Tuesday, January 21, 2014

Macam ni ke pujuk?

Semalam bertelefon dgn abg Fairuz yg nun jauh di KL. Sambil berbual bertanya khabar dan aktiviti harian,tetiba keluar cerita sambal. Katanya, yg pertama mestilah emaknya, kedua kakaknya, dan yg ke tiga adalah adiknya.  Makcik sambal kat rumah dia tangga ke 4. Aku? Perlu berusaha lagi untuk menduduki tangga ke 40. Mak cik sambal pun rangking lg tinggi dr aku?? Cehhhhh..

Terus kecik hati.. Merajuk kejap. Senyap kejap.

" Yela yela,saya taknak masak sambal lg."

Itu ayat merajuk namanya.

" Abang taknak hubungan kita berdasarkan pura-pura. Kalau abg ckp kena usaha, maksudnya kena usaha lagi. Abang tak suka menipu. Nak ke hubungan kita berdasarkan benda yang palsu?"

Aku senyap. Mesti la tak nak. Tapi...Aku dah kecik hati. Sebenarnya tak la kecik hati mana. Saja je.

" Tengok Abang,kalau abang suka kentut bersepah, abang kentut je, xda cover-cover. Tu hipokrit namanya"

Terus terburai ketawa aku..

Itu la cara aku dipujuk. Abg Fairuz bagi aku gelak, tu je cara dia. Tak ada ayat romantik,sbb kalau tunggu, 10 tahun pun belum tentu ada.. Hahahaha..

*  perempuan tu kuat rajuknya. Lain orang, lain cara pujuknya*

No comments:

Post a Comment