Tuesday, July 14, 2015

Khabar angin fuhhh fuhhhhh~

Dari mana datang khabar angin?

Bila orang sekeliling menyebarkan cerita berdasarkan andaian dan pendapat mereka semata-mata, tanpa bertanya perkara sebenar kepada mereka yang terlibat.

Sekarang ni, semakin banyak kahbar angin yang tersebar. Lepas satu, satu. Orang buat andaian sebdiri, lepas tu sebar dalam FB. Lepas tu, kawan die share post tu, pastu kawan kepada kawan dia pun share, pastu kawan kepada kawan kepada kawan die pun share. Makanya cerita ' yg nampak macam betul tapi sebenarnya tak' tu pun tersebar. 

Selalunya cerita ni ada yang elok, ada yang mengaibkan, ada yang mengundang kesedihan. Macam yg terjadi pd aku, kisah kematian arwah abah. Perkara yg sebenar, arwah abah meninggal dalam tidur disebabkan sakit jantung. Cerita yg tersebar? Arwah abah meninggal jatuh dalam bilik air la, arwah abah meninggal kat hospital la, dan amcam-macam lagi. Dari siapa berita ni? Wallahualam. Aku pun tak tahu.

Contoh lain, baru-baru ni viral kisah budak hilang ketika pulang dari sekolah. Yang ditulis dalam FB oleh mereka yg suka membuat andaian sendiri adalah, kerana budak ni didera oleh ibu asuhan. Maka tersebarlah berita ini seluruh Malaysia, sedangkan ibu asuhan ini sangat sayangkan budak ini seperti anak sendiri. Bila disiasat, rupa-rupanya budak ni dibuli di sekolah. Dia melarikan diri kerana ketakutan. Si ibu asuhan ni merasa sedih atas tuduhan rakyat malaysia keatas dirinya. Tengok? Apa yg telah berlaku di sini?

Makanya, sebelum nak sebarkan apa-apa berita, selidiklah dahulu dari mana sumbernya. Bukan main share. Jika kita share, maka kita juga harus bertanggujawab atas kesannya.

Monday, July 13, 2015

Masakan tempua bersarang rendah

Peribahasa 
Jikalau tidak ada mengada, masakan tempua bersarang rendah.
Takrif
Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
 
Semua yg berlaku, ada sebabnya. Sama ada kita tahu atau tidak. Semuanya ada hikmahnya.
Jika kita ambil positif, maka perkara itu akan jd positif. Jika sebaliknya? Fikirkan lah sendiri..

Wednesday, July 1, 2015

Gedung Ilmu yang tertimbus di sebalik timbunan buku

Membaca memang penting. kalau nak tambah ilmu pengetahuan, semestinya perlu membaca. Bak kata pepatah, 'Membaca itu jambatan ilmu'. Saiz jambatan tu semua bergantung kepada berapa banyak buku yang dibaca. Kalau setakat sehelai dua, alamatnya jambatan tu setakat panjang titi longkang je la. Tapi kalau buku yang dibaca tu berjuta-juta lemon, saiz jambatan tu mungkin akan melebihi panjang jambatan emas yang menghubungkan antara Melaka dan Gunung Ledang.


Aku memang suka membaca. Dari mula aku pandai membaca, sampai aku dah tak mampu nak membaca sekarang ni (bukan sebab rabun dekat macam nenek-nenek,tapi sebab kekangan masa yang mencengkam). Bukan setakat baca buku, baca artikel, blog, cerpen, sampai keratan surat khabar kat pembungkus nasi lemak pun aku baca. Minat membaca aku bermula di darjah dua. Aku mula lancar membaca ketika darjah dua. Terima kasih kepada sahabat baik aku, Saifullah Muzakir yang juga bakal doktor pakar neuron tak lama lagi, sebab nak berlawan dengan dia dulu, aku berusaha melancarkan pembacaan aku, dan dia juga banyak membantu aku. Cewahh.

Membaca ni banyak membuka minda aku. Bila kita membaca bahan bacaan yg berguna dan berfaedah, maka banyakla ilmu yang kita dapat. Ada kalanya aku ada juga baca komik, selalunya ketika fikiran aku agak serabut, dan aku berada dalam mode santai.

Sudah lama aku tak membaca novel. Bukan kerana sudah tak minat, tetapi kerana jalan cerita yang sama, terlalu klise dan terlalu tak masuk akal. Tak lupa juga jalan cerita yg terlalu keanak-anakkan (mungkin sebab aku makin tua. Hahahaha) Penulis novel ni harus menghasilkan sesuatu yg lebih berkualiti, seperti novel tulisan Ramlee Awang Murshid, bukannya cerita tentang suamiku, suamiku, dan suamiku, macam kau je yang ada suami, aku tak ada. Huuuu. 

Zaman teknologi, maka bahan bacaan tu lebih meluas. Jika sebelum ni, perpustakaan pasti menjadi pilihan aku utk membaca buku. Tapi kini, segalanya di hujung jari. Cuma aku sebagai wanita dewasa yang matang, aku boleh memilih bahan bacaan apa yang berguna kepada aku. Mana yg tak berguna, boleh diletak tepi.

Selain tu, aku suka membaca blog, kerana aku suka baca kisah hidup dan pengalaman orang lain. Selain itu, aku suka lihat cara penulisan mereka. Setiap penulis ada cara mereka tersendiri. Sedikit sebanyak ia membantu aku untuk lebih mengenali ragam manusia.

Membaca tu, akan banyak membantu kita kelak. Mungkin sesetengah org menganggap ilmu itu remeh, membaca itu remeh, tetapi ingatlah, wahyu pertama yg diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah...

' Bacalah'