Thursday, October 27, 2016

Kenapa pada orang lain boleh, bukan pada aku?

Selalu persoalan itu bermain kat fikiran aku. Kenapa pada orang lain, benda tu sanggup dan boleh dilakukan, tapi aku tak merasa satu pun? Kenapa org lain boleh, tapi bukan pada aku?

Sedih.

Dah la sepanjang hidup tak pernah ada org suprise birthday. Seumur hidup, kalau masa birthday, aku yg kena beli kek sendiri, atau aku kena mintak sendiri (sebab memang tau takkan ada yg akan beli). Seumur hidup, aku yg beria sambut birthday org, tapi bila birthday aku, sunyi sepi je.

Aku ni tak cukup berharga ke?

* Senyum je la. Ada duit sendiri, beli la semuanya sendiri*
** Ini adalah posting yg disebabkan oleh emosi yg kurang stabil**

Friday, October 21, 2016

Tanpa sedar terjadi org ketiga

Huhuhu..

Bila kau tanpa sedar terjadi orang ke 3. Haru tak?

Agak la.

Kau kemain la tangkap cintan, berharap setinggi gunung, bermimpi bulan bintang, tapi dalam masa yg sama org tu sebenarnya sedang bertangkap cintan dgn org lain, berindu dendam dgn org lain, bersayang sayang dgn org lain.

Erkk??

Punya la kau komen setiap post kt fb, retweet segala tweeter, like segala post instagram. Dengan harapan nampak la kau beri perhatian sepenuhnya. Tapi dalam masa yg sama tanpa kau sedar, perhatian die kt org lain sebenarnya. Alahai.. Orang tgk pun kesian.

Malu wei..

Kau fikir kau la watak utama, tapi sebenarnya kau la watak yg menghancurkan watak org lain. Huhuhu. Itu adalah teruk. Dalam mana-mana perhubungan, org ke 3 adalah yg paling teruk. Tak kira la walaupun lepas tu kau yg jadi watak utama, tapi sebenarnya kau telah melukakan hati org lain.

Noktah.

Diner Dash

Pernah main game Diner Dash?

Kalau pernah, tau tak macamana rasanya bila pelanggan dah ramai? 

Tension? Huru hara?

Haaa. mcm tu la keadaan di dunia sebenar. Aku pernah bekerja di Sushi King City Square, JB. Ingat senang nak kerja? Huhuhu. Susah. Berdiri dan berjalan dari pukul 9pg sampai 5 ptg, kdg2 pukul 7.00mlm, kdg2 pukul 9.00mlm, kadang-kadang full shift, smpai pukul 11 malam. Gaji? Sejam rm5.00. Kerja bagai nak rak tiap hari, paling tinggi gaji yg dapat tak lebih dari rm1000. Tapi, itu la pengalaman paling berharga buat aku. Buat aku lebih menghargai org yg bekerja di bidang F&B ni. Aku masih boleh tersenyum walaupun aku tunggu makanan lebih dari setengah jam, tapi dengan syarat aku tgk kt situ crew service sikit, dan juga org yg dtg kemudian dari aku tak dapat makanan dulu. 

Bila kerja F&B, hari-hari kita terpaksa berdepan dgn kerenah org. Ada yg mintak tosai kt kedai sushi, memang kena menjawab la dgn aku. Itu belum lagi ada yg mintak cili api dgn nasi goreng kampung. Itu belum lagi nak kira org yg pandang rendah pada kami ni. Hmmm. Itu memang biadap. Kalau ikutkan hati, maunye aku gigit je org mcm tu. Huhu.

Bila kerja F&B ni, kita kena sentiasa proaktif, kena sentiasa alert. Walaupun pekerja sikit, tapi kerja kena pantas. Mcm la game Diner Dash tu. Bila org ramai, makanya kena la kita laju kemas meja, laju amik order, laju hantar order. Pulak bila ada kawan kita yg tak datang, lagi la rasa perit. Service crew hanya 2 org utk layan pelanggan yg ada 50 org. Aku pernah merasa. Sila menangis. Huhu.

Tapi, ada untungnya keje mcm ni. Satunya, aku dpt makan sushi. hahaha. Aku ni hantu sushi sebenarnya, Kedua, aku dpt exercise. Hahahaha. Berat aku turun dari 57kg ke 47kg dalam masa 3 bulan. Hahahaha. Kurus kau. Boleh pakai jeans saiz 25, tapi pendek. Hahahaha. Dah mcm papan lapis dibuatnya.

Bila teringat balik kenangan ni, aku akan tersenyum. Kerja yg mencabar. Penat sebab nk layan kerenah org. Hehe. Tapi pengalaman yg berharga buat aku. Kerja ni membuatkan aku jd lebih cekap cuci pinggan, lebih cekap mengemas, lebih tak malu nk berinteraksi dgn org lain. Huhu. Sebab sblm ni, aku memang agak berat mulut nk bercakap dgn org yg aku tak kenali. Huhu.

