Wednesday, December 25, 2013

Hujan dan banjir (Bahagian II)

Hari tu, aku ada post pasal banjir di sini.

Kali ni, rumah aku pula dinaiki banjir.

6 Disember 2013

Hujan lebat di opis. Selebat-lebatnya. Aku lihat hujan yang menderu turun sangat menggerun kan. Tiba-tiba, aku terima panggilan dari adik, 

" Uda, rumah banjir!"

Dalam keadaan hujan lebat, aku redah juga untuk pergi ke kereta. Aku bergegas memandu ke rumah. Dalam perjalanan pulang, pelbagai benda yang bermain di fikiran. 8 Disember 2013 nanti, emak saudara aku akan bernikah di rumah aku. Aku mula risau.

Sesampai sahaja di kawasan rumah, ini yang aku lihat:


Dah tak nampak mana satu jambatan, mana satu longkang, mana satu jalan raya.

Kesian ayam aku yang dalam sangkar tu..uhuk.. T______T
Air yg melimpah dari sungai sebelah

Sungai sebelah

Air dah mula menutupi laman rumah. Dengan berbaju kurung, aku berlari dari balairaya yg lebih tinggi (utk letak kereta) terus ke rumah. Aku dah mula terbayang ayam aku.. Aku terus alihkan ayam aku ke tempat yang lebih tinggi. Gigih aku tarik sangkar dia, takut hanyut dia, kesian. Kemiudian, aku masuk ke rumah.

Air naik kat dapur sahaja, paras buku lali

Bilik air yg dipenuhi air
Nasib baik la air hanya naik separas buku lali. Hanya kawasan dapur sahaja yg terlibat. kawasan lain semua masih kering dan terselamat. Rumah jiran aku dinaiki air hingga paras lutut. 

Rumah jiran aku

air yg naik di kawasan tepi dapur
Masa aku sampai. kelihatan emak saudara aku yg akan menikah pada hari ahadnya tu sedang menggunting lada kering untuk dikisar. Hmm.. nasib baik air tak naik lagi. Selepas sejam kemudian, air semakin surut, dan akhirnya aktiviti mengemas bermula.

Akhirnya, dua jam selepas aku tiba di rumah:

Licin dapur sudah dibersihkan
Berkilat lantai dapur setelah dicuci & dimop. Banjir ni diakibatkan oleh air pasang besar (yg pasti akan berlaku pada bulan 12) dan juga hujan yang turun lebat secara serentak. Bila hujan sudah berhenti dan air telah surut, keadaan pulih seperti biasa. Selepas itu, aku kembali ke opis seperti biasa..

Alhamdulillah, tiada apa yang rosak, tiada apa yang hilang. Ini dugaan Allah turunkan pada kami. Baru air nak hingga buku lali pun kami dah bimbang, inikan pula air yang naik hingga paras bumbung. Bagaimana la perasaan mangsa banjir itu semua.

Wednesday, December 18, 2013

JB-KL

Jarak jauh. KL-JB..

Tengok kawan-kawan pergi keluar berjalan-jalan tiap-tiap hujung minggu, pergi makan lepas balik kerja, keluar makan tengahari sama-sama. Hmm.. nak gak merasa..

Kalau nasib baik, dapat jumpa tiap-tiap hujung minggu. Kalau nasib kurang baik, jumpa lepas 2 bulan. Skype, whatsapp, sms, FB jadi penghubung.

Awak makan apa hari ni? Awak tengah buat apa? Sibuk hari ni? Banyak kerja ke? Nak pergi mana lepas ni? Sihat? Awak dah bangun?
- Itu soalan yang lazim diutarakan.

Orang cakap, jangan bercinta, terus je kawin. Tapi....... lagi senang cakap dari nak laksanakan. Banyak yang kena fikir, banyak yang kena diambil kira

 Aku pernah cakap:
" Kita long distance la dulu lepas kawin dalam 2-3 bulan, sampai saya dapat kerja"

Masalahnya, masa belum kawin pun da macam gini, kalu dah kawin? Entah-entah tiap-tiap hari merengek menangis.

