Sejak nak tahun baru cina ni, berkoyan-koyan limau aku dapat. Memang banyak, sebab company cina. Dalam syok-syok aku mengunyah tu, ada la dapat pelbagai jenis limau.
Kriteria limau:
- Masam
- Manis
- Pahit
- Kulit licin
- Kulit menggerutu
- Kulit tebal
- Kulit nipis
- Isi tebal
- Isi nipis
- Bla bla bla
Macam-macam kombinasi boleh berlaku. Contohnya, kulit limau licin, tapi rasanya masam, kulit limau menggerutu, tapi rasanya manis, kulit limau tebal, tapi rasanya masam manis, dan macam-macam lagi.
Macam tu juga manusia. Ada pelbagai rupa, ada pelbagai ragam, ada pelbagai perangai. Ada yang cantik diluar, cantik didalam. Ada yang biasa-biasa sahaja. Ada yang budi bahasa tak seindah rupa, ada yang hipokrit cap plastik, dan macam-macam lagi.
Oleh itu, kena juga kita ingat, tak semua orang yang nampak jahat tu, perangai dia tak elok. Dan ada juga orang yang nampak elok itu, hatinya juga elok. Ada masanya, kita kena jadi berfikiran optimis & positif, dan ada kalanya kita kena berfikiran paranoid & negatif. Kita perlulah seimbangkan segalanya.
* Don't judge a book by it's cover, don't judge an orange by it's peel*
No comments:
Post a Comment