Monday, January 13, 2014

Online shopping

Aku tak pernah beli barang online....

Eh, silap tu...

Aku jarang beli barang online. Setakat ni, hanya 2 benda je yang aku beli online:
1. Susu Vitamin C (Aku dah berhenti pakai, sebab jumpa sabun susu beras masa pergi Langkawi hari tu)
2. Baju dress labuh (Beli sebab kawan baik aku jual...kekekeke..)

Itu je yang pernah aku beli. Yang lain memang tak ada. Sebab? Hmm..kadang-kadang aku takut kena tipu. Sekarang ni macam ramai yang dah ditipu oleh peniaga online ni. Memang ada yang jujur, tapi untuk mencari tu, bukan kerjayang mudah. Lagi satu, beli online biasanya ada kaitan dengan saiz, warna dan jenis (aku ada masalah dengan saiz. Selalunya baju yang aku beli, jarang ada saiz yang standard. Biasanya aku kena fitting baju. Kadang-kadang saiz badan 35, kadang-kadang saiz badan 42) Kadang-kadang, dalam gambar nampak lain, tapi pada hakikatnya, benda tu lain..

Lagi satu, sejak akhir-akhir ni makin ramai kawan aku yang berniaga online. Memang bagus kalu mcm tu, boleh menaikkan ekonomi sendiri. Tapi yang tak bestnye, diorang tag gambar barang diorg kat wall aku. Hmmm.. privacy aku di facebook semakin dicerobohi dengan benda yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah terfikir nak beli.

Mungkinkah sudah sampai masa aku set privacy setting kat FB aku?

* Takut kecik hati la plak diorg tu nnt. Tp dah byk sgt iklan, sampai aku sendiri rimas tgk wall sendiri* 

Sunday, January 12, 2014

Mengait

Rasa macam nk mula mengait semula..

Huhu..

Nak kait kasut baby. Macam comel je. Memang susah kalu baru-baru belajar, tp kalu dah biasa, tak menjadi masalah rasanya.

Hehehehe..

* Kena tunggu majlis kawin kakak selesai, baru boleh mula mengait semula..*

Friday, January 10, 2014

Sakit dada

Dalam 2 3 hari ni, dada selalu sakit. Sekarang pun masih terasa. Tak tahu kenapa, rasa mencucuk-cucuk. Susah nak bernafas. Kena tarik dalam-dalam. Rasanya dah macam ikan kat atas darat da. Belakang badan pulak sakit, badan jadi letih, degup jantung jadi laju, perut jadi kembung, urat tegang. Sebab angin dalam badan ke? 

Hmmm..

Ke sebab da sampai masanya utk pergi?

Huhu..

Dah pergi klinik, tapi doktor cakap gastrik dgn tekanan darah rendah.

Rasanya macam betul je.

Tapi, kenapa lepas makan ubat, sakit tak hilang?

* Lepas ni kena makan vitamin banyak-banyak. *

Wednesday, January 8, 2014

Lorong kecemasan

Hempuk kepala driver sekor-sekor dgn batu.. Kambing pun tahu beratur..* Kredit tgk kat gamba tu

Lorong kecemasan, seperti yang kita tahu, digunakan ketika kecemasan. Kecemasan macam mana tu? Kecemasan macam kereta rosak ke, tayar bocor ke, macam tu la. maksudnya, kereta tu boleh dialih ketepi, jadi tak la ganggu perjalanan trafik. 

Tapi...

Sesetengah pemandu Malaysia ni terlalu la pandai, tak tahu dari mana diorang belajar undang-undang. Laluan kecemasan tu digunakan ketika jalan sesak. Memotong barisan ketika sesak. Akhirnya, buatkan trafik lagi sesak, sebab dari 3 baris akan menjadi 2 baris. Tak ke tu menyusahkan pemandu lain namanya? Bukan sebiji dua kereta, berbiji-biji. Sampaikan lori tanah, bas pun ada yang berperangai buruk macam ni. 

Pelik la tengok pemandu macam ni. Tak malu ke? Tak ada perasaan bertimbang rasa langsung. Orang lain pun tersekat dalam sesak jugak. Nak cakap masa dia tu emas? Masa orang lain pun berharga juga. Cuba la jadi pemandu yang bertimbang rasa. Jadilah pemandu yang bertanggungjawab. Orang lain pun susah juga. Jangan la mementingkan diri sendiri. Jangan marah kalau orang cakap pemandu jenis ni semua berperangai vangang tahap abadi, dah kental, tak boleh diubah lagi. Aku ucapkan takziah diatas kematian sifat kemanusiaan dan bertimbang rasa korang tu.

* tak faham dengan orang ni. Klau ikut hati, nak je aku berhentikan kereta kat lorong kecemasan tu, lepas tu duduk bersantai sambil makan biskut dan tengok movie masa jalan sesak. Padan muka diorang ni..*

Tuesday, January 7, 2014

Menjahit baju

Baju pengapit kawan aku belum terusik lagi, baju majlis untuk majlis sepupu belum terpegang lagi, kain untuk buat baju masa majlis kakak aku pun belum beli..

Aishhh..

Bila semangat nak buat, kerja tengah banyak, badan letih, penat. Bila tak ada semangat, masa tu la amsa kosong banyak bersepah..

Adeiii..

Diri, jangan malas lagi. Masa untuk bergerak. Kalau malas-malas, nanti aku babap laju-laju..

* Idea nak buat baju dah berlambak melimpah ruah, nak menggunting bajunya yang tak mula lagi.*