ku, mungkin kerana 'dia' tak berperangai seperti aku. Semoga aku tak mengalah dalam perjuangan hidup aku....

No comments:

Post a Comment