Monday, May 15, 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu
Semalam adalah hari ibu. Seluruh dunia mengangkat hari ni sbg hari utk memperingati & menghargai ibu. Sesungguhnya, nk menghargai ibu tu perlulah hari-hari, kan? Hahaha. Tapi tak salah la utk kita gunakan satu hari ni utk belanja mak makan, atau buat apa saja utk gembirakan hati emak, kan? Lagi pulak utk anak-anak yg sibuk memanjang. Sekurangnya waktu ni la mereka boleh menghabiskan masa dgn ibu & keluarga. 

Tahun ni adalah tahun pertama aku sambut hari ibu. Tapi, tak ada sambutan pun sebenarnya. Huhu. Sebab semalam aku & abg Fairuz sibuk betulkan saluran air sinki aku yg tersumbat. Hahaha. Lepas tu, penat mengemas & memasak sbb mak mertua aku datang rumah. 

Bila bukak FB, ada jugak yg merungut sbb  tak dpt hadiah hari ibu, ada yg merungut sbb husband tak bawak makan kt luar, ada yg merungut tak dpt hadiah. Aku tak dpt semua tu, tp aku x merungut, sbb aku bersyukur dah hidup aku tak porak poranda. Hahahaha. 

Oleh itu, aku ucapkan Selamat Hari Ibu utk semua para ibu. Semoga kita terus menjadi ibu yg tabah & gigih. 

** Harus berterima kasih pd suami, sbb mereka jugalah kita berpeluang jadi ibu. hahahaha **

Wednesday, May 10, 2017

Pasar Borong Taman Kobena

Pasar borong merupakan tempat yang paling digemari oleh mereka yang sukakan bahan-bahan masakan basah yang segar. Di pasar borong, pelbagai bahan yang boleh didapati, dan ia boleh dikira antara tempat yang paling completenk membeli barang dapur.

Aku teringat, masa aku kecik dulu, aku selalu ikut emak/ mak sedara pergi pasar borong taman kobena. Pasar borong ni dibuka jam 11.00 mlm hingga 3.00pg. Singkat kan waktu perkhidmatan die? Hahaha. Kalau datang awal, mesti kena tunggu depan pagar sampai la pasar bukak. Masa ni, orang dah ramai berkumpul depan pagar. Kat pintu masuk pasar borong tu, akan ada kedai buah manggis, dan kedai yg jual air/ makanan. Aku selalu beli kt kedai ni, tak lupa jugak mak sedara aku selalu beli surat khabar utk hari esok.

Bila pagar bukak, berpusu la org masuk ke dlm pasar ni. bahagian depan, pasti tempat jual sayur. Lepas tu bhgn jual ikan, lepas tu daging. Aku ingat lg, ada satu bahagian kt pasar ni, dekat dgn tempat jual ikan, memang licin sikit. Aku pun pernah jatuh kt situ. hahaha.

Best sebenarnya pergi pasar borong masa ni, Ikan segar sbb kebanyakkan ikan memang baru turun dari lori. Disebabkan org ramai, selalu la jugak aku terperosok dibawah ketiak-ketiak org lain. hahaha. bau die memang boleh pengsan. Zaman tu masa zaman aku sekolah rendah, ketinggian pun memang rendah lg.

Sekarang, pasar borong taman kobena tu dah berpindah ke pasar borong pandan. Tapak pasar borong kobena tu dah berubah jd apartment da. Suasana pasar borong pandan pun berubah. Aku pun dah jarang pergi pandan, sbb jalan selalu sesak. Sekarang ni, aku pergi pasar kipmart je. Dekat dgn rumah. Hehe.

* Rasa nostalgia bila teringat pasar borong tu dulu*

Wednesday, May 3, 2017

Masalah orang berkaki saiz gajah

Kasut yg berjaya di beli di Mydin Pulau Sebang dgn bantuan akak promoter yg bersusah payah merakas mencari saiz kasut aku dicelah-celah longgokan kasut yg byk.