Aku memang tabik kat kawan aku yang dah berkahwin jarak jauh lebih dar 3 tahun. Suami kat Jerman, isteri kat India. Jumpa? 6 bulan sekali. Kuat betul semangat diorang..

Apa yang boleh dibuat sekarang?

Berdoa, utk kesejahteraan dia, utk dipermudah segalanya, untuk kekal insyaallah hingga ke syurga bersama keluarga tercinta..

* Sabar ye, hati. Panjang jodoh, panjang umur, tak payah rindu-rindu lagi. Aku yang terbang terus tinggal kat sana*

Tuesday, December 17, 2013

Tunang ke nikah ni?

Selalu tak kita terkeliru:

" Eh, ni tunang ke nikah?"

Pada aku, sekarang ni majlis tunang dah macam majlis nikah, cuma tak ada tok kadi je. Siap dengan pelamin, jurugambar, khemah, goodies, dan macam-macam lagi. Dah jarang aku jumpa majlis macam dulu-dulu, bila tunang, bakal mak mertua masuk bilik sarung cincin je. Dah jarang sangat. Dalam 10 kawan aku tunang, sorang je yang macam ni.

Bila ramai yang dah buat macam ni, lama kelamaan ia akan jadi kebiasaan. Masing-masing bila nak bertunang, terpaksa keluar duit beribu-ribu untuk tunang. Ada je orang yang aku kenal sanggup berhutang untuk majlis tunang saja. Itu belum majlis kawin. Bila nak bertunang, terpaksa ada pelamin, ada khemah, ada jurugambar, ada hantaran mahal. Lama kelamaan, semuanya akan jadi kebiasaan. Mula la Mak Bedah, Mak Senah, Mak Joyah dan Mak Gayah mula membandingkan majlis tunang anak si polan dengan si polan. Anak orang ni majlis macam ni, orang tu majlis macam tu. Mula la berdentam-dentum telinga tuan rumah mendengar umpatan wartawan cap ayam hilang ekor ni. Bila ada mak ayah yang terpengaruh dengan wartawan tak berbayar ni, mula la mereka menyuarakan pendapat yang sama keada anak-anak hingga anak-anak yang memang nak buat simple, terus tak jadi simple. T________________T

Memang betul orang selalu cakap, ikut kemampuan. Kalu mampu setakat buat kenduri doa selamat, itu je la yang boleh dibuat, kan? Tapi, pada aku, persepsi masyarakat tentang bertunang perlu nampak grand adalah sgt tak betul Cuba kita amik contoh org barat, pertunangan mereka sangat simple, hanya perlu lelaki bagi/ sarung cincin ke jari perempuan, tadaaaaa. Da bertunang da. Yang mereka tumpukan adalah majlis perkahwinan mereka. Macam tu juga adat melayu dulu-dulu. Pihak lelaki datang dalam 10 orang, bakal mak mertua sarung cincin, tadaaaa.. da bertunang. Jamuan pun setakat untuk beberapa org saja. Sepatutnya, yg perlu dihebah adalah pernikahan, bukan pertunangan.

Oleh kerana semakin ramai yang merumitkan keadaan, maka semakin ramai yang tersepit. Persepsi ringkasnya majlis pertunangan tu dah berubah. Mesti kena ada ni, mesti kena ada itu. Kawan aku ada ni, kawan aku buat tu, mesti kena ada. Akhirnya, mereka sendiri pening kepala. Kalau orang dulu-dulu, yang dipeningkan kepala adalaha bagaimana nak sambut tetamu belah lelaki, cukupkah makanan dan sebagainya, yang mana lebih tertumpu kepada menyambut tetamu. Tapi kini, mereka pening kepala memikirkan pelamin, baju, goodies dan juga jurukamera. Tak ke itu dah menambah beban di kepala?

