Aku nak buat checklist, apa sebab perut cepat buncit.
1. Rajin minum air bergas
Air coca cola, paip besi, mirinda, dan segala air gas yg ade. Ada yg minum mcm air masak, laju semacam je. Kan air gas tu penuh gas, mestila lagi byk minum, lg byk angin dlm perut, lg buncit. Lagi pulak air gas tu penuh dgn gula. Gula??? Hmmm.. lagi senang la lelemak tu nk berkumpul.
2. Pinggan besar
Apa kaitan antara pinggan besar dgn perut buncit? Sebab bila pinggan besar, maka lagi byk boleh kita letak, lg byk lauk, lg banyak makanan. Maksudnya, kita akan makan lebih byk dr apa yang kita perlu, lebihan lemak tu akan berlaku. Iye la, badan hanya perlukan semangkuk kecik, tp kita makan sebesen besar. Mananye tak berlebihan. Untuk elak makan berlebihan, makan la guna pinggan yang kecik, jadi automatik kita hantar isyarat kat badan " Jgn makan byk". Jadinya, bila kita makan sikit, dah terasa kenyang.
3. Makan lewat malam
Makan berat sebelum tidur. Habis nasi beryani sepinggan besar dimakan sebelum tidur. Memang la kajian cakap masa tidur, badan kita akan bakar lemak juga. Tapi bukannya bakar mcm dlm oven tu. Pembakaran lemak tu ciput je, cukup untuk pastikan badan kita sentiasa panas. Lagi pulak, bila kita terus tidur lepas makan, tarikan graviti yang sebelum ni membantu makanan tu turun ke perut dan ke usus, akan terganggu. Itu yang kadang-kadang bila bangun tidur, akan rasa pedih ulu hati dan angin menari-nari dalam perut. Elakkan la makan berat sebelum tidur. Kalau nak makan jugak, makan sebelum 4 jam tidur. Makan makanan yang ringa mcm snek dan buah-buahan. Atau makan makanan yang mudah dihadam.
4. Makan tanpa kawalan
Takkan nak cakap makan secara membabi-buta plak kan? Tak elok tu. ish ish ish... Makan secara tak terkawal. Bila sedih, makan. Bila tertekan, makan. Bila susah hati, makan. Makan, makan dan makan. Kadang-kadang, ada sesetengah orang, bila dia rasa sedih, dia akan makan dengan jumlah yg banyak, dengan harapan makanan tu dapat hapuskan kesedihan dia. Hmm.. makan bukan boleh sembuhkan kesedihan, Makan berlebihan hanya sebabkan perut memboyak. Kalau sedih, elakkan makan je. Cuba sesuatu yang menggembirakan, macam pergi melancong, atau keluar dgn kawan-kawan. Rasanya itu lg berkesan dr makan.
5. Makanan rendah lemak
Aik? Bukan ke makanan rendah lemak tu, rendah lemak? Memang la, tp selalunya dalam makanan rendah lemak ni, lg byk penyebab berkumpulnya lemak. Sebabnya, biasanya dalam makanan tu akan dicampurkan gula bertujuan utk memaniskan makanan tu. Ish ish ish. Makanya, lg byk gula, lg senang lemak tu nk berkumpul.
6. Tak cukup tidur
Tidur tu penting. Tidur tu merehatkan badan. Bila badan kurang rehat, makanya level kortisol (hormon stress) akan meningkat, buatkan kita terasa nak makan benda yang bergula. Bila stress, sistem badan kita akan terganggu. Tak elok mcm tu. Pastikan tidur dan rehat tu cukup, sekurang-kurangnya hormon stress tu takde la selalu sgt berkunjung tiba. Lagi pun, rehat yang cukup akan membolehkan kortisol stabil, selain meningkatkan penghasilan leptin, iaitu hormon yang mengawal selera makan.
7. Kekurangan protein
Protien penting untuk badan. Bila protein dalam badan meningkat, maka kita boleh seimbangkan kandungan gula dalam darah, dan mengurangkan penghasilan insulin dalam badan, seterusnya akan meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu, protein dapat membantu mengawal hormon yang meningkatkan selera makan. Haaaa....boleh la slim secara semulajadi kan? Sila google makanan yang berprotien tinggi dan rendah lemak. Moga-moga cepat kurus. Kekekeke.
8. Cara hidup.
Cara hidup? Ye la, bangun je tidur, duduk kat sofa, tgk tv, makan, tidur, tgk tv, makan, tidur. Senam? ada? Macamane la nak hilang lemak kalau nak keluar peluh pun malas? Sayang bebenar dgn lemak tu~ Kalau malas nk bersenam pun, bykkan la berjalan atau bergerak. sekurangnya, apa yang kita makan tu dapat la juga digunakan dgn sebaiknya.
9. Keturunan
Ada org, makan macam bela saka pun tak pernah naik badan. Ada org, makan lebih sikit dah naik berkilo-kilo. Kita tahu badan kita sendiri, jadi kita sendiri cari cara nk kurangkan lelemak badan tu, lebih-lebih lagi kat perut. Jika badan kita berbentuk buah pear, lelemak lebih cenderung berkumpul di bahagian bawah badan, cth macam kat peha. Itu yg dpt peha mcm ayam kepci tu. Kalau badan berbentuk buah epal, tu yang perut terboyot-boyot tu.
10. Garam
Makan garam berlebihan pun boleh sebabkan lelemak tu berkumpul. Memang kita tak makan sesudu garam secara terus, tapi garam tu ada dalam makanan yang kita makan, mamcm cikedis, megi, keropok dan makanan ringan yang lain. Terlebih makan garam boleh sebabkan badan kita sembap dan bengkak. Kurangkan garam, lebihkan rempah dan makanan yang boleh cepatkan kadar metabolisma, mcm lada, cili padi, kulit kayu manis. Haaa.. tapi jaga-jaga, terlebih makan, maunye buat lawatan sambil belajar ke tandas. Kalau nasib tak baik, terus ke klinik.
11. Sarapan
Sarapan tu penting. Sarapan tu la yang akan tingkatkan metabolisma badan dan stabilkan kandungan gula darah, selain bagi tenaga pd kita sampai tengahari. Pastikan sarapan tu tinggi protien dan serat, lepas tu tak ada la tetiba nk makan cekelat plak.
12. Makan 3 kali sehari
Ingat cara makan ni berkesan ke? 3 kali je makan? Biasanya kena lebih. Lepas sarapan pagi, ada minum pagi. Bukan bermakna kena makan berat, tapi makan kudap-kudapan yang sedikit mengenyangkan, mcm kekacang. Kadang-kadang, bila kita tak cukup makan ni, kita akan makan secara berlebihan, sebab rasa tak cukup.
Haaaa.. banyaknya penyebab perut buncit dan pengumpulan lelemak. Ini semua aku dapat ehsan dari google. Hahaha. Letih rasenye membaca. Tapi perasaan nk leperkan perut tu yang buatkan aku gigih mengoogle. Lepas ni,aku nak cari cara mengempiskan perut pulak~
No comments:
Post a Comment