Aku tergolong dlm golongan  yg berkaki luar dari kebiasaan. Bukannya kaki aku berbentuk tangan atau kaki aku berbentuk ekor ikan (aku bukan duyung. hahaha). Masalahnya, kaki aku panjang sikit dr saiz wanita malaysia yg lain. Bukan senang orang yg kakinya bersaiz luar dari kebiasaan. 


Di sini aku sertakan carta saiz kasut.

Sumber: tekan sini
Saiz kasut aku adalah seperti di dalam kotak merah tu. Kenapa berubah? Sebab ikut design kasut. Kalau kasut tu terlebih lebar, aku perlu pakai saiz 40, kalu tirus sgt, aku kena pakai saiz 41.

Saiz 40-41 ni bukannya pupus. Ada saiz kasut ni, tapi pilihan tak berapa byk. Selalu bila aku dah berkenan dgn design kasut, tapi bila aku mintak saiz, jawapan mesti menghampakan. Akhirnya, terpaksa berpuas hati dgn apa yg ada, termasuk lah berpuashati pakai kasut design lelaki atau pakai selipar jamban. Hahaha.

Pernah jugak masa persediaan nak masuk asrama dulu, aku kena pakai kasut kulit warna hitam. Merata aku berjalan dgn family aku semata nk cari kasut kulit hitam saiz aku, tapi amat menghampakan. Kedai kasut Bata yg popular tu pun takde saiz aku. Sapai abg kedai tu cakap kaki aku saiz jin.  T____T. Huhuhu. Yg ada, design lelaki. kau bayangkan budak perempuan pakai kasut design lelaki dgn baju kurung sekolah? Buruk tau tak! Aku terpaksa la terima apa adanya sampai la pertengahan tahun, bila kasut tu akhirnya rabak. Huhuhu. Lepas tu, bermulalah semula kembara aku mencari saiz kasut. Huhuhu.Dan episod pilu tu tak berakhir di situ. Ia berpanjangan hingga la ke matriks dan universiti. Huhu. Nasib baik kasut hitam tu pakai masa orientasi je. Akhirnya aku pergi kelas pakai kasut sukan. Senang. Selesa nk berjalan. Tapak tebal. Tapi semestinya kasut sukan itu adalah design lelaki. Hahaha. pakai baju kurung pun pakai kasut sukan. Hmmmm.. Ade aku kesah? Mestilah tak.

Aku rasa, dlm family mmg aku antara yg plg susah nk cari kasut. Saiz kasut wanita yg byk dijual di Malaysia adalah antara saiz 35-39. Nak jumpa saiz 40 tu, dah cukup bersyukur sangat-sangat, apatah lagi saiz 41. kadang-kadang aku pakai je kasut saiz 40 kalau saiz 41 takde. Terpaksalah aku pakai je kasut yg ketat tu.

Tapi, benda ni sebenarnya tak melemahkan semangat aku untk mencintai kasut (sbb aku adalah wanita biasa yg tak terlepas utk mencintai kasut). Hahahaha. Nampak sgt kewanitaannya. Pada aku, ni adalah satu cabaran dan keunikan. Ada la jugak rasa bangga walaupun sekelumit disebabkan kaki bersaiz gajah ni. hahaha. Benda ni kalau kita fikir positif, maka positif la jadinya. Hehe.

** Bukan peminat kasut bertumit tinggi**



Wednesday, April 26, 2017

Ni dah berapa kilo semut kena telan ni?

Minda aku da mula tumpul, sebab dah dipenuhi lemak-lemak tepu dek sebab kemalasan nak berfikir. Hahahaha. Ini la natijahnya bila minda aku kurang senaman. Malas berfikir tu bukan sebab aku malas, tapi sebab aku malas nk fikir. (Boleh macam tu? Hahaha). Bukan sekali dua aku jadi pelupa. Banyak kali da. masuk bilik sebab nak amik pampers anak, tapi bila sampai bilik, aku terpinga nk buat apa. Lepas tu aku pergi semula ke bilik air, baru teringat nak amik pampers. Ulang semula ke bilik. Huhu. Kan nampak parah tu?

