Showing posts with label mengait. Show all posts
Showing posts with label mengait. Show all posts

Thursday, October 6, 2016

Bila sampai seru

Ini yg biasanya terjadi. Bila nampak hasil mengait orang lain, mula la rasa nak mengait. Bila nampak tote bag cantik, mula la nak jahit beg. Bila rasa telekung mcm nak kena tukar baru, mula la nak jahit telekung. Bila rasa baju kerja dah kurang, mula la nak jahit baju pulak. Bila rasa baju jalan dah kurang, pun mula rasa nak jahit baju jalan. Bila rasa baju jubah tak ada, mula la rasa nak jahit jubah. Bila rasa baju anak dah tak muat, mula la nak jahit baju anak pulak. Bila rasa seluar dah tak muat, mula la rasa nk jahit seluar. Bila rasa nak makan Melty Hersye, mula la nak buat. Bila rasa nak makan brownies, mula la nak bakar brownies.

Dan lain lain. 

Inilah 'bila' yg menyebabkan aku tersangkut sampai bila-bila. Hahaha. Berangan tu punya la besar, tp nak buat tu masih belum sampai masa lg. bukan sebab malas, tapi lebih kepada masalah pengurusan masa. Iyelah, sejak masih baru bergelar ibu, aku masih terkial nak uruskan masa utk anak, utk diri sendiri, utk keluarga dan juga utk suami. Masih terkinja-kinja lagi. Buat masa ni, masa utk anak tu yg mendominasi berbanding keperluan lain. Iyelah, masa utk makan dan mandi pun kadang-kadang terbabas, inikan pulak waktu tidur. Hahaha.

Tak pe la, baik aku cuba pelan-pelan. Semoga aku berjaya. Hahahaha.

Sunday, February 9, 2014

Kedai benang Kait

Mata aku tetibe meragam, tak mahu tido, padahal kepala dah kemain berat kesana sini. Huhu. Oleh itu, tangan aku kemain gatal online sambil cari kedai-kedai untuk beli benang untuk mengait. 

Jaaaaaa~

Banyak sangat aku jumpa, sampai mata pun dah nak mula rabun~ Eh, aku memang rabun pun. Salah tu. Sampai mata pun dah jadi kabur sebab terlalu gembira. Jaaaaa..

Okey, mari survey sana sini dulu. Sampai masa, akan ku beli semuanya..

* Harap-harap emak tak marah la aku beli barang mengait ni*

Tuesday, February 4, 2014

Mahu Mengait Lagi

Rasa nak mengait semakin menebal..

Mungkin sebab majlis kakak yang semakin dekat dan kepala yang semakin serabut, makanya kepala aku mula la nak cari cara untuk lepaskan segala yang bergumpal dalam kepala.

Mula la tangan makin gatal nak mencari bahan-bahan nak mengait. Cari benang, tengok warna, cari jarum macam-macam saiz, tengok design, tengok pattern...

Huhuhuuu..

Tumpuan dah mula berlari ke sana ke sini..

*Cepat la habis semua*

Sunday, January 12, 2014

Mengait

Rasa macam nk mula mengait semula..

Huhu..

Nak kait kasut baby. Macam comel je. Memang susah kalu baru-baru belajar, tp kalu dah biasa, tak menjadi masalah rasanya.

Hehehehe..

* Kena tunggu majlis kawin kakak selesai, baru boleh mula mengait semula..*