PKP masih lagi belum tamat. Kita telah berada dalam fasa PKPP, iaitu Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan, dimana hampir semua sektor dibuka untuk beroperasi. Salah satu yang dah beroperasi adalah kedai gunting rambut. Memandangkan rambut anak aku & suami pun dah panjang, jadi 20 Jun pun kami pergi ke kedai gunting yang biasa aku pergi kat Taman Dahlia.
Aminah kena gunting rambut. Panjang sangat rambut depan tu sampai tutup mata. Kalau nak ikat rambut, memang dia taknak. Memang habis la kena gunting. |
Waktu kami sampai tu, tak ada orang, mungkins sebab lepas hujan. Kedai memang patuh SOP. Siapa yang nak gunting rambut, kena ambil suhu badan. Setiap pekerja pakai face mask/ face shield, lepas tu setiap pelanggan kena pakai face mask. Lagi, kalau dulu, alas baju untuk gunting rambut tu biasanya akan pakai kain kan? Tapi sekarang kena pakai alas plastik. Bayaran? Naik RM2, sebab bayar untuk harga plastik sekali. Hahaha.
Kalau dulu boleh tunggu dalam kedai. Sekarang ni, aku kena tunggu kat luar kedai sementara suami & anak aku gunting rambut. Macam agak kelam kabut gak, tapi nak buat macam mana kan, sebab masih dalam PKPP, kedai gunting rambut pun nak ikut SOP dan takut kena denda.
No comments:
Post a Comment