Minda ni penting. Minda tu adalah otak, tapi otak tak semestinya minda. Kan? Iye la, sebab beruk pun ade otak, tapi diorang takde minda. Ek? Kalau dah dinamakan umat manusia, makanya minda ni amat penting. Tak kira la budak yang baru nak belajar hirup udara sendiri lepas duduk dalam air ketuban emak dia, atau pun pakcik-pakcik yang hanya duduk mengeteh kat kedai kopi. Kalau tak, masakan pakcik tahu jalan ke kedai kopi. Hahaha

Jadinya, aku cari la cara nk bg minda aku ni cekap, cedas dan cepat..

1. Buat latihan yg menggunakan akal
Buat la Sudoku, Jigsaw puzzle, Unblock Me, Dreams Chronicles, puzzle dan game-game yg memerlukan kita berfikir secara kritis. ecewah. Game ni semua memerlukan kita berfikir, dan mengingati. Boleh la nk kuatkan daya ingatan dan tumpuan. Tapi, jgn sampai terlebih batas.

2. Jgn lupa exercise
Badan sihat, otak cerdas. Hahaha. Google la cara-cara senaman yg membantu daya ingatan.

3. Cukup tidur.
Cukup tidur ni penting. Bila cukup tidur, bermakna otak kita cukup rehat yg diperlukan. Tp jgn terlebih tidur pulak, nnt makin lembap otaknya.

4. Bersosial
Jangan hanya duduk terperuk kt rumah sendirian. Sesekali, cuba luangkan masa dgn kawan-kawan. Berbual, berbincang, berkongsi pendapat. Kan elok tu.

5. Gembira
Bergembira. Tapi jgn terlebih batas pulak. Bila kita gembira, otak akan kurang fikir masalah. Jgn la disakitkan kepala dgn benda yg tak perlu. Org yg selalu bersedih lebih cenderung utk dpt penyakit yg berkaitan dgn akal dan emosi. Bila kita gembira,

6. Jgn stress
Pastikan tak stress. Sebab tu kena selalu bergembira. Sedih dan stress akan ganggu kita utk berfikir secara waras dan logik. Bila sedih dan stress, selalunya kita akan lebih cenderung utk mengikut emosi. Selain dari tu, stress juga menyebabkan otak kita mengecut. Oh my~

7. Makanan yg membantu ingatan.
Makan la kurma, kismis, kekacang dan makanan yg elok. Elakkan makanan yg byk pengawet dan perasa. Bukan setakat tak elok utk badan, malah tak elok utk kesihatah gak~

Itu je aku rasa yg mudah utk kuatkan minda. Harap-harap lepas ni daya ingatan aku lebih mesra alam la. Penat da rasanya asyik lupa nk buat apa tak smpai 10 saat. Hahaha

* Sindrom mak-mak* 

Artikel asal di sini

Wednesday, April 19, 2017

Tak Nak bagi org copy paste blog

Ini adalah rentetan kisah aku di entry sebelum ini.


Ini adalah blog rujukan utk entry aku kali ni: http://www.ahsanulkabir.com/disable-copying-text-blogger-blogs/. Aku belajar cara nk elakkan org copy paste blog dari blog saudara ni. Aku cuma buat secara bergambar utk memudahkan org yg kurang faham. 

Baru-baru ni, aku terperasan blog aku telah diciplak. Tapi bukan utk kesemua entry la. Hanya 1 entry yg aku perasan setakat ni. Oleh itu, aku cuba mencari jalan macamana nak hilangkan fungsi ctrl c + ctrl v dlm blog aku. Cari punya cari, aku terjumpa blog ini:


Link seperti di atas ye :)

Aku pun cuba la utk buat:

1. Pergi dashboard. Pilih layout.

2. Pilih add gadget


3.Nanti akan keluar page ini. Pilih HTML/ Java Script


4. Nanti akan keluar ini:


5. Boleh paste command ini (dapatkan command di sini):


6. Siap


View blog, dan tadaaaaaa. tak boleh copy paste dah. Hehe.

Selamat mencuba. :)