Saturday, January 18, 2014

Masalah di FB

Naik satu status di FB..

" Sedihnya hari ni""
Bila ditanya, "Kenapa?"
Akan ditulis jawapan " Tak nak cerita"

Naik status di FB..
" Sila doakan kesihatan isteri saya" sambil dimuatnaik gambar tangan isteri yang dicucuk jarum kerana dimasukkan air & gambar balang yang berisi sample darah.
Bila ditanya " Sakit apa?"
Akan dijawab " Sakit biasa-biasa sahaja" ataupun " tak sakit apa pun"

Hmmm...

Akhirnya aku tertanya,

Apakah yang ingin disampaikan? Jika mereka tidak ingin orang bertanya hal mereka, mengapa harus di naikkan status yang sedemikian rupa? 

Setiap orang ada cara mereka sendiri. Mereka tidak mahu orang lain mencampuri urusan kehidupan mereka. Mereka juga tidak mahu sesuatu perkara itu diketahui umum. Namun, dengan mempamerkan status sedemikian rupa, secara tidak langsung mereka telah membuka ruang bagi orang lain untuk mengetahui sedikit sebanyak rahsia kehidupan mereka. Oleh itu, jangan tulis status jika tidak ingin orang lain bertanya "Kenapa?"

* Pada aku, tiada istilah 'tak ada apa' bila kita menulis status di FB.*

No comments:

Post a Comment