Thursday, February 2, 2012

Lelaki & Beg Tangan Wanita

Sekadar Hiasan..hehe..

Lelaki memang dilahirkan dengan sikap maskulin, macho dan segalanya seperti yang ditunjukkan di dalam iklah Mandian Dettol mahupun iklan pewangi Dashing. ( Lelaki dalam konteks ini adalah lelaki sebenar, bukan lelaki jadian, mahupun wanita jadian). Sudah tentu mereka kelihatan JAUH berbeza dari wanita. Namun, ada beberapa perkara yang boleh menurunkan kadar ke'macho'an seorang lelaki, iaitu BEG TANGAN.



Beg tangan merupakan aksesori penting bagi wanita. Tak kira la besar ke, kecil ke, tali pendek ke, atau tali panjang, yang penting, boleh letak barang-barang berharga dan mudah dibawa. Selalunya beg tangan menjadi 'lombong' bagi kaum wanita untuk mencampak segala barang yang dirasakan perlu dibawa kemana-mana dan sudah tentu ia menjadi 'secret vault' bagi wanita. Beg tangan semestinya direka dengan ciri-ciri kewanitaan, jika tidak, ia akan dipanggil beg sandang, beg baju mahupun beg plastik.



Lelaki dan beg tangan wanita adalah 2 gabungan yang janggal. Cuba bayangkan Arnord Susah-nak-eja atau Dwayne Johnson a.k.a The Rock bawa handbag? Ia kelihatan janggal, namun tidak pelik. Rata-rata lelaki akan mengelak untuk membawa beg tangan wanita, walaupun hanya sesaat, kerana ia telah menurunkan 'saham' mereka. Terdapat quote yang mengaitkan lelaki dengan beg tangan~What are the three words guaranteed to humiliate men everywhere?'Hold my purse.' Ada juga lelaki yang menyampaikan ketidakpuasan hati mereka melalui puisi. Adik aku pun tak nak tolong pegangkan handbag aku, walaupun pada masa tu keadaan sangat mendesak, tak macho katanya. Terdapat juga blog yang menulis Pandangan lelaki terhadap isu kepit handbag. Tapi, personally, i like this post. Nampak caranya macam si penulis menjadi pemerhati sehari di shopping compleks.

Jadi, aku teramatlah kagum dengan lelaki yang tidak segan silu mengepit beg tangan wanita, mungkin milik girlfriend mahupun isteri. Jika dia membawa beg tangan wanita miliknya sendiri, itu bukan lelaki, tetapi wanita jadi-jadian. Jika ditanya mengapa lelaki dengan rela hati membawa beg tangan teman wanita mahupun isterinya, pasti ada pelbagai jawapan. Ini antara jawapan yang sering aku dengar:

1. Keselamatan
Mungkian si dia bimbang beg tangan itu akan diragut. Zaman sekarang ni peragut bersepah-sepah. Jadi, adalah wajar kiranya Cik abang tolong kepitkan handbag tu, kerana si peragut mungkin sengaja menggali kubur sendiri jika meragut handbag yang dikepit lelaki.

2. Hendak ambil hati.
Haa..yang ni yang aku tabik habis-habisan. Memang tidak kisah dengan penampilan diri. Yang penting, awek/isteri bahagia dan gembira.Wahai cik Abang, banyak lagi cara untuk ambil hati, bukan setakat tolong pegang handbag je, tolong belanja ke, tolong jadi orang baik ke, tolong kena bebel ke, tolong diam ke, kan banyak lagi.

3. Hendak membantu.
Ini biasanya tertumpu pada pakcik-pakcik a.k.a suami orang. Cik abang dengan rela hati membantu si isteri yang sudah bagaikan pokok krismas, penuh dengan anak-anak yang masih kecil keliling pinggang. Untuk kes ini, memang digalakkan cik abang untuk membantu, namun lebih afdal sekiranya dia turut membantu menguruskan anak-anak sekali, bukan setakat tolong kepit handbag sahaja. Kasihani la para isteri, kerana beban menguruskan anak lebih berat dari beban handbag.

Jadi, terpulanglah pada kaum Adam tentang isu handbag wanita. Masing-masing ada alasan tersendiri. Pada pandangan aku, jika cik abang setakat tolong pegang sekejap sahaja, tak apa. Tapi kalau sampai diusung satu shopping kompleks, aku sebagai kaum Hawa, merasakan perkara ni menjadi penderaan mental kepada kaum-kaum Adam yang lain. Si Hawa pula, tolong cuba lihat dari perspektif lelaki, kerana ada antara lelaki yang secara tidak sedar bersetuju untuk mengepit handbag wanita tanpa rela. Kesian diorang ni. Oleh kerana aku faham akan keadaan ini, aku seboleh-bolehnya akan mengepit handbag aku sendiri, walaupun mahu pergi ke tandas sekalipun. Jadi, fikir-fikirkan lah~


1 comment: