Friday, July 19, 2013

Murahkah aku?

Murahkah aku,
Jika aku dengan mudah memberi cinta?
Murahkah aku,
Jika aku yang mengejar, bukan yang dikejar?
Murahkah aku,
Jika aku yang meluahkan perasaan, bukan yang menerima perasaan?
Murahkan aku,
Jika aku yang menunggu, bukan yang ditunggu?

Murah..
Sememangnya nampak murah..
Seperti tidak bernilai..
Amat murah, kerana mudah diperoleh..
Berbeza dengan wanita lain..
Lelaki gemar sesuatu yang dikejar dan ditunggu bertahun-tahun, sesuatu yang kelihatan mahal..
Seperti intan dan berlian,
Bukan sesuatu yang murah seperti aku..

Namun, adakah perasaan aku juga tidak bernilai?
Adakah perasaan aku tak perlu diambil kira?
Adakah pemergian ku layak ditangisi seperti wanita mahal di hati lelaki?
Mungkin seminit, lalu akan dibiarkan menyendiri sepi..
Mungkin...


p/s: Cinta pd ilahi itu yang kekal abadi...

Wednesday, July 17, 2013

Kifarah Dosa

Hari ni hari rabu,da 3 hari aku demam. Bukan demam biasa,tp demam terlantar. Aku da demam pd hari isnin,tp aku lawan jugak, g kerja macam biasa. Balik je rumah,memang terbaring sementara tunggu azan maghrib. Hari selasa,badan aku rasa panas,tp aku degilkan hati jugak g opis. Akhirnya, pukul 10pg,aku balik dr opis,sebab tak tahan. Pergi klinik. Doktor cakap, tekanan darah rendah. Hmmm,patut la aku lalok je. Demam satu set,siap dgn batuk, selsema.. Lepas tu, balik rumah,makan ubat.... Tidur sampai petang. Malam pun sama, lepas isyak, makan ubat,terus tidur sampai pg.

Pagi rabu, bangun dgn kepala yg berat lagi. Tak tahan, pergi lg klinik, dapat hadiah dr doktor, tusukan picagari di punggung.. Adeiiii.. Dah tua bangka pun kena inject kat punggung.. Huhuhuu.. Lepas tu, aku lalok mamai sampai bukak puasa... Sampai la sekarang..

Hmmm..agaknya Allah nk bg peringatan kat aku. Sentiasa ingat sakit itu sebagai kifarah bg dosa-dosa yang kita lakukan. Dosa tu byk,tp taubat yg selalu dilengahkan. Bila da sakit ni baru teringat, bahawa kalau nak mati pun, Allah takkan lengah-lengahkan malaikat utk tarik nyawa kita.

Ini mungkin satu peringatan utk aku...

P.s: injection kat punggung tu mmg dahsyat. Memang lalok mamai dibuatnya..pergi bazar ramadgan pun kena berpimpin..huhuhuuu .

Saturday, July 13, 2013

Lari atau berdepan dengan kenyataan?

Aku sedang berdepan dengan realiti,

Sebab aku sedang melarikan diri dari alam fantasi~

Sayonara imaginasi..

Harap kau baik-baik sahaja nanti.

Akan ku carikan kau teman kreatif yang lain..

Seperti berkebun, menjahit baju, memasak, bertukang, melukis..

Supaya sahabat imaginasi kau itu tak membawa kau terlalu jauh hanyut dari realiti..

Sehingga terlupa identiti~

Percubaan untuk Tawarkan hati

Tawar hati, siapa pernah rasa?

Bukan dengan rasa pakai lidah (Eiiii, takkan nak jilat hati sendiri? Gelinya). Nak merasa hati, pakai naluri. Kita sendiri yang rasa, ok atau tak. Banyak penyebab kenapa terjadinya tawar hati tu. Kadang-kadang, tawar hati ni boleh berpunca dari diri kita sendiri. Sebabnya? Sebab kita terlalu teruja, excited la orang cakap. Bila kita dah teruja, secara tak sengaja pasti kita akan buat sedikit planning, ada pasang angan-angan, kan? Perasaan teruja akan berkurang sedikit demi sedikit, atau hilang terus jika apa yang kita angan-angan tu tak menjadi, atau pun kita tak nampak apa yang kita angan-angankan tu akan terjadi dalam masa terdekat. Iye la, kalau dah teruja tahap gaban, mesti la ada rasa tak sabar. Kalau dah tak sabar, mestilah setiap masa tu rasa lambat je. Macam la budak kecik yang nak pergi mandi air terjun. Kalau dah teruja, pukul 5 pagi dah sibuk-sibuk bangun nak gerak pergi waterfall, padahal subuh pun tak masuk lagi. Huhuhuu. Aku pun tak tak terkecuali.