Dimana pun kita cari rezeki, pasti ada pengalaman berharga yg kita akan pelajari. Hehe.

Tuesday, October 18, 2016

Ibu yg menyusukan anak.

Bukan mudah nak jadi ibu yg menyusukan anak secara ekslusif, lagi pulak bg ibu baru. Jika tak ada sokongan, jika tak ada semangat yg tinggi, memang akan kelaut la jadinya. Huhu. 

Cabaran? hmm. memang ada. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
  • Susu tak nak keluar
  • Susu sikit
  • Ahli keluarga yg sibuk suruh bg susu formula/botol
  • Puting merekah sampai berdarah
  • Tak berapa reti bagi anak susu badan
  • Tertekan/ tekanan masa dalam pantang
  • Rasa penat.

Hmmm. Setakat yg aku ingat, tu je la. Huhu. Aku masih lg berjuang utk jadi ibu yg menyusukan anak hingga umur 2 tahun, insyaalah jika diberi rezeki.

Friday, October 7, 2016

Budak Wicet

Zaman skrg ni, media sosial memang byk betul. Whatsapp, Telegram, Line, Facebook, Instagram, Tumblr, Imgur, Wechat.

Tapi yg paling aku tak boleh nk tahan adalah kemaraan Budak WeChat a.k.a Wicet.

Berpinau mata aku tgk bebudak ni guna perkataan bahasa Inggeris. Aku sebagai budak kampung yg bersusah payah nk menggilap keupayaan tatabahasa dan juga kosa kata bahasa inggeris aku, terasa amat sedih. 

Utk pengetahuan semua, aku ni budak kampung, yg lahir dari keluarga yg langsung tak tahu bahasa Inggeris. Jadinya, aku belajar bahasa Inggeris 100% dr sekolah, bermakna dari tadika sampai la ke alam universiti. Bermakna, aku kena banyak membaca, bukak kamus, bukak google translate utk pastikan perkataan yg aku guna tu betul, waima aku nak guna utk sembang sesaja dgn kawan-kawan aku sekalipun. Nampak macam mudah? Tapi sebenarnya tak pun. Kita taknak malukan diri sendiri, dalam masa yg sama kita taknak org yg membaca tu jadi salah faham, atau pun tak nak pihak yg belah sana ketawakan kita.

Tapi apa yg jadi dgn budak wicet  ni?

Malu aku tengok.

Bila kosa kata bahasa inggeris di'rogol' sesuka hati tanpa rasa bersalah. Nampak sgt mereka tak ada usaha utk pastikan perkataan yg mereka guna tu betul. Malah mereka boleh pula rasa bangga bila 'moment' atau status yg dimuat naik mendapat perhatian ramai. Alahai...

Jadilah bijak sikit. Jgnlah buatkan bangsa lain memandang bangsa melayu ni buta kayu dalam pelajaran. Cukuplah kita ni jauh ketinggalan dalam pelajaran, jangan dijatuhkan lagi martabat dan maruah kita. Rajin sikit la membaca, rajin sikit la buat ulangkaji, bukan asyik dok tengok cerita abang bomba, abang polis, abang pilot, abangla. Rajin la sikit baca bahan bacaan yg ada tatabahasa yg betul, kosa kata yg betul, supaya kita tahu nak perkataan apa yg sesuai dipakai, bukan main sembrono je. 

* Jadilah sedikit bijak*


Thursday, October 6, 2016

Bila sampai seru

Ini yg biasanya terjadi. Bila nampak hasil mengait orang lain, mula la rasa nak mengait. Bila nampak tote bag cantik, mula la nak jahit beg. Bila rasa telekung mcm nak kena tukar baru, mula la nak jahit telekung. Bila rasa baju kerja dah kurang, mula la nak jahit baju pulak. Bila rasa baju jalan dah kurang, pun mula rasa nak jahit baju jalan. Bila rasa baju jubah tak ada, mula la rasa nak jahit jubah. Bila rasa baju anak dah tak muat, mula la nak jahit baju anak pulak. Bila rasa seluar dah tak muat, mula la rasa nk jahit seluar. Bila rasa nak makan Melty Hersye, mula la nak buat. Bila rasa nak makan brownies, mula la nak bakar brownies.

Dan lain lain. 

Inilah 'bila' yg menyebabkan aku tersangkut sampai bila-bila. Hahaha. Berangan tu punya la besar, tp nak buat tu masih belum sampai masa lg. bukan sebab malas, tapi lebih kepada masalah pengurusan masa. Iyelah, sejak masih baru bergelar ibu, aku masih terkial nak uruskan masa utk anak, utk diri sendiri, utk keluarga dan juga utk suami. Masih terkinja-kinja lagi. Buat masa ni, masa utk anak tu yg mendominasi berbanding keperluan lain. Iyelah, masa utk makan dan mandi pun kadang-kadang terbabas, inikan pulak waktu tidur. Hahaha.

Tak pe la, baik aku cuba pelan-pelan. Semoga aku berjaya. Hahahaha.