Tuesday, August 11, 2015

Aku Juga Tidak Sempurna

Baik.

Apakah definisi manusia yang baik?

Aku selalu terfikir-fikir bagaimana manusia mendefinisi baik itu. Aku selalu mendengar satu ungkapan.
" Awak orang yang baik."

Perlukah aku berbangga dengan kenyatan itu? Adakah itu satu pujian mahupun satu kejian? Baik itu tidak terdefinisi. Manusia hanya memandang yang pada luaran, bukan dalaman. Bagaimana baik itu ingin dikategorikan? Melakukan rukun Islam, melakukan perkara sunat, melakukan perintah Allah, meninggalkan perkara haram? Itu bukan bermakna baik, itu sudah semestinya tugas manusia sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Itu satu tugas, satu kewajipan, bukan satu pilihan. Adakah mematuhi dan menghormati ibu bapa boleh dikategorikan sebagai baik? Tidak juga, kerana ia adalah tugas dan bakti kita sebagai anak kepada ibu bapanya. Kita wajib untuk memantuhi mereka. Selain itu, berlaku baik sesama manusia dan makhluk? Pun  tidak juga, kerana kita memang dituntut untuk sentiasa berbaik-baik sesama makhluk, sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah di muka  bumi ini. Jadi, bagaimana masyarakat melabelkan baik itu?

Pada aku, manusia yang dikatakan baik, adalah manusia yang sempurna. Hanya Rasulullah sahaja manusia yang sempurna. Sedangkan sahabat Rasullullah yang kita sudah pandang mereka dengan pandangan yang mulia pun ada melakukan kesalahan. Jadi, bagi manusia akhir zaman seperti aku ini? Dimana baiknya?

Ada tikanya aku alpa dan lalai akibat hanyut dalam badai kehidupan duniawi. Kadangkala ku leka sendiri, sehingga lupa pada Sang Pencipta. Ada kalanya aku terlupa tujuan hidup sendiri. Kadangkala aku sendiri tenggelam dengan hasutan makhluk bertanduk disekeliling aku. Sukar? Itu lah dugaan sebagai manusia selagi bernyawa.

Jadi, untuk menghukum seseorang itu baik atau jahat, itu bukan kerja manusia, kerana hanya Allah yg mengetahui hakikat sebenar. 

*Ini adalah entry yg aku tulis pd 5 Mac 2012*

No comments:

Post a Comment