Ada benda yang buat aku tawar hati, yang datang dari diri sendiri, iaitu pasal kahwin. Siapa yang tak teruja bila cakap pasal kahwin? Bila pulak semua kawan baik aku dah bertunang dan berkahwin, dan kawan baik aku yang bercinta kemudian pun dah nak kawin. Bila kawan-kawan baik aku tanya pendapat pasal itu ini, aku pun dah terbayang itu ini. Sebabkan teruja la aku sama-sama tengok persiapan pengantin la, survey itu, survey ini. Tengok design baju la, tengok katering la, tengok warna tema la, tengok bridal la. Siap kirim kain lace sepasang kat kakak opis masa dia pergi Bandung, nak buat baju kawin katanya. Hahaha. Rasa nak sorok muka bawah tanah.Tapi aku terlupa, aku bukan nak kawin dengan diri sendiri, tapi dengan orang yang akan jadi bakal suami. Aku terlupa, yang kami tak pun merancang apa-apa lagi. Bincang pasal merisik pun tak ada, inikan pula yang lebih-lebih. Dan yang pasti, aku rasa kami pun takkan bincangkan pasal perkara ni dalam masa terdekat, dan aku pun tak tahu bila. Dan aku terlupa, jodoh kawan-kawan aku lebih mendahului dari diri sendiri.

Bila aku fikir, memang salah aku sendiri pun. Aku yang cipta perasaan teruja tu. Imaginasi aku yang dah mendahului semua, lebih kurang macam aku yang lebih-lebih la. Huhu. Secara tak sengaja tercipta perasaan teruja tu. Padahal si dia sendiri cakap dia tak bersedia lagi, tak ada perancangan, dan tak ada keyakinan. Keyakinan terhadap apa? Aku tak tahu, mungkin keyakinan terhadap aku kot. Mungkin sebab aku tak menunjukkan ciri-ciri isteri yang die nak kot. Mungkin sebab dia belum faham aku kot. Huhu. Sebab perangai aku kadang-kadang macam budak-budak sangat. Jadi? Takkan aku tak faham-faham jugak? Sebab perasaan mendahului minda la perkara macam ni berlaku. Huhu. Terasa bodoh pulak aku rasa bila aku sibuk-sibuk share dengan si dia pasal bridal, dewan, semua tu. Malunya. Haha. Terasa macam sudu lebih dari kuah pulak, terhegeh-hegeh.~

Lama kelamaan, perasaan tu macam terkubur, perasaan teruja tu semakin terpadam sikit demi sedikit. Aku yang sengaja padamkan. Aku tak nak perasaan tu semakin bercambah. Aku tak nak setiap kali, aku yang rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri sebab bandingkan diri dengan orang lain. Kalau tak dulu, bila kawan aku tanya pendapat, aku pun sibuk bercerita sana sini, apa impian aku, apa angan-angan aku. Sekarang? Bila kawan-kawan tanya pendapat, aku bagi tahu je apa yang diorang nak tahu, tapi tak melibatkan diri aku. Bila kawan tanya pasal aku? Aku cuma jawab, 'entah', 'tak tahu', 'tak fikir lagi', 'malas nak fikir', tak bincang lagi', 'tak tahu bila', 'biarlah', 'belum sampai masa'. Kalau tak pun, aku senyum je. Sedaya aku akan cuba mengelak dari bercakap pasal benda ni. Aku akan cepat-cepat ubah topik.  Aku pun memang dah tak tengok benda-benda berkaitan dengan semua ni, sebab nanti takut aku terlajak berangan lagi. Hehe. Aku sedang berusaha buang semua angan-angan aku. Buat masa ni, aku nak biarkan ia kosong. Tak fikir apa-apa, sebab belum sampai masa. Betul cakap si dia, go with the flow. Kita ikut je mana arahnya. Sekarang ni masa untuk bercinta, kita bercinta la dulu. Tak payah fikir pasal kahwin lagi selagi belum sampai masa. Itu lagi baik dari berangan tapi tak kena tempat. Huhu.

Lepas ni, aku hanya perlu 'menerujakan' diri aku dengan majlis kawan-kawan aku dan sepupu aku je. Terus bagi pendapat itu dan ini dan juga sokongan. Nampaknya aku dah kena ubah planning kahwin ke planning utk perjalanan, sebab jauh nak memandu ke Kedah, KL dan Kuantan. Haha. Kumpul duit minyak tol, kumpul cuti, nanti boleh amik cuti panjang sikit. Maunya nanti macam panda pergi opis. Haha. Kepada sahabat-sahabat aku, wishing you all a happy married life~

P.s: Jangan ditanya bila pulak giliran aku. Nanti ada yang makan selipar saiz 9~

Wednesday, July 10, 2013

Pertama Ramadhan

Hari pertama Ramadhan...
  Semua gembira, semua teruja..
Jangan dilupa amalan diri perlu dikira..
Ditambah yang elok, ditolak yang buruk rupa..
Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam lagaknya..
Hangat diawal, diakhirnya sejuk terbiar sahaja..
Semoga diri menjadi hamba yang sebenar-benarnya..

Moga umurku panjang untuk bertemu pertama Syawal~