Apa yang kita buat selepas waktu kerja itulah yang melambangkan diri kita.
Ayat ni adalah ucapan dari bos aku sewaktu mesyuarat mingguan. Ayat ni agak menjentik hati aku. Memang betul pun. Apa yang kita baut waktu kerja, itu adalah kerja hakiki yang kita perlu buat. Tapi, bila kita ada waktu lapang, bagaimana kita nk manfaatkan waktu tu? Baca buku, baking, menjahit, memasak, berkebun? Adakah benda yg kita buat tu akan mendatangkan faedah & memanfaatkan kita?
Kalau kita ada waktu lapang, tapi waktu tu banyak digunakan untuk sekadar nak layan FB/insta/twitter, tapi akhirnya tak ada mendatangkan hasil, bermakna kita hanya mensia-siakan waktu luang yg kita ada. Jika kita guna waktu tu untuk belajar benda yang baru, atau buat sesuatu yang boleh nampak hasilnya, bermakna masa kita tu bukan terbuang begitu sahaja.
Aku selalu fikir nak hasilkan sesuatu di waktu lapang. Dalam kepala aku ni, ada masa rasa nak menjahit, ada masa rasa nak baking. Tapi itu la, kadang-kadang tu kemalasan melanda. Bak kata orang, kalau dah ada penyakit M ni, memang susah la nak ubah.
Tapi sampai bila kita nk macam ni kan? Semuanya kena bermula dengan langkah yg pertama. Kalau tak ada yang pertama, macam mana nak nampak langkah yg seterusnya.
Doakan lah aku ni kurang sikit malasnya.
No comments:
Post a Comment