Pemandangan indah dari tingkap opis aku..macam kat Cameron,kannnnn?????? |
2 3 minggu lepas, hidung aku ada tertangkap bau busuk, bau asap. Menurut pengalaman aku yang tak berapa masin lagi ( Iyela, umur baru suku abad, jadi tak la lama sangat makan asam garam kehidupan), bau busuk asap ni petanda jerebu. Dalam hati aku terus terdetik, "Indon terbakar lagi ke?" 2 3 hari kemudian, bau tu hilang. Hmmm..mungkin terbakar sikit je kot, mungkin area Malaysia je yang terbakar ni.
2 3 hari lepas, aku terbau lagi asap busuk ni. Makin hari, makin teruk, sampaila pada hari ni, yang paling teruk setakat ni. Bukit kat sebelah opis aku ( Bukit hak milik UTM, yg ada Balai Cerap tuu) sepatutnya memang jelas kelihatan, tapi pagi tadi, satu hapak aku tak nampak. Kabur!
Keadaan jadi lagi buruk bila aircond kat opis aku dah mula mengeluarkan bau jerebu. Terbatuk-batuk aku kat dalam opis, sampai tahap sakit dada dan rasa sangat tak selesa untuk buat kerja. Akhirnya...
Kena pakai mask...... |
Menurut berita kat TV semalam, Sumatera terbakar lagi. Petani bakar
hutan, sebab dia kata, itu cara paling mudah untuk bersihkan hutan.
Mudah untuk mereka, menyusahkan untuk kita. Hmmmm.. Akal takda ka?? Yang ditimpa masalah adalah orang lain, dari
negara lain! Pulak sekarang ni dah nak masuk monsun barat daya, makanya
tiupan angin dari arah Sumatera membawa segala habuk-habuk jerebu ke
semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment