Tuesday, August 25, 2015

Aku bukan Professor X

Aku bukanlah Profesor 'X' Xavier yg boleh membaca minda orang lain, atau boleh mempengaruhi minda orang lain. Aku adalah  manusia biasa, yg kadang-kadang tak faham dengan minda sendiri, ataupun malas nk guna minda sendiri, sebab aku kadang-kadang malas nk fikir. Hahahaha. 

Jadinya, aku amat marah dengan umat manusia yg memandu kereta, tapi tak suka guna signal. Aku tak tahu la dia belajar atau tak kegunaan dan cara guna signal dalam kelas memandu tu, dan aku tak tahu la macamana dia boleh lulus dalam ujian memandu. Benda yang mudah macam tu pun tak boleh nak hadam ke? Aku rasa, tu benda yg paling asas dalam memandu.

Pemandu yg macam ni, aku tak tahu nak masukkan dalam golongan ape. Mereka yg pasti bukanlah haiwan yg tak ada akal fikiran, sebab haiwan tak boleh memandu kereta. 

Selain itu, aku juga ada jumpa pemandu yang suka-suka tukar warna signal tu, jadi warna selain oren/kuning, iaitu warna asal. Ada yang dah ditukar jd putih, ada yang dah ditukar jadi merah. Kau rasa, orang boleh perasan ke dengan warna signal tu? Mestilah tak, sebab warna merah tu sah sama macam lampu belakang/ lampu brake, manakala lampu putih tu dah lebih kurang macam lampu mengundur. Ada fungsinya lampu signal tu warna kuning, iaitu utk membezakan lampu signal dgn lampu-lampu yg lain. Tak payah lah sibuk sgt nak solek kereta tu, sampai akal pun dah ditabur ke laut. 

Fikirkan lah keselamatan orang lain juga. Kadang-kadang, disebabkan orang-orang yg sebegini, jalan menjadi sesak, dan juga jumlah kemalangan meningkat. Mana tidaknya, kemain suka hati tukar lorong hingga pemandu di belakang terpaksa buat brake kecemasan. Bila kereta depan dah mula brake, reaksi berantai ni akan menyebabkan pemandu di belakang dan belakang dan belakang dan belakang akan mula brake. Tak ke jadi sesak lepas tu? Belum kira lagi org yg tak perasan org dihadapan brake, tau-tau je bumper hadapan kereta dah 'cium' bonet kereta orang lain. Pun buat naya gak. Huhuhu..

Oleh itu, gunakan lah signal tu. Signal dicipta bukan sbg hiasan utk mencantikkan kereta. Ia dicipta utk mengelakkan kemalangan. Jgn jadikan diri kita sbg punca masalah org lain.

Monday, August 17, 2015

Amik darah utk kahwin

" Sekarang ni, nak kawin pun kena amik darah?"

Itulah soalan yang aku dengar masa tgh tunggu giliran nak amik darah. Ye makcik, sekarang ni, nak kawin kena amik darah. Nak kawin, kena pergi kursus 2 hari dan kena bayar RM120. Nak kawin, kena interview kat pejabat agama. Bukan senang nak kawin sekarang ni. (Nangisss). Ok, sebab nak kawin, so kena ikut je la, tak boleh betah. Kalu betah, maunye aku tak kawin.(Nangis lagi panjang...)

Aku dah amik borang HIV test tu dah lama. Aku pun tak ingat aku amik bila, sbb dah lama sgt. Hahaha. Masa tu, akak aku pergi UTC Kotaraya, dengan tujuan nk bayar cukai pintu dengan cukai tanah. Dah alang-alang kaunter Majlis Agama Islam Johor tu da satu opis ( Kaunter Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah tu beza 3 kaunter je), aku pun gatal-gatal tangan pergi amik borang HIV.

Akak kaunter: " Dik, nak kawin ni bila?"
Aku: " Agak-agak dalam bulan 6 kot"
Akak kaunter: " Lama lagi ni dik. Tapi, kalau amik je, boleh je"

Padahal, masa ni tarikh nikah pun tak ada lagi. Huhuhuuhu. Gatal betul. Anak sape la ni....

Bila aku dah ditetapkan tarikh nikah aku, iaitu pada 6 Jun 2015, makanya aku perlu la bersusah payah untuk settlekan ujian HIV aku. Lagipun, ujian ni boleh diguna pakai selama 6 bulan. Ambil awal pun tak apa.

Pukul 9.00pg aku dah sampai ke Klinik Kesihatan Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah. Sampai awal, tp sebab parking tak ada, entah berapa kali aku pusing-pusing untuk cari parking. Dapat jugak la parking, tapi jauh ceruk, sampai aku jalan kaki dengan kelajuan cheetah pun, makan masa 10 minit. Huhuhu. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Sampai saja depan akunter, aku pun cakaplah kat akak misi kat situ yg aku nk amik ujian HIV.

Akak misi: " Pasangan mana?"
Aku: " Pasangan saya kat KL"
Akak misi: " Datang sorang?"
Aku: " A ah"
Akak Misi buat muka 'Oooooo..ok' sambil beri satu borang ala-ala borang HIV yg Majlis Agama Islam Johor punya, tapi yg ni ade gak borang utk rekod hospital, termasuk maklumat peribadi. Makanya, tulislah dengan gigih.

Huhuhuhuu.. Orang depan dan belakang aku semua datang dengan pasangan. Nak buat macamana, Abg Fairuz jauh kat KL sane. Takkan la aku nk paksa die dtg JB semata-mata nk amik ujian HIV
Dapat no. Huhuhu.
Bila da dapat no, benda pertama yg kena buat adalah bayar. Aku kena pergi kaunter bayar dan daftar, kaunter B. Ade la aku kena tunggu dalam 10 minit. Nak main internet, line macam siput. Makanya aku baca buku yg aku bawak, bertajuk ' Secret Diary of A New Mum at 40'. Kelakar la jugak. Hehehe. 

Lepas bayar, aku kena pergi ke kaunter H, utk ambil berat. Masa tu, berat aku adalah 60kg. Apa??? Beratnya aku. Huhuhuhu. Takpe la, baru la BMI aku sihat sikit. Sebelum ni aku selalu jatuh dalam kumpulan kurang berat je. Hahaha. 

Lepas tu, barulah aku kena pergi kaunter J. Kat situ, disediakan satu bakul utk letak borang HIV yg hospital dan juga pejebat agama bagi. Kad kesihatan yg warna kuning tu kena la pegang. Tunggu sambil tgk gelagat org. Lepas sorang, sorang keluar sambil tangan pegang kapas yg melekap kat lengan. Rasa seram la pulak. Huhu. Ramai rupenya orang yg nk ambil darah ni. Lebih kurang 15min tunggu, sampi giliran aku sampai. Aku kena g kaunter utk ambil kit HIV test dan juga satu tube darah. Aku disambut oleh akak misi yg tgh berbadan dua. Rasa amik darah? Macam kena gigit nyamuk. Sakit sikit je sbb akak misi tu pandai cari urat. Hahaha. Akak tu masukkan setitis  dua darah aku dalam kit HIV, selebihnya aku kena hantar darah aku pergi lab kat kaunter C. 

Cop yang aku dpt kat kaunter C
Tunggu punya tunggu, keluarlah keputusan darah aku. Yang ni, utk tgk aku ada talasemia ke tak. Aku tak payah susah-susah nak mintak, sbb mmg wajib kena amik. 

Lepas tu, kena la pergi jumpa doktor kat bilik 11. Punya la lama aku tunggu. Berakar aku tunggu. Sejam setengah. Dari bateri tab aku penuh, sampai nak habis sebab aku main game. Hahahaha. Bila sampai giliran aku jumpa doktor, tak sampai 5 minit dah selesai. Huhuhu. Alhamdulillah, aku sipi-sipi kena talasemia. Patutnya, bacaan MCH tu kena 26 keatas. Tapi aku punya 25.7. Doktor cakap, kira 26 terus. Huhu. Tak payah la aku kena buat ujian follow up. Doktor pun cakap, awak nak kawin cepat kan? kekekeke. Mana doktor tau ni?
Keputusan darah aku
Keluar dari bilik doktor, kena pergi semula kaunter J, utk amik keputusan HIV aku. Akak misi tu dah cantik2 masukkan dalam sampul surat yg dah diberikan Majlis Agama Islam Johor. Akak tu cakap, tahniah, dah boleh kawin. Kekekeke.. Legaaaaaa..



Tadaaaaaa.. Keputusan da kuar. Boleh selesaikan borang nikah..
Aku pun meneruskan perjalanan balik. Fuhhhh. Dari pukul 9 pg, lebih kurang pukul 12 baru aku balik rumah. Nasib baiklah tak melarat sampai petang. Maunye aku tidur mase tunggu giliran. Lepas ni, dah boleh siap-siap dokumen utk hantar kat pejabat agama. Ngeeee.

Tuesday, August 11, 2015

Aku Juga Tidak Sempurna

Baik.

Apakah definisi manusia yang baik?

Aku selalu terfikir-fikir bagaimana manusia mendefinisi baik itu. Aku selalu mendengar satu ungkapan.
" Awak orang yang baik."

Perlukah aku berbangga dengan kenyatan itu? Adakah itu satu pujian mahupun satu kejian? Baik itu tidak terdefinisi. Manusia hanya memandang yang pada luaran, bukan dalaman. Bagaimana baik itu ingin dikategorikan? Melakukan rukun Islam, melakukan perkara sunat, melakukan perintah Allah, meninggalkan perkara haram? Itu bukan bermakna baik, itu sudah semestinya tugas manusia sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Itu satu tugas, satu kewajipan, bukan satu pilihan. Adakah mematuhi dan menghormati ibu bapa boleh dikategorikan sebagai baik? Tidak juga, kerana ia adalah tugas dan bakti kita sebagai anak kepada ibu bapanya. Kita wajib untuk memantuhi mereka. Selain itu, berlaku baik sesama manusia dan makhluk? Pun  tidak juga, kerana kita memang dituntut untuk sentiasa berbaik-baik sesama makhluk, sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah di muka  bumi ini. Jadi, bagaimana masyarakat melabelkan baik itu?

Pada aku, manusia yang dikatakan baik, adalah manusia yang sempurna. Hanya Rasulullah sahaja manusia yang sempurna. Sedangkan sahabat Rasullullah yang kita sudah pandang mereka dengan pandangan yang mulia pun ada melakukan kesalahan. Jadi, bagi manusia akhir zaman seperti aku ini? Dimana baiknya?

Ada tikanya aku alpa dan lalai akibat hanyut dalam badai kehidupan duniawi. Kadangkala ku leka sendiri, sehingga lupa pada Sang Pencipta. Ada kalanya aku terlupa tujuan hidup sendiri. Kadangkala aku sendiri tenggelam dengan hasutan makhluk bertanduk disekeliling aku. Sukar? Itu lah dugaan sebagai manusia selagi bernyawa.

Jadi, untuk menghukum seseorang itu baik atau jahat, itu bukan kerja manusia, kerana hanya Allah yg mengetahui hakikat sebenar. 

*Ini adalah entry yg aku tulis pd 5 Mac 2012*

Thursday, August 6, 2015

Panjangnya Nama~

Hari tangan aku gatal untuk menulis, berkaitan nama.

Aku lihat, orang disekeliling aku mula meletakkan nama anak yang panjang-panjang, mega-mega. Jika panjang tapi mudah untuk disebut, itu dikira ok la juga. Tapi ada yang meletakkan nama anak yang sangat panjang, lepas tu kemain letak nama Arab,sampai lidah melayu aku pun tergeliat nak menyebutnya.

Keghairahan dalam meletakkan nama anak yang unik-unik, termasuklah meletakkan nama Arab yang 'vogue-da-bazz' sudah lama bermula. Rata-rata aku tanya kawan aku, nama anak selalunya unik, pelik, dan tergeliat lidah untuk dibaca. Memang benar sekarang ramai yang inginkan nama anak mereka  lebih berunsurkan islamik, tp adakah ia praktikal dgn lidah melayu kita? (Garu-garu kepala sikit)

Orang tua-tua selalu pesan, 
 "Jangan letak nama anak panjang dan susah, sebab kesian budak tu. Susah nak bawak nama."

Sampai sekarang aku masih tercari relevannya nasihat ini. Tapi pada aku, ada betulnya. Jika nama terlalu panjang dan sukar untuk disebut, tidakkah nanti nama anak yg elok, akhirnya dipendekkan kepada nama yg tak elok? Contohnya, Khadijah yg berubah kepada Kat, Muhammad yg berubah kepada Mat, dan macam-macam lagi. Itu belum kira lagi nama yg sukar untuk disebut oleh mereka yg berlidah melayu. Tergeliat dibuatnya. Takut bila disalah sebut, nama akan bertukar kepada maksud yg kurang elok. Nama tu kan satu doa juga. Huhu. Faktor lain? Bila nama itu disambung dari patah perkataan yg berbeza, ditakuti sambungannya tu tak betul dari segi bahasa. Kalau ikut bahasa melayu, nampak mcm sedap. Tapi dari segi bahasa arab, maksud nama sebenar dah lari dari asal tanpa kita ketahui. Huhu. Lagi bagus sebelum letak nama anak, rujuk dahulu org yg faham akan tatabahasa arab. Mungkin mereka boleh betulkan mana yg tak betul pd nama anak itu.
Jadi, nak letak nama anak, berpada-pada lah. Sedap tak semestinya bermaksud yg baik-baik. Jangan kerana nama anak org lain gempak, kita pun nak anak nama gempak. Kadang-kadang, keserdahanaan tu yg lebih cantik.

Monday, August 3, 2015

Terlajak Perahu boleh diundur~


"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya"
Aku selalu dengar peribahasa ini. Ia menunjukkan betapa pentingnya berfikir sebelum melakukan sesuatu. Setiap tindakan atau perkara yang kita lakukan atau ungkap pasti akan ada kesannya, baik fizikal mahupun mental. Seperti Hukum Newton yg ketiga, dimana ada tindakan,disitu ada tindak balas. Manusia, tidak lepas dari bertindak dan memberi tindakbalas. Namun kadangkala, ada ketika dan saat, emosi melebihi akal, terus memuntahkan apa yang terbuku di hati, tanpa berdiplomasi dengan fikiran yang terus menasihati. Selepas itu, barula rasa menyesal setelah amarah hati tadi reda.

Kadang-kala, kata-kata yang kita hamburkan tu amat tajam, sehingga melukakan hati orang lain tanpa kita sedar. Mungkin pada kita perkara itu perkara yg mudah, tp pada mereka itu sesuatu yg besar. Selain itu, ada juga kata-kata yg kita hamburkan itu, boleh menyebabkan berlakunya perbalahan. Tak kurang juga mereka yg pada niat asalnya memang mahu melaga-lagakan orang. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu, sebelum melakukan sesuatu, fikirkanlah akibatnya nanti. Buruk padahnya nanti