Sunday, March 15, 2020

Cara-cara mendaftar Pra-sekolah kerajaan.

Baru-baru ni, permohonan online utk Pra sekolah kerajaan dah dibuka. Sebagai seorang ibu yang anak dia nak masuk umur 5 tahun tahun depan, aku pun tak terkecuali la untuk sama-sama nak mendaftar. Sekejap je masa berlalu, anak pun dah nak sekolah. Baru je rasa dia baru lahir. Huhuhu. 

Ok. Apa benda pertama yang kita kena buat?

Pergi la ke laman web Kementerian Pendidikan (klik sini)

Ni laman web nya. Kalau dah pernah ada ID, boleh terus log in. Kalau tak ada, klik pada daftar pengguna
Daftar pengguna untuk yang tak pernah mendaftar:


Pastikan ingat password yg diisi ye :)
Tadaaaa. Dah siap. Boleh la mula untuk daftar.
Alkisah bukak awal sangat, ramai serbu. Jem kejap. Haha
Mari mula mendaftar!




Pastiikan no yang diisi tu, no myKid anak yang nak sekolah ek. 
Ni Maklumat anak. Yang ni automatik. Maklumat ni dapat direct dr no MyKid anak. Cuma kalau anak tu termasuk dalam golongan OKU, boleh update di situ.
Ni Alamat semasa, maksudnya alamat rumah yang diduduki sekarang. Nak pastikan sekolah yang kita pilih tu, memang berdekatan dgn rumah, sebab setiap sekolah tu memang diperuntukkan untuk penduduk sekitarnya, bukan penduduk mukim sebelah 
Ni maklumat ibu bapa. Pastikan maklumat ni betul.
NI Maklumat tanggungan. Mula-mula memang maklumat anak yg mendaftar tu je. Kalau ada tanggungan lain, boleh klik pada tambah maklumat. 
Ni setelah maklumat ditambah. Sebabkan anaknya 2 orang je, bertambah sorang je la maklumat nk diisi.


Ni nama sekolah yang kita nak. 
Langkah terakhir. Pastikan semua maklumat tu betul ye. Jangan lupa klik pada kotak pengesahan tu 

Siap sudah. Tekan semak kalau nak cek semula maklumat. Tekan cetak kalau dah nak print borang. Borang ni la yang kita perlu hantar pada sekolah.  
Akan keluar ni kalau kita tekan semak. 
Ni borang yang dah dicetak. Nanti jangan lupa letak gambar terbaru ye. 

Ni senarai semak. Pastikan semua lampiran yang diperlukan tu cukup. 
Selain dari dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak ni, ibu bapa perlu sediakan satu sampul surat beserta setem. Aku pakai sampul surat bersaiz 4' X 9'. Semua borang yg lengkap & sampul surat tu perlu dihantar ke sekolah yang kita mohon tu. 

Ni haa sampul surat yang aku guna. Setem tu Rm1.40. Jiran aku yang tolong belanja, sbb dia tolong belikan. 
Untuk permohonan Pra sekolah ni, apa yang aku tahu dr cikgu sekolah ni, mereka akan ikut tangga gaji ibu bapa. Bermakna, tak semua akan dipilih. Dekat sini, terpulang kepada ibu bapa untuk nak letak gaji secara jujur atau pun tak, sebab benda ni berkaitan dgn hak orang lain. Iye lah, kalau gaji kau RM10k anak seorang, kau tipu letak RM2K je. Ada orang yang memang gaji dia RM4K tapi anak 4 orang semua bersekolah tak dapat tempat sebabkan kau menipu, memang dah teranglah kau ambil hak dia, sedangkan kau boleh hantar anak pergi sekolah berbayar. Terpulanglah kau nak jujur ke tak, sebab itu semua ada kaitan dgn keberkatan ilmu yang anak kau nak terima. 

Ok. Selesai hantar borang. Kita tunggu je la jawapan sama ada dapat ke tak. Lepas ni, aku nak cuba mohon sekolah tadika KEMAS dgn Tadika Agama Johor. Aku ni duduk rumah kawasan kampung, jadi memang tak ada tadika berbayar. Kalau ada, memang keluar dari jalan aku nak pergi kerja, dan semua sekolah tu bukan setakat kampung/ taman sebelah, tapi lebih dr 10KM dr rumah aku. Huhuhu. Doa-doa la anak aku dapat sekolah kat area rumah aku je.

No comments:

Post a Comment