Saturday, February 25, 2012

Lelaki dan Wanita itu Berbeza




Lelaki dan wanita berbeza.

Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam, namun perbezaan tetap ketara walau dari asal yang sama.
Lelaki dan wanita terlalu berbeza, baik dari segi fizikal, mental, emosi, citarasa, cara pemikiran, dan segalanya.

Namun, lelaki dan wanita tetap bagaikan magnet, berbeza kutub namun saling menarik. Sejauh mana pun di pisahkan, jika kuasa magnet tersebut kuat, pasti akan bersatu. Tidak kira jika seorang berada di Alaska, dan seorang lagi berada di Australia, jika telah ditakdirkan 'kuasa magnet' itu kuat, pasti akan berjumpa.

Itu yang dinamakan jodoh.



Mengapa lelaki dan wanita berbeza?

Kerana setiap dari mereka mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kelemahan dari lelaki merupakan kekuatan bagi wanita, dan begitu sebaliknya. Perbezaan antara mereka bukan untuk dijadikan perbandingan, tetapi sebagai dijadikan pelengkap kehidupan. Yang lebih perlu menutupi kekurangan, dan yang kurang kadangkala perlu mengimbangi kelebihan.

Setiap manusia ada persamaan, dan di sulami dengan keserasian. Pasangan yang bahagia tidak semestinya perlukan banyak persamaan, tetapi perlukan keserasian. Keserasian membolehkan lelaki dan wanita memahami perbezaan masing-masing yang tak dapat  dipenuhi oleh persamaan. Keserasian membolehkan bahasa yang hanya mereka berdua memahaminya di ungkap tanpa kata-kata, dimana hati mempunyai getaran yang sama dan serupa. Dari keserasian hadirnya kepercayaan, dari kepercayaan datangnya keyakinan.

Lelaki dan Wanita berbeza

Lelaki dan wanita harus memahami perbezaan masing-masing. Saling bantu-membantu dalam mencari keseimbangan dalam kehidupan. Kuatnya lelaki bukan untuk melakukan kerosakan, dan lemahnya wanita bukan untuk ditindas. Kuatnya lelaki untuk melindungi, lemahnya wanita untuk menyayangi.

Berbezanya lelaki dan wanita menjadikan kita manusia yang istimewa. Bisa mempelajari sesuatu yang lain dari diri sendiri. Membolehkan kita menyedari, tiada yang sempurna di dunia ini, selain Allah yang Maha Esa. Ia juga membolehkan kita mempelajari untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Berbezanya lelaki dan wanita menyedarkan manusia, kita saling bergantung antara satu sama lain, kerana kita tidak boleh untuk hidup berseorangan di dunia.

Oleh itu, janganlah selalu mempesoalkan mengapa lelaki dan wanita itu berbeza. Allah S.W.T lebih mengetahui hikmah di sebalik ciptaan-Nya. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa berdoa kita sentiasa berada di landasan yang sebenar, dan dipertemukan dengan pasangan yang bersama-sama ingin mencari keredhaan-Nya.

No comments:

Post a Comment