Terpulang kepada individu itu sendiri, nak yang ringkas dan mudah, atau pun nak yang susah dan memeningkan kepala. Terpulang kepada kemampuan masing-masing. Jika mereka rasa mampu dari segi tenaga dan kewangan, apa salahnya? Tapi jangan sesekali merasakan perkara-perkara remeh temeh tu sebagai perkara wajib yang memeningkan kepala, Apa yang penting, tujuan majlis pertunangan tu diadakan.

* Aku orang yang simple dan pemalas. Aku tak suka serabutkan kepala dengan benda yang tak perlu. Oleh itu, boleh diagak la majlis aku nanti macamane..*

Tuesday, December 10, 2013

Hati Kertas

Hati ni macam kertas
Kalau dah direnyuk,
Walau bersusah payah sekalipun kita cuba licinkan semula kertas tu,
Pasti takkan sama macam asal
Pasti ada kesan..
Jika dah berkali direnyuk,
Pasti kertas takkan dapat kembali ke bentuk asal
Renyuk semuanya

Hati ini macam kertas
Kalau dah dikoyak
Walaupun kita berjaya tampal cebisan demi cebisan,
Kesan koyak tu tetap nyata, takkan bercantum semula
Kalau dah berkali-kali dikoyak
Pasti kertas takkan dapat dicantum semula
Pasti ada cebisan yang akan tercicir, yang tertinggal
Walau dapat dicantum, pasti dia ia takkan sama seperti dahulu

Macam itu juga hati
Kalau dah berkali koyak,
Kalau dah berkali berdarah
Ia takkan kembali kepada asal
Perasaan tu takkan sama
Pasti ada yang tertinggal di sana sini
Walapun lukanya dah tak ada,
Tapi parutnya masih ada.
Jika luka yang lama ditoreh lagi dan lagi,
Pasti darah yang keluar mengalir takkan berhenti
Pada waktu itu
Jangan diminta diputarkan semula masa
Kerana hati itu sudah mati..

* Jagalah hati orang yang kita sayangi. Jangan sesekali koyakkannya. Walaupun pada kita benda tu simple saja, tapi pada hati orang lain, kita tak tahu. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang dah diberi, sebab pasti suatu hati nanti, rasa percaya itu akan lenyap begitu sahaja*

Thursday, December 5, 2013

Hujan dan banjir

Hujan dan banjir....

Hujan itu rahmat,
Banjir itu dugaan.
Jika bersabar,
Insyaallah, ada berkatnya,
Jika redha,
Insyaallah,
Ada rezeki yang akan muncul tak lama lagi.

Jangan pernah mengeluh.
Mungkin ia kifarah dalam  menghapuskan dosa-dosa kita.

Memang sukar, memang payah,
Namun, kita sebagai manusia tidak terdaya menghalangnya.
Panjatkan doa kepadaNya, agar segalanya akan pulih seperti sedia kala.
Jangan pernah putus asa, jangan pernah rasa tak rela.
Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Besar..
Rezeki itu rahsia yang tersimpan rapi,
Dugaan datang itu memang pasti..

Insyaallah, segalanya akan baik-baik sahaja..

* Alhamdulillah, rumah aku tak mengalami banjir, Hanya hujan yang kerap. Tapi, rumah sedara mara aku kat Kuantan & Endau semua ditenggelami air*

Wednesday, December 4, 2013

Dulu buruk, sekarang trendy

Cermin mata & braces.

Dulu, orang yang pakai cermin mata dipanggil nerd, org yang pakai pendakap gigi atau braces dipanggil gigi besi. Orang akan panggil si pemakai ni 'kurang menarik' berbanding orang normal biasa. Sampai ada kawan aku yang malu utk bercakap sebab dia pakai braces, dan kawan-kawan ejek dia tiap-tiap hari..

Kesian die..

Sekarang, pemakaian braces dan cermin mata dah jadi trend. Sampai ada jual braces palsu utk disangkut kat gigi! Aikk? Lagi satu, siap ada pulak anak muda remaja yang pakai cermin mata yang tak bercermin?? Lagi pelik dibuatnya. Semuanya atas alasan fesyen.. Ish ish ish.. Pelik la diorang ni. Kalau dah kena pakai cermin mata, dah rabun, sibuk pulak nk buat lasik (laser mata) utk hilangkan rabun.

* Tak faham dengan definisi fesyen budak remaja sekarang*

Tuesday, December 3, 2013

Nota kecil untuk hati

Sabar lah wahai hati..

Tabahlah kau disisi..

Janji-Nya itu pasti..

Jika tak esok, mungkin lain kali.

Jika tidak di sini, mungkin di syurgawi nanti..

Jika bukan sebagai permaisuri hati, mungkin sebagai bidadari..


Monday, December 2, 2013

Bagaikan Permata

Wanita yg bagaikan mutiara itu menjadi dambaan setiap insan.
Sukar di dapati,
Dijaga rapi di dasar laut oleh sang penjaga
Hanya yang layak sahaja yang akan mendapatnya..
Wanita ini menyimpan rasa hati tanpa ada yang tahu,
Wanita ini menjaga tingkah laku,
Wanita ini tahu apa yang perlu..

* Diri ini tak layak menjadi seperti wanita ini * 

Bilakah sampai masa itu?

Bilakah sampai masa itu?
Masih menunggu, menanti di sini.

Aku tahu..
Keputusan itu sukar untuk diambil.

Aku tahu,
Masih ada yang lebih baik diluar sana

Aku tahu,
Masa lampau masih lagi menghantui.

Aku tahu,
Hatinya masih berteka teki lagi.

Adakah diri ini juga perlu terus berteka-teki?
Adakah diri ini perlu terus menanti?

Diri ini masih lagi sabar menanti...

* Sabar menanti sejak dari dulu lagi*

Corak di atas kain

Anak yg lahir itu suci..
Ibu bapa yang melakarkan corak
Anak yang mewarnakan..
Tiada istilah, dimana tak tumpah kuah jika tak ke nasi, jika kuah dan nasi tidak pernah bertemu, tidak pernah serasi.
Jangan dipandang hina anak yang diluar ikatan,
Kerana mereka tidak tahu apa-apa.
Jangan dianggap diri itu bukan pendosa,
Kerana kita bukan kekasih Allah yang maksum sentiasa.

Anak itu suci bersih, kita yang melakarkan.
Jika bercorak bunga, maka bunga la yang terlakar.
Jika bercorak kotak, maka kotak la yang tercorak..

Sehingga satu masa, anak yang akan mula mewarnai kehidupan mereka.
Corak bunga dipenuhi warna-warna pilihan mereka.
Terpulang pada mereka, warna apa yang menjadi pilihan hati.
Warna-warna yang terpalit itu terletak di tangan mereka,
Jika ia suram, maka suramlah warnanya.
Jika ia terang, maka teranglah warnanya.

Corak dan warna
Bagaimana corak dan warna dipilih?
Berdasarkan apakah ia dilakar, ia dicoret?
Agama, pegangan hidup dan pendirian.

Tidak guna jika corak yang dilakar penuh dengan keindahan agama, tapi dipalit dengan warna-warna kemungkaran..
Sungguh hebat jika corak yang dilakar itu dengan kejahilan, namun ia diwarnakan dengan warna-warna hidayah yang turun dari ilahi..

Siapa kita untuk menghukum?

* Kita manusia biasa, takkan pernah lepas dari dosa. Jangan pernah menghukum orang lain, jangan pernah menghina orang lain, kerana penghinaan itu akan tercalit di dalam diri kita sendiri*