Sejak akhir-akhir ni, aku ada masalah. Masalah berat badan dan juga perut yg agak kedepan (ish ish ish). Makanya, aku mula korek dekat internet cara-cara menurunkan berat badan. Kebanyakannya aku terjumpa pasal lemon. Kenapa dengan lemon? Sebab lemon mampu membakar lelemak. Bukan bermakna minum lemon je dah boleh turn 10kg, tp lemon tu sekurang-kurangnya mampu membantu pembakaran lelemak tu. Macam yg kite tahu, lemon tu bagus untuk turunkan berat badan. Lemon ni digunakan untuk buang toksik dalam usus, perut dan badan. Lepas minum, memang akan berpeluh, walaupun masa tu hari sedang hujan.
Ada satu resepi yang aku jumpa ni, resepi ni dipanggil resepi Beyonce. Beyonce? Alaaaa, Beyonce Knowles yg nyanyi lagi Single Ladies tu. Tak tahu? pergi google. Hahaha. Dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 36kg lepas bersalin hari tu. (Muka terkejut!!). Diet ni akan guna lemon sepenuhnya. Diet ni juga dipanggil ' Pembersihan dengan lemon' atau ' Cleansing with Lemon'. Kelakar pulak bila aku translate jd bahasa melayu.
Ni Bahan-bahannya:
8 cawan air
Pati dari 6 biji lemon (perah ek, jgn tak perah)
1/2 cawan madu
10 helai daun mint ( ataupun sesuka hati nk letak berapa banyak)
Beberapa ketul ais (Iceberg?)- ais ni untuk memudahkan lemak dibakar. Bila air tu sejuk, badan akan guna lebih tenaga untuk panaskan badan.
Panaskan air, tp jgn sampai menggelegak. Agak-agak dalam 60 darjah celcius. Tak ada termometer? Bila panaskan air, nampak macam dah ada arus panas ke atas, sejuk ke bawah. Haaa. Mcm tu. Masukkan semua bahan yg ada, lepas tu simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Lepas tu, kacau, dan sedia untuk diminum. Bila nak minum, baru la letak ais.
Air lemon |
Sebelum sarapan, minum air lemon ni segelas. Sarapan tu mesti makan buah-buahan. Pukul 11 pg, minum lg segelas, sambil makan beberapa biji badam sebagai snek. Bukan sebungkus badam yg 500g tu ek. Tu bukan dipanggil snek, tu da dipanggil 'mentekedarah'
Salad utk makan tengahri. Makan ni je, mampu ke? |
Untuk tengahari:
Telur rebus, salad yg dicampur dgn minyak zaitun dan cuka epal. Hmmm.. itu semua bahan yg membantu pembakaran lemak
Pukul 4 petang, minum segelas air lemon, dgn buah-buahan.
Untuk makan malam, cari la ikan atau ayam panggang. Bukan makan seekor ayam ye, agak-agak sikit. Hahaha. Jangan lupa salad.
2 jam sebelum tido, minum lg segelas air lemon.
Haaaa.. mampu ikut? Bab minum air tu aku tak ada masalah. Tp, bila bab makan tu, aku lemah sikit. Perut melayu aku akan meronta-ronta mintak nasi. Huhuhuhuu. Tapi, air lemon ni sebenarnya kita boleh gunakan untuk buang segala toksik dalam badan. Kalau nk buang toksik, pastikan air ni dihabiskan dalam masa sehari. Minum sekurangnya 5 hari berturut-turut. Lagi satu, pastikan jgn makan benda yg merepek. Cikedis, gegula, coklat, sila kurangkan. Lagi satu, makanan berminyak. Perlu la dikurangkan. Huuuuu..
* Nasi beryani, nasi goreng ikan masin, nasi ayam, mee kari.. arghhhh.. bagaimana aku bisa melupakanmu???*
gegambar sume dirembat dr pak cik google
No comments:
Post a Comment