Thursday, June 20, 2013

Biar putus cinta, jangan putus rokok~

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dari arwah abah aku..

" Biar putus cinta, jangan putus rokok"

Ayat ni menggambarkan betapa pentingnya rokok kepada perokok, dan selalunya perokok tegar yang akan cakap macam ni. Ayat ni menggambarkan biarlah orang yang kita sayang tinggalkan kita, asal kita tak tinggalkan rokok. Hmmmm...

Arwah abah meninggal sebab masalah serangan jantung, apabila salur darah arwah abah tersumbat. Tidak boleh diselamatkan lagi. Pemergian arwah beri tamparan yang amat hebat buat aku, namun aku bersyukur kerana pemergian abah menyedarkan aku bahawa aku juga seperti arwah abah, boleh pergi bila-bila masa sahaja. Aku tidak menyalahkan rokok 100% penyebab kematian abah, kerana memang telah ditakdirkan abah meninggalkan kami pada hari itu. Jika tidak kerana rokok, mungkin kerana lain. Tapi, jika dikaji kembali dari mana datangnya sakit jantung abah, salah satu penyebab nya adalah rokok...

Arwah abah perokok tegar. Arwah abah pernah berhenti merokok selama beberapa bulan lepas dimasukkan ke dalam wad CCU (Coronary Care Unit), tapi menyambung kembali setelah diumpan oleh kawan-kawannya sendiri. Yang aku geramnya, kawan-kawan abah langsung tak beri kata-kata semangat untuk berhenti merokok, malahan terus menerus menghulurkan rokok. Orang mana yang mampu bertahan?? Bagi abah CCU tu seperti rumah keduanya. Kami adik beradik sudah terbiasa menghantar abah ke wad kecemasan seawal 2 pagi, dan hanya pulang ke rumah bila jam 9 pagi. Selepas itu, sudah pasti abah ditahan di wad sekurang-kurangnya seminggu, dan yang paling lama selama sebulan. Pada kami adik beradik, kami sudah terbiasa. Apa yang penting, abah sihat. Kami tak kisah berkejar dari opis ke hospital semata-mata nak melawat abah. Pada kami, ini masa kami berbakti pada abah.

Arwah abah pernah cuba berhenti merokok. Pada pandangan aku, ketika itu arwah abah sihat. Tiada lagi batuk-batuk, tiada lagi semput. Tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat. Selepas itu, abah cuba menghisap rokok kembali, tapi dalam kuantiti sedikit, seperti 5 batang sehari. Itu pun sudah dikira baik, kerana walaupun tidak berhenti sepenuhnya, tiada juga batuk-batuk kasar dari abah. Keadaan menjadi buruk bila abah kembali ke tabiat lama, menghisap rokok sekotak sehari. Berbuih mulut kami beri nasihat, namun ayat yang keluar dari mulut abah...

" Biar putus cinta, jangan putus rokok"

Akhirnya, 12 Februari 2013, abah meninggalkan kami semua akibat serangan jantung. Memang benar kata abah. biar putus cinta, jangan putus rokok. Perginya abah, maka putuslah cinta yang abah curahkan pada kami, sedangkan cinta kami pada abah tak pernah kurang walau sehari.

Aku tak pernah melarang orang menghisap rokok, cuma pada aku, kurangkan pengambilannya. Rokok akan memudaratkan bila dos pengambilannya adalah berlebihan. Ia bukan setakat memudaratkan diri sendiri, malah memudaratkan orang disekeliling juga. Jika perokok tegar menghisap 20 batang rokok sehari, maka si isteri dan anak-anak turut menjadi perokok yang merokok 20 batang sehari, malah lebih teruk, kerana sudah diketahui umum, perokok kedua (secondary smoker) adalah lebih teruk dari perokok biasa. 

Oleh itu, berhentila merokok. Jika tidak mampu, kurangkan la rokok. Fikirkan orang yang kita sayangi setiap hari. Memang semua orang akan meninggalkan dunia, tetapi jangan jadikan rokok sebagai penyebabnya. Aku pernah kehilangan orang yang paling aku sayang akibat rokok, aku tak nak perkara yang sama berulang untuk kali keduanya....

No comments:

Post